Sunday, November 1, 2009

01.11.2009 - Majlis Cukur Jambul

Hari Ini Syah Ke Kampung Baru Untuk Majlis Cukur Jambul Cucu Kak Long Fadilah, Anak Lelaki Sulung Nana, Muhammad Khalish Abqari. Majlis DiAdakan DiRumah Datuk Suami Nana.

Syah Sampai Lewat Sedikit Hampir Jam 12:00 Tengahari. Majlis DiJadualkan Bermula Jam 11:00 pagi. Muss dan CD dah Sampai Awal Ada Kat Dalam Rumah. Syah dan Azrin Duduk Di Anjung Rumah.
Haaaaaaa.... Tu My Bro Dengan Farid Anak Kak Long Fadilah Duduk Atas Kerusi.
Majlis Sedang Berjalan.


Yang Baju Orange Tu Atuk Khalish Sebelah Bapa.

Atuk Khalish Sebelah Ibu. Alam Shah Bapa Nana Menyumpurnakan Majlis. Pakcik Dibelakang Tu Onyang Khalish.

Selepas Itu Giliran Aziz Pula Atuk Tiri Khalish. Ibu dan Bapa Nana Telah Berpisah dan Masing-Masing Sudah Ada Keluarga Baru. Walau Bagaimanapun Hubungan Silaturahim Mereka Tetap Mesra.
Giliran Perempuan Pula Menepung Tawar dan Mengunting Rambut Khalish. Izzat Adik Nana Jadi Pembawa Peralatan.

Kak Long Fadilah Selepas Mengunting Rambut Kalish.

Tak Nangispun Khalish. Baik Budaknya.


Setiap Tetamu Dapat Cenderahati Berupa Bunga Telur, Kek Coklat, Pulut Kuning dan Rendang Daging.

Majlis DiAkhiri Dengan Bacaan Doa.

Apa Lagi Lepas Doa Macam Biasa Makan Lah Apa Lagi.

Ikan Masin. Ada Ulam dan Sambal Belacan Sekali. Gambar Syah Tak Ambil Lah Plak.

Kambing Masak Kari. Best Dengan Tulang Lagi. Boleh Sedut Sum-Sumnya. Lepas Tu Pening Kepala.
Sayur

Ayam Masak Kurma

Pencuci Mulut Kuih Muih dan Fruits


Heyyyyyy.... CD Makin Kurus Pula Syah Tengok Dia.

Muss, Kak Long Fadillah, Makcik Tina dan Makcik Chomb.

Azrin Kata Muka Budak Tu Macam Dia Masa Kecik-Kecik Dulu. Lupa Pula Nak Tengok Telinga Budak Tu... Saja Nak Compare.........Opsssssssss. Jangan Marah Nanti Ada Orang Follow.

CD Ngan Mus Pun Tepung Tawar dan Gunting Rambut Khalish.

Hemmmmmmm Mus Bila Lagi Nak Potong Rambut Anak Sendiri...... Hehehheheheheheh

Tetiba Jer Syah Rasa Teruja dan Seronok Tengok Rumah Kat Belakang Tu. Tak Tau Napa. Rumah Nie Kat Depan Rumah Tu Jer.

No comments: