Thursday, February 14, 2013

Salam Semua.

Maaf Hari ini tak ada Entry dari Syah,Insyallah malam nanti Syah update blog kerana hari nie ada appointment di Hospital Pakar Selayang. Terima kasih atas sokongan anda kepada tengkusyah.blogspot.com.

Salam Hormat


Wednesday, February 13, 2013

Gabenor Riyadh, Putera Sattam Mangkat

13 Februari 2013, Rabu :-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Mahkamah Diraja memaklumkan bahawa Gabenor Riyadh yang juga merupakan adinda kepada Raja Arab Saudi, Putera Sattam bin Abdul Aziz telah mangkat semalam 12 Februari 2013 dalam usia 72 tahun. Jenazah Putera Sattam akan dimakamkan hari ini di Tanah Perkuburan Al-Adel, Mekah sepertimana wasiat Putera Sattam sendiri yang mahu beliau disemadikan di tanah perkuburan tersebut.  Solat Jenazah dijangka akan diadakan selepas Solat Asar di Masjid Imam Turki bin Abdullah.  Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung sebab-sebab kemangkatan dan lokasi kemangkatan.  Adalah menjadi kebiasaan bagi kerabat-kerabat diraja kanan Arab Saudi tidak memaklumkan butiran kesihatan mereka kepada umum walaupun mereka dimasukkan ke hospital.

Putera Sattam merupakan anak ke-30 pengasas kerajaan Arab Saudi iaitu Almarhum Raja Abdul Aziz bin Saud.  Beliau memperolehi Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti San Diego, USA pada tahun 1965.  Putera Sattam dilantik sebagai Timbalan Gabenor Riyadh pada tahun 1978 dan kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Riyadh pada tahun 05 November 2011 mengantikan tempat Putera Salman yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan ketika itu.  Sekarang Putera Salman dilantik oleh Raja Abdullah sebagai Putera Mahkota pada June 2012 lepas berikutan kemangkatan Putera Mahkota Nayef.  Putera Sattam merupakan Kerabat Diraja Arab Saudi yang Kanan dan merupakan salah seorang pewaris tahta. Sistem pengganti Raja Arab Saudi agak unik kerana ianya diturunkan diantara adik beradik dikalangan anak-anak pengasas kerajaan Arab Saudi, Raja Abdul Aziz bin Saud.

Pada Mac tahun lepas, Putera Sattam telah memberi kebenaran kepada lelaki yang berjalan berseorangan untuk mengunjungi pusat membeli belah pada waktu puncak sebagai memberi kelonggaran terhadap sekatan sebelum ini yang tidak membenarkan lelaki berjalan bersorangan (tanpa isteri/muhrim wanita) di pusat membeli belah pada waktu puncak bagi mengelakkan ganguan terhadap kaum wanita.

Sumber :- The National / Al Arabiya News

Tuesday, February 12, 2013

Ku Puan @ YTM Raja Nur Ema Beransur Pulih

12 Februari 2013, Selasa :-

Shukur Alhamdulillah keadaan kesihatan Ku Puan beransur pulih dan pagi nie menurut anak saudara Ku Puan, Ku Puan sudah boleh duduk atas kerusi. Ku Puan masih lagi menjalani rawatan di KPJ Ipoh Specialist Center. Pagi tadi Ku Puan sempat berpesan kepada anak saudarnya :-

"Sam, post dalam facebook yea..... ucap terima kasih kepada yang datang melawat dan kepada semua yang mendoakan. Semuga Allah rahmati kalian."

Shukur alhamdulillah Ku Puan beransur sihat dan kami sentiasa mendoakan agar Ku Puan segera sembuh dari kegeringan dan dapat menjalankan aktiviti harian Ku Puan seperti biasa terutamanya melayan pokok-pokok bunga dikediaman Ku Puan. Kepada yang tak mengenali Ku Puan, Ku Puan merupakan bekas Raja Puan Muda Perak iaitu isteri kepada Almarhum Duli Yang Amat Mulia Raja Ekram ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah yang merupakan Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan (1963 - 1978).  Ku Puan juga merupakan kakak ipar kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. 

Ku Puan atau Yang Teramat Mulia Raja Nur Ema binti Raja Muhammad Zulkifli telah dimasukkan ke wad ICU KPJ Ipoh Specialist Center kerana mengalami mild stroke dan tekanan darah tinggi pada petang Khamis lepas bersamaan 07 Februari 2013.

Sumber : Sam

Monday, February 11, 2013

Tengku Kudin

11 Februari 2013, Isnin :-

Tahukah anda siapakah gerangannya lelaki ini. Beliau dikenali sebagai Tengku Kudin atau nama sebenarnya Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid. Beliau merupakan menantu kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah. Tengku Kudin berkahwin dengan Raja Arfah binti Sultan Abdul Samad pada tahun 1868. Tengku Kudin telah dilantik sebagai Orang Besar Daerah Kuala Langat dan kemudiannya pula dilantik sebagai Wakil Yam Tuan oleh Sultan Abdul Samad.

Perang saudara berlaku di Klang pada tahun 1866 diantara Raja Abdullah dan sepupunya Raja Mahadi yang ingin memiliki Klang. Pada 1869 Tengku Kudin dengan bantuan orang-orang  Kedah telah campurtangan dalam perang saudara ini dengan membantu Raja Ismail yang merupakan putera kepada Raja Abdullah untuk menentang Raja Mahadi. Ahkirnya pada Mac 1870, Tengku Kudin telah berjaya menguasai Klang.  Tengku Kudin telah berjaya memaju dan membangunkan Klang sehingga dikagumi oleh pihak Inggeris.

Keadaan tidak menentu dan huru hara di Selangor berakhir pada 1875 apabila pengikut Raja Mahadi menyerah diri kepada pihak British yang telah lama bertapak di Selangor.  Tengku Kudin kemudiannya meletak jawatan sebagai Wakil Yam Tuan pada pertengahan tahun 1878 setelah menyedari kuasa dan pengaruhnya semakin berkurangan di Selangor.  Tengku Kudin kemudiannya kembali ke Kedah dan telah bermastautin di Pulau Pinang hingga mangkat pada 25 Mei 1909.

Tengku Kudin adalah anak kepada Sultan Kedah, Sultan Zainal Rashid dan adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin III. Beliau dilahirkan pada 1835 di Pulau Pinang dan  mendapat pendidikan separuh Eropah. Tengku Kudin dikatakan terpengaruh dengan cara hidup orang Eropah. Tengku Kudin pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah pada September 1859 semasa pemerintahan kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin III.  Walau bagaimanapun, beliau telah dilucutkan daripada jawatan Raja Muda Kedah pada tahun 1873 atas alasan terlibat dalam Perang Saudara yang berlaku di Selangor. 

Ada yang mengatakan bahawa Tengku Kudin adalah orang Melayu pertama yang memakai cermin mata.... Waullahu alam bissawab.

Tengku Kudin mangkat di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah. Tengku Kudin meninggalkan tiga orang putera dan dua puteri hasil perkahwinannya dengan beberapa orang wanita termasuk Raja Arfah. Anak-anak Tengku Kudin adalah :-
  • Tunku Muhammad Bahadur Shah (anakanda Raja Arafah)
  • Tunku Adnan
  • Tunku Haidar Ali Shah
  • Tunku Mariam
  • Tengku Ampuan Maharum (anakanda Raja Arafah) Isteri pertama Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke-5.
Sumber :- MBS/Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz/Wikipedia/The Royal Ark

Sunday, February 10, 2013

Queen Margrethe Batalkan Lawatan Keluar Negara Kerana Masalah Osteoarthritis

02 Februari 2013, Ahad :-

Istana Diraja Denmark dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa Queen Margrethe akan membatalkan lawatan rasmi baginda ke Chile pada 10 hingga 15 Mac depan disebabkan masalah osteoarthritis dibahagian belakang baginda.  Diatas nasihat doktor, baginda tidak dibenarkan berada terlalu lama didalam kapal terbang dan  lawatan itu sendiri akan memudaratkan kesihatan baginda yang telah didapat menghidap osteoarthritis beberapa  tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun lawatan ini dan lawatan-lawatan keluar negara yang telah dijadualkan untuk baginda Queen tidak akan dibatalkan kerana baginda Queen akan diwakili oleh Putera Sulung baginda iaitu Crown Prince Frederik dan isteri kelahiran Australianya Crown Princess Mary.  Baginda Queen Margrethe berusia 72 tahun dan  telah menaiki tahta pada tahun 1972.

Sumber :- abc News

Tengku Mahkota Kelantan Berada Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi

10 Februari 2013, Ahad :-

Semalam Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia  Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail dan rombongan yang berada di Brunei Darussalam untuk lawatan rasmi selama tiga hari telah berkenan mengadap dan menghadiri majlis santapan tengahari bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Majlis mengadap dan santapan tengahari diadakan di Qashr Al-Meezaan di Kumbang Pasang, Brunei Muara. 

Pada hari Jumaat lepas bersamaan 08.02.2013, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan rombongan telah diraikan dalam majlis santapan malam yang diadakan di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Lawatan rasmi YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan rombongan ke Brunei akan berakhir hari ini.

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

Raja Nur Ema Dimasukkan Ke Hospital


10 Februari 2013, Ahad :-

Dimaklumkan bahawa pada petang Khamis lepas bekas Raja Puan Muda Perak Yang Teramat Mulia Raja Nur Ema binti Raja Muhammad Zulkifli telah dimasukkan ke wad ICU KPJ Ipoh Specialist Center kerana mengalami mild stroke dan tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun Ku Puan telah beransur pulih dan ditempatkan di wad biasa ditingkat 5 wad   896 petang semalam. Menurut anak saudara Ku Puan, beliau dalam keadaan stabil dan beransur pulih serta sudah boleh bercakap. Shukur alhamdulillah keadaan Ku Puan sudah beransur pulih dan Syah sentiasa mendoakan agar Ku Puan cepat sembuh dari kegeringan. Amin.

Entry Syah berhubung Ku Puan sebelum ini.

Sumber: Sam 

Saturday, February 9, 2013

Sultanah Aminah Berkongsi Tarikh Lahir Dengan Cicit Baginda YAM Tunku Abdul Rahman

09 Februari 2013, Sabtu :-

Tahukah anda secara kebetulan Almarhumah Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Sultanah Aminah dan Tunku Panglima Johor YAM Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada tarikh yang sama iaitu 05 Februari. Sultanah  Aminah merupakan permaisuri kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor ke-3 Era Moden dan merupakan Nenda kepada Sultan Johor Sekarang iaitu DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. YAM Tunku Abdul Rahman pula merupakan putera ke-4 dan anakanda kelima kepada DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultanah Aminah diputerikan pada 05  Februari 1905 manakala Tunku Abdul Rahman diputerakan pada 05 Februari 1993.  YAM Tunku Abdul Rahman sekarang berusia 20 tahun dan Sultanah Aminah telah mangkat.

Sultanah Aminah mangkat pada 14.09.1977 dalam usia 72 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Muar dan dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja Johor di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor.  Al-Fatihah......  Semuga roh Almarhumah Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin

Sumber :- Kesultanan Johor / The Royal Ark / Wikipedia

Makam Tengku Ismail Su @ Ku Wei Di London

09 Februari 2013, Sabtu :-


Kepada yang mengenali  Yang Mulia Tengku Ismail Su Inilah dia Makam Allahyarham Tengku Ismail Su @ Ku Wei, salah seorang kerabat diraja Terengganu yang mangkat di London dalam usia 60 tahun pada 13.08.2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432H. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disisi  adinda lelaki bongsunya YM Tengku Muhammad Yusof  di Royal Brompton Hospital, London akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Garden of Peace Muslim Cemetry, London. Untuk pengetahuan semua Ini adalah standard design yang telah ditetapkan untuk semua pusara di Garden of Peace Muslim Cemetry, London. Jika anda berada di London dan ingin menziarahi makam Allahyarham, nombor lot untuk makam ini adalah AD28/06. Semuga gambar ini dapat mengubati kerinduan kita kepada Allahyarham disamping mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.


Al-Fatihah ............ Semuga Roh Allahyarham Tengku Ismail Su ditempatkan bersama-sama  orang-orang yang beriman dan beramal Solleh. Amin.

Sila Click link dibawah untuk mengetahui entry Syah berhubung kemangkatan Allahyarham Tengku Ismail Si @ Ku Wei :-

http://tengkusyah.blogspot.com/2011/08/tengku-ismail-su-mangkat-di-london.html

http://tengkusyah.blogspot.com/2011/08/jenazah-tengku-ismail-su-selamat.html

Sumber :- Jas Min / HWAH / MBS

Friday, February 8, 2013

Raja Muda Perlis Dan Keluarga Ke Mekah Menunaikan Umrah

08 Februari 2013, Jumaat :-


Minggu nie cuti panjang disebabkan sambutan Tahun Baru Cina, mana-mana company yang tak bekerja hari Sabtu nampak gayanya staff mereka ada empat hari cuti dan banyak yang mengambil peluang keemasan ini untuk sambung cuti bagi program yang telah dirancang bersama keluarga, rakan dan orang tersayang.  Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berangkat untuk menunaikan umrah sempena cuti panjang ini mulai 08  hingga 12 Februari 2013.  Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin dan Ku Puan diiringi oleh dua orang puteri baginda berdua iaitu Syarifah Khatreen Nuraniah dan Syarifah Farah Adriana.

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan rombongan disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jedah.  Baginda akan berada selama dua hari di Madinah dan akan menginap di Hotel Elaf manakala selebihnya di Mekah dan menginap di Hotel Dar Al Tawhid.  Selamat menunaikan Umrah kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan keluarga semuga Tuanku dan keluarga sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala amal ibadat.  Amin.

Sumber : HWAH

Thursday, February 7, 2013

Tuanku Hajah Haminah Dianugerahkan Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum

07 Februari 2013, Khamis :-

Tahniah diucapkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun kerana telah dikurniakan darjah tertinggi Diraja Jepun "Grand Cordon of the Supreme Order of the  Chrysanthemum". Anugerah disampaikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura sebagai wakil kepada Maharaja Akihito dalam satu majlis yang diadakan di Istana Negara.  Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Darjah kebesaran ini hanya dikurniakan kepada anggota kerabat diraja wanita Jepun dan negara-negara asing sahaja. Diantara kerabat diraja asing yang pernah dikurniakan darjah kebesaran ini adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-12, Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Queen Margrethe II of Denmark, Queen Farah Diba of Iran, Queen Paola of Belgium, Queen Silvia of Sweden, Queen Sirkit of Thailand dan Queen Sofia of Spain.

Sumber :- Berita Harian/Utusan Malaysia

Duit Siling Kenang Kenangan Sempena Turun Tahta Queen Beatrix

07 Februari 2012, Rabu :-

The Royal Netherlands Mint akan mengeluarkan siling kenang-kenangan sempena memperingati Turun Tahta HRH Queen Beatrix of The Netherland  dan  perlantikan King Willem-Alexander sebagai pengganti baginda. Gambar baginda dan pengganti baginda tertera pada muka depan duit siling yang mempunyai nilai Dua Euro.  Siling ini dijadualkan akan dipamirkan kepada umum hari ini  dan akan dijual pada minggu hadapan. Pada 1980 duit siling yang hampir sama juga telah dikeluarkan untuk Queen Juliana dan Queen Beatrix apabila Queen Juliana turun tahta dan menyerahkan tampok pemerintahan kepada Queen Beatrix. Queen Beatrix akan turun tahta pada 30 April 2013.

Sumber :- News Summary 

Wednesday, February 6, 2013

Tongkolok Diraja Sultan Abdul Samad

06 Februari 2013, Rabu :-

Tahukan anda destar atau tengkolok yang digunakan  oleh Sultan Selangor ke-4 yang memerintah pada 1857 - 1898 iaitu Almarhum Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah dipanggil Tengkolok Alang. Almarhum dikatakan amat pandai mengikat destar baginda sendiri. Bentuk ikatan atau solekan seperti ini sudah tidak kelihatan lagi digunakan oleh Sultan-Sultan Selangor selepas baginda. Tengkolok diraja merupakan salah satu pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek (bentuk ikatan) di ulunya sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan atau solekan dan warna yang digunakan oleh setiap Raja-Raja Melayu adalah berbeza dan berlainan dari setiap negeri.

Mr D Akan Berkahwin Dengan Bekas Isteri Sultan

06 Februari 2013, Rabu :-

Seorang lelaki yang kacak dan tampan serta tinggi lampai orangnya, berbadan sasa, berkulit putih dan bersih......... Penampilan lelaki sebegini memang menjadi idaman kebanyakan wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Seorang lelaki berusia 33 tahun, masih bujang dan merupakan bekas seorang paramugara yang kini merupakan seorang Jurulatih Peribadi yang  Syah gelarkan sebagai MR D dikatakan akan berkahwin dengan bekas isteri Sultan tidak lama lagi. Tentunya bila pengumuman dibuat  nanti satu Malaysia akan terperanjat, itupun kalau ada pengumuman lah ?. Kisah percintaan mereka telah diketahui umum dikawasan berkenaan.   Biarlah mereka dengan privacy mereka kerana perkahwinan adalah hak peribadi sesorang dan tak perlulah kita mempertikaikannya.  Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Allah, Jika perkahwinan ini berlaku seperti yang mereka rancangakan, Syah doakan agar pasangan ini dipanjangkan jodoh hingga keakhir hayat. Amin.

Sumber :- Maharum Bugis Syah

Tuesday, February 5, 2013

Tuanku Abdul Halim Menerima Mengadap Jia Qinglin

05 Februari 2013, Selasa :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik China, Jia Qinglin di Istana Negara. Turut serta mengadap Tuanku Abdul Halim adalah Duta China ke Malaysia, Datuk Chai Xi ; Timbalan Menteri Luar China,Fu Ying ; Timbalan Menteri Kewangan China, Chen Jian ;Timbalan Menteri Kesihatan China,Zhang Mao dan Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Parti Komunis China (CPC), Peng Qinghua.

Majlis mengadap berlangsung selama 10  minit. Jia Qinglin dan deligasi dari Cina berada di Kuala Lumpur untuk lawatan rasmi selama empat hari yang akan berakhir pada 07 Februari 2013.  Jia Qinglin juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman penubuhan kampus Universiti Xiamen di Malaysia yang akan dibangunkan di Salak Tinggi. Terdahulu beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan upacara pecah tanah Projek Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Gebeng, Kuantan. MCKIP merupakan taman perindustrian pertama yang dimajukan bersama oleh Malaysia dan China dengan anggaran kos kasar pembangunan sebanyak RM1.5 bilion.

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Menerima Mengadap Laksamana Samuel J. Locklear III

05 Februari 2013, Selasa :- 

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  telah berkenan menerima mengadap Laksamana Samuel J. Locklear III, Commander of The United States Pacific Command di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Beliau dan rombongan berada di Brunei untuk lawatan rasmi selama tiga hari.  Turut serta dalam majlis ini adalah  Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin ; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, TYT Daniel Luke Shields; Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad.

Dalam masa yang sama diruang yang berlainan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha juga berkenan menerima mengadap Mrs Pamela A. Locklear isteri kepada Laksamana Samuel J. Locklear III.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

UPDATE :- Seorang Sultan Dilaporkan Pengsan dan Dimasukkan Ke Hospital

05 Februari 2013, Selasa:-

UPDATE :

Semalam Seorang teman yang ada di Majlis yang dihadiri oleh Tuanku pada hari kejadian  mengesahkan bahawa baginda pengsan dalam majlis tersebut yang diadakan pada hari Sabtu lepas bersamaan 02 Februari 2013. Majlis berkenaan terpaksa dibatalkan sehingga dimaklumkan tarikh yang baru. Maaf Syah tak dapat maklumkan siapakah baginda kerana pihak Istana negeri berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Baginda yang telah lanjut usia segera sembuh dari kegeringan dan diberikan kesihatan yang baik.  Amin.........

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Entry terdahulu 
Malam tadi Syah mendapat khabar salah seorang Sultan yang kanan kedudukannya diperingkat Persekutuan dikatakan telah pengsan dan dimasukkan ke hospital.  Berita ini dimaklumkan oleh seseorang kepada Syah oleh kawan beliau yang bertugas di hospital berkenaan.  Jika perkhabaran ini benar, Syah doakan agar Tuanku cepat sembuh dan dilindungi Allah hendaknya.  Walau bagaimanapun Syah tidak boleh maklumkan Sultan dari negeri yang mana kerana berita ini tidak dapat disahkan kebenarannya lagi ........ Wallahu'alam bissawab. 


Monday, February 4, 2013

Majlis Pembakaran Mayat Mendiang Putera Norodom Sihanouk Disempurnakan Senja Tadi

Prince Norodom Sihamoni sedang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ayahanda baginda sebelum menyalakan api unggun untuk membakar mayat mendiang.

04 Februari 2013, Isnin :-

Upacara Pengkebumian Diraja Bekas Raja Kambodia Mendiang Putera Norodom Sihanouk berjalan lancar senja tadi sekitar jam enam petang dengan disaksikan para jemputan terdiri daripada ketua negara asing atau wakil mereka disamping puluhan ribu rakyat Kemboja yang meratapi pemergian bekas Raja yang amat mereka hormati dan kasihi.  Sebelum upacara pembakaran bermula, pada sebelah tengaharinya seramai 400 orang bantuan telah diberi pengampunan dihadapan tempat pembakaran dan diberi hadiah oleh kerabat diraja manakala para kerabat diraja dan tetamu negara memasuki tempat pembakaran untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.  


Para perwakilan asing yang menghadiri majlis pembakaran mayat Mendiang Putera Norodom Sihanouk.

Dalam masa tempoh dua hari ini Raja Norodom Sihamoni dan Bonda Raja akan mengadakan upacara khas untuk menaburkan sebahagian abu mayat mendiang Putera Norodom Sihanouk kedalam Sungai Mekong menggunkan tongkang diraja. Manakala sebahagian lagi abu mayat berkenaan  akan diletakkan dalam tempat abu mayat khas yang diperbuat daripada berlian   dan akan diarak oleh Raja Norodom Sihamoni dan Bonda Raja dari tempat pembakaran ke Istana Diraja dimana iannya akan ditempatkan bersama-sama abu mayat kerabat diraja lainnya.


Kelihatan kepulan asap diudara semasa majlis pembakaran mayat Mendiang Putera Sihanouk senja tadi.

Menurut salah seorang anakanda mendiang iaitu Putera Norodom Ranariddh, mendiang Putera Norodom Sihanouk pernah berpesan agar apabila baginda mangkat nanti, baginda tidak mahu mayatnya diletakkan didalam kendi seperti raja-raja sebelumnya. Baginda mahu memecah tradisi kono berkenan dan mahukan mayatnya diletakkan dalam keranda sehingga upacara pembakaran.  Wasiat terakhir mendiang telah dipenuhi.

Takziah diucapkan kepada Raja Norodom Sihamoni, Bonda Raja Permaisuri Norodom Monineath serta  Kerabat Diraja Kambodia diatas pemergian Mendiang Putera Norodom Sihanouk.

Sumber :- The Phnom Penh Post/Kosmo /MBS

Sultan Brunei Hadiri Acara Kemuncak Regata Brunei Darussalam 2013

04 Februari 2013, Isnin :- 

Petang semalam Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan mencemar duli berangkat ke Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan  bagi menghadiri acara-acara kemuncak dan acara khas Regata Brunei Darussalam  2013.  Turut berangkat sama adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Dalam majlis ini Tuanku Sultan telah menandatangani plak Dermaga Diraja Bandar Seri Bagawan sebelum berangkat ke jeti Dermaga Diraja untuk turut serta menyertai Lumba Perahu Khas (Fibre Glass 15 pekayuh).  Pasukan baginda yang terdiri daripada ahli jawatankuasa "A" telah menjadi juara dalam kategori ini manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan AJK "B" yang diketuai oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri. 

Selepas menyertai perlumbaan berkenaan, Tuanku Sultan telah dibawa melawat Pameran Imbasan Kembali Regata 1930 hingga 2012. Setelah selesai melakukan lawatan, baginda berangkat ke Pentas Diraja bagi menyaksikan acara-acara perlumbaan yang dipertandingkan dalam acara kemuncak semalam iaitu Lumba Perahu Fibre Glass - 20 pengkayuh jemputan, Lumba Bot Laju F1 (M.U. Carburettor 20 pusingan) dan lumba Jet Ski 4 Stroke (terbuka). Selepas itu, baginda menaiki perahu khas untuk upacara melepaskan perlumbaan bagi acara Lumba Perahu Tradisi 30 pekayuh Marathon di Kuala Sungai Lumpas. Setelah selesai acara, baginda berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dalam acara Lumba Perahu Khas (Perahu Fibre Glass 15 Pekayuh), Lumba Perahu Fibre Glass - 20 Pekayuh Jemputan, Lumba Bot Laju F1 (M.U.Carburettor 20 Pusingan), Lumba Jet Ski 4 Stroke (Open), Lumba Perahu Tradisi 20 Pekayuh Terbuka dan Lumba Perahu Tradisi - 30 Pekayuh Marathon.

Regata Brunei Darussalam (RBD) 2013 telah mendapat sambutan hangat berdasarkan pertambahan dalam bilangan peserta bagi semua kategori yang dipertandingkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.   RBD 2013 juga telah menarik minat peserta-peserta dari kawasan Teluk Brunei untuk menyertainya pada tahun ini. Acara tahunan ini dilihat berpotensi untuk dimajukan bukan sahaja dalam aspek kesukanan tetapi juga sebagai satu daya tarikan kepada produk pelancung asing. Acara tahun ini juga telah dimeriahkan dengan pesta jualan produk kampung dan pameran sejarah Regata Brunei Darussalam. RBD 2013 telah menghidupkan kembali nostalgia dan kenangan silam Lumba Perahu era 50an, 60an dan 70an dengan kemeriahan perairan Sungai Brunei dengan acara-acara yang dipertandingkan.

Sumber :- Pelita Brunei

Seorang Sultan Dilaporkan Pengsan dan Dimasukkan Ke Hospital

04 Februari 2013, Isnin :- 


Malam tadi Syah mendapat khabar salah seorang Sultan yang kanan kedudukannya diperingkat Persekutuan dikatakan telah pengsan dan dimasukkan ke hospital.  Berita ini dimaklumkan oleh seseorang kepada Syah oleh kawan beliau yang bertugas di hospital berkenaan.  Jika perkhabaran ini benar, Syah doakan agar Tuanku cepat sembuh dan dilindungi Allah hendaknya.  Walau bagaimanapun Syah tidak boleh maklumkan Sultan dari negeri yang mana kerana berita ini tidak dapat disahkan kebenarannya lagi ........ Wallahu'alam bissawab.

UPDATE : 14:59hrs 
Seorang teman yang ada di Majlis yang dihadiri oleh Tuanku pada hari kejadian  mengesahkan bahawa baginda pengsan dalam majlis tersebut yang diadakan pada hari Sabtu lepas bersamaan 02 Februari 2013.  Maaf Syah tak dapat maklumkan siapakah baginda kerana pihak Istana negeri berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Baginda yang telah lanjut usia segera sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.  Amin.........

Sunday, February 3, 2013

Sultan Ala'eddin Suleiman Shah :- Seorang Alim Ulama dan Putera-Putera Baginda

Click Gambar untuk view
03 Februari 2013, Ahad :-

Ini adalah potrait Duli Yang Maha Mulia Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almahum Raja Muda Musa, Sultan Selangor Kelima yang memerintah pada tahun 1898 hingga 1938 bersama sebahagian putera-putera baginda. Baginda dikenali sebagai seorang yang alim dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam.  Baginda merupakan Sultan pertama menghasilkan buku dan buku-buku agama tulisan baginda dijadikan rujukan oleh sekolah-sekolah Melayu ketika itu.  Baginda sering memberi syarahan agama dan menyampaikan khutbah Jumaat serta merupakan pengasas kepada pembinaan Masjid Jamek Kuala Lumpur.  

Sultan Ala'eddin Suleiman Shah dikurniakan dengan anak yang ramai iaitu 26 orang Putera dan 19 orang Puteri dan sebahagian daripada putera dan puteri baginda masih lagi hidup hingga hari ini.  Potrait diatas diambil pada tahun 1936 di Astana Mahkota Puri, Bandar Diraja Klang. 

Dibahagian atas yang berada ditengah potrait adalah DYMM Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Barisan Pertama (atas sekali) dari kiri :-
  1. Tengku Khalid Shah (Tengku Indera Bijaya Diraja)
  2. Tengku Akram Shah (Tengku Seri Asmara Diraja)
  3. Tengku Ahmad Shah (Tengku Indera Pahlawan Diraja)
  4. Tengku Abdul Aziz Shah (Tengku Indera Setia Diraja)
  5. Tengku Badar Shah (Raja Bendahara)
  6. Tengku Musa'eddin (Tengku Kelana Jaya Putera) - Sultan Selangor Era Jepun
Barisan Kedua dari kiri :- 
  1. Tengku Muzab Shah (Tengku Seri Perdana)
  2. Tengku Abdul Halim Shah (Tengku Maharaja Diraja)
  3. Tengku Idris Shah (Tengku Seri Utama Diraja)
  4. Tengku Shahruddin Shah (Tengku Seri Andika Diraja)
  5. Tengku Ibrahim Shah (Tengku Seri Wangsa Diraja)
Baris Ketiga dari kiri :-
  1. Tengku Mohd Tahir
  2. Tengku Mahmud Shah
  3. Tengku Yaacob Shah
  4. Tengku Abdul Jalil Shah (Tengku Seri Perkasa)
  5. Tengku Mohd Yusof Shah (Tengku Aris Temenggong)
  6. Tengku Abdul Rahman Shah
  7. Tengku Abdul Murad Shah
  8. Tengku Abdul Hamid Shah
Sultan Ala'eddin Suleiman Shah diputerakan di Kuala Selangor pada 19 Rabiul Akhir 1282H bersamaan 11 September 1865, ada juga yang menyatakan baginda lahir pada 1866 atau 1863.  Baginda  merupakan putera Sulung kepada Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Samad.  Ayahanda baginda mangkat sebelum sempat menjadi Sultan Selangor.  Baginda kemudiannya  telah dilantik sebagai Raja Muda untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan pada 1887.  Selepas kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Abdul Samad pada 06 Februari 1898, baginda yang ketika itu dikenali dengan nama  Tengku Sulaiman Shah, Raja Muda Selangor telah dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor yang baru.  Baginda mangkat pada 30 Muharam 1357H bersamaan 1 Mac 1938 setelah memerintah selama 40 tahun.  

Makam di belakang Syah yang bewarna putih ini adalah Makam Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah. Gambar ini Syah ambil semalam 02 Februari 2013 ketika menziarahi Makam Diraja Klang. Makam dibelakang sekali itu adalah Makam Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah, Sultan Selangor ke-6 dan Yang di-Pertuan Agong Ke-2.

Al-Fatihah .......... kepada Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa.......... 
Semuga Roh Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber :- Galari  Diraja Sultan Abdul Aziz / Maharum Bugis Syah / Wikipedia / Royal Ark

Saturday, February 2, 2013

Majlis Pengkebumian Diraja Mendiang Putera Norodom Sihanouk Bermula Semalam


02 Februari 2013, Sabtu :-

Mulai semalam beribu-ribu rakyat Kemboja membanjiri Phnom Penh untuk upacara permulaan bagi majlis pengkebumian bekas Raja Kemboja, Mendiang Putera Norodom Sihanouk. Mendiang menghembuskan nafas terakhir dalam usia 89 tahun di Bejing,China pada 15.10.2012 akibat komplikasi jantung. Beijing merupakan rumah kedua Mendiang terutamanya untuk mendapatkan rawatan penyakit kanser yang dihadapi oleh mendiang. Mendiang turun tahta pada 2004 kerana masalah kesihatan dan memberi laluan kepada puteranya Norodom Sihamoni sebagai Raja Kemboja yang baru. Majlis semalam didahului dengan 101 das tembakan sebelum Keranda Khas Diraja dibawa keluar dari Istana  Diraja mengelilingi ibu negara.  Keranda Khas Diraja akan ditempatkan dalam bangunan khas berhampiran Istana Diraja untuk upacara keagamaan sehingga Isnin ini untuk istiadat pengkebumian mengikut adat istiadat diraja Kemboja. Mayat mendiang akan dibakar pada Isnin ini.

Semasa perarakan pembesar suara digunakan untuk memaklumkan kepada rakyat pencapaian sepanjang pemerintahan mendiang.  Rakyat Kemboja beratur sepanjang jalan semenjak awal pagi lagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang dengan memakai baju dan seluar putih serta tali leher hitam sebagai tanda penghormatan kepada mendiang. Mayat mendiang yang diawet oleh pakar-pakar dari Cina semenjak tiga bulan lepas diletakkan di Istana Diraja dalam keranda khas diraja yang terbuka untuk penghormatan terakhir bagi ketua-ketua negara seluruh dunia dan rakyat kemboja. Perdana Menteri yang amat kita kasihi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rousmah Mansor telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pada tahun lepas.  Tan Sri Koh Tsu Koon akan mewakili Malaysia dalam Istiadat Pengkebumian Diraja Mendiang Putera Norodom Sihanouk pada Isnin ini nanti.

Sumber :- Berita TV / Utusan Online

Friday, February 1, 2013

Tuanku Abdul Halim Sempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Sempena Sambutan Hari Wilayah

01 Februari 2013,Jumaat :-

Sambutan Hari Wilayah dengan tema Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan berjalan lancar hari ini dimana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyampaikan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 283 orang penerima. Istiadat yang diadakan di Istana Negara ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rousmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah ini merupakan julung kalinya diadakan di Istana Negara yang baru di Jalan Duta ini.

Datuk Seri S Samy Vellu yang merupakan Duta Khas ke India dan Asia Selatan telah mendahului senarai 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dengan menerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran  Datuk Seri Utama. Penerima-penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah adalah seperti berikut :-
  1. 3 penerima dianugerahkan Darjah Seri Utama Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
  2. 8 penerima dianugerahkan Darjah Seri Makhota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri
  3. 41 penerima dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
  4. 28 penerima dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW)
  5. 45 penerima dianugerahkan Kesatria Mahkota Wilayah (KMW)
  6. 73 penerima dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW)
  7. 85 penerima dianugerahkan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW)
Penerima SUMV pada tahun ini adalah tiga orang tetapi dalam majlis yang di adakan pagi tadi  jumlah penerimanya adalah seramai empat orang termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar  yang dikurniakan darjah ini pada tahu lepas tetapi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tahun lepas, menerimanya tahun ini.

Dalam titah baginda, Tuanku Abdul Halim mahukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berada pada kedudukan teratas dalam aspek berdaya huni, daya saing, mesra perniagaan dan indeks kebahagiaan. Baginda juga amat sukacita melihat Kuala Lumpur sebagai ibu negara membangun dengan pesat dan terus berada di landasan yang betul kearah mencapai status bandaraya bertaraf dunia. Baginda juga berharap agar laungan muhibah serta perpaduan terus  dipupuk dalam semua peringkat masyarakat selain berusaha menerapkan nilai-nilai murni bagi melahirkan warga Wilayah Persekutuan yang berilmu, berintegriti dan berpegang teguh kepada ajaran agama.  Tambah baginda lagi, aset penting bagi memastikan aspirasi Wawasan 2020 tercapai adalah melalui  modal insan yang bersatupadu, berkualiti dan mantap. 

Sumber :- Bernama

Sultan Brunie Hadiri Upacara Sovereign's Parade Pegawai kadet Pengambilan Ke-8 ABDB

01 Februari 2013, Jumaat :-

Semalam Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Upacara Sovereign's Parade Pegawai kadet pengambilan kelapan yang berlangsung di Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Thursday, January 31, 2013

Her Royal Highness Princess Catharina-Amalia

31 Januari 2013, Khamis :-

Sekarang ini dunia sibuk memperkatakan mengenai berita berhubung keputusan Her Majesty Queen Beatrix of The Netherlands untuk turun dari tahta dan memberi laluan kepada Putera Mahkota untuk menjadi Raja Belanda. Syahpun sedang sibuk membaca dan mencari maklumat berhubung perkara ini. Hari ini Syah hendak berkongsi maklumat dengan anda mengenai Her Royal Highness Princess Catharina-Amalia of the Netherlands yang akan menjadi pewaris pertama tahta Belanda selepas nendanya baginda Queen Beatrix turun tahta pada 30 April depan.  Princes Catharina-Amalia atau nama sebenarnya Catharina-Amalia Beatrix Camen Victoria diputerikan pada 07 Disember 2003 di Bornovo Hospital di The Hague, Belanda merupakan puteri sulung kepada Crown Prince Willem atau Willem-Alexander, Prince of Orange dan Princess Maxima of the Netherlands. Istiadat pengbaptism untuk puteri raja ini diadakan pada  12 Jun 2004 oleh Reverend Carel ter Linden di St. Jacob’s Church di The Hague. Beliau memasuki alam persekolahan pada  10 Disember 2007 di Bloemcamp School, Wassenaar. Selepas Crown Prince Willem naik tahta sebagai Raja Belanda, Princess Catharina-Amalia yang berusia hampir 10 tahun ini akan bergelar Princess of Orange iaitu gelaran untuk pewaris pertama tahta Belanda. Sistem pengganti Raja di Belanda adalah diwarisi oleh anak sulung Raja tanpa mengira jantina mereka.

Sumber :- Hello Daily News / Wikipedia 

Wednesday, January 30, 2013

Teks Ucapan Baginda Queen Beatrix Berhubung Pengumuman Turun Tahta Baginda



30 Januari 2013, Rabu :-

Ini adalah text ucapan Baginda Queen Beatrix of Netherlands pada petang Isnin, 28 Januari 2013 yang disiarkan keseluruh Belanda melalui siaran TV dan Radio berhubung pengumuman turun tahta baginda yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.

As you all know, in a few days from now I hope to celebrate my 75th birthday. I am thankful to be able to do so in good health. At the end of this year, we will commemorate the fact that our country became a monarchy 200 years ago, an event which heralded a new era in our history. 


The two events together have brought me to the decision to abdicate this year. It seems to me the time is ripe to take this step, which I have been contemplating for some years now.


I have always considered it a special privilege to have spent a large portion of my life in the service of our country and in fulfilling the task of monarch. Prince Claus, for many years, was my great support.

This wonderful task has never given me anything but great satisfaction. It has been inspiring to have been involved with the lives of people, to share their grief and to experience moments of joy and national pride. I have met with the same warmth and sympathy from the people in the Caribbean parts of our kingdom. 


I do not abdicate, therefore, because the task has become an onerous one, but because I am convinced the responsibility for our country should now be placed in the hands of a new generation. 

It is with a feeling of the highest confidence that on the 30th of April I will hand over the crown to my son, the prince of Orange. He and princess Máxima are fully prepared for their future task. They will serve the country devotedly, keep it according to the constitution and use their many talents to make the monarchy their own.

I feel heartened in the knowledge that my abdication does not mean I will have to say goodbye to you. I hope to meet many of you again in the future. I am deeply grateful for your faith in me during the many wonderful years I have been privileged enough to be your queen.

This is an unofficial translation

Sumber :- DutchNews.nl

Queen Beatrix of The Netherlands Akan Turun Tahta


30 Januari 2012, Rabu :-

Terperanjat Syah bila mendengar berita bahawa Queen Beatrix of The Netherlands akan turun tahta dan memberi laluan kepada Putera Sulung baginda, Crown Prince Willem-Alexander sebagai pengganti baginda. Baru minggu lepas baginda dan rombongan diraja Belanda berada di negara Brunei Darussalam untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Januari 2013. Pengumuman dibuat oleh baginda Queen Beatrix melalui siaran TV dan Radio ke seluruh Belanda pada petang Isnin bersamaan 28.01.2013 iaitu tiga hari sebelum sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke 75 esok. Dalam kenyataannya, baginda Queen Beatrix akan menyerahkan tahtanya kepada Crown Prince Willem-Alexander pada 30 April depan. Baginda merupakan Raja Belanda yang paling lama berada diatas tahta iaitu selama 33 tahun selepas menggantikan Bonda Baginda, Mendiang Queen Juliana yang juga turun tahta pada 1980. Nampak gayanya Baginda Queen Beatrix mengikut jejak langkah mendiang bonda baginda yang turun tahta sebelum kemangkatan.   

 Sumber :- The Gurdian / Wikipedia / Royalty.nu

Tuesday, January 29, 2013

Tuanku Ibrahim Selar Pihak Yang Memburukkan Pihak Polis

29 Januari 2013, Selasa :- 

Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan ibu Pejabat Polis Kulaijaya. Turut mengiringi Tuanku Ibrahim adalah isteri baginda, Duli yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah,Tunku Mahkota Johor DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor YAM Tunku Idris Iskandar dan YAM Tunku Tun Aminah.  Dalam titah baginda, Tuanku Ibrahim  membidas tindakan sesetengah pihak yang menggangap Polis Diraja Malaysia tidak boleh dipercayai sebagai tidak masuk akal dan melampau. Tambah baginda lagi, ada penjenayah yang meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudiannya membuat tomahan dan memburukkan negara sendiri.

Diantara titah baginda :-

"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum".

"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara.  Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan".

Titah baginda lagi, Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang yang digubal rapi serta semua tindakan yang diambil pihak berkuasa mengikut peruntukan yang ditetapkan. Tambah baginda lagi, latihan dan ilmu pengetahuan yang diberi kepada anggota polis semasa menjalani latihan sudah cukup untuk mereka menguatkuasakan undang-undang. Tuanku Ibrahim telah memberi pujian kepada Polis Johor yang telah berjaya meningkatkan tahap keselamatan di Johor serta memberi pertimbangan terhadap sensitiviti masyarakat serta kepentingan ekonomi. 

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Konvokesyen Khas dan Majlis Perasmian Kampus Induk KUIN

29 Januari 2013, Selasa :- 

Hari ini Kebwah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN).  Majlis yang diadakan di Kuala  Ketil, Baling ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Dalam Majlis yang sama juga, Tuanku Abdul Halim telah berkenaan menyerahkan surat pengisytiharaan Pro-Canselor Perama KUIN kepada adinda baginda dan juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman,Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Datuk Dr Afiffudin Omar yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan telah dilantik sebagai Pro Canselor II KUIN.  Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan Canselor KUIN dalam titah baginda menzahirkan ucapan syabas serta tahniah kepada kedua-dua Pro Canselor yang baru dilanik itu. Diantara titah baginda :-

"Sesunguhnya ilmu dan pengetahuan mereka merupakan khazanah yang tak terilai, khasnya kepada masyarakat negeri ini."

"Beta berharap mereka akan sentiasa bersedia meneroka perkongsian ilmu dengan para ilmuan Insaniah (KUIN) dalam membimbing para pelajar dan masyarakat ke arah membentuk masyarakat berilmu dan bertaqwa.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang turut hadir dalam majlis ini memaklumkan bahawa Kuala Ketil dipilih sebagai lokasi kampus induk KUIN kerana mahukan  Kuala Ketil menjadi sebuah bandar raya satelit bagi daerah Kulim, Bandar Baharu, Baling dan Sungai Petani.

Sumber :- Bernama

Senarai Susunan Kekananan Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja /Tengku-Tengku Mahkota/Yang DiPertuan Muda

29 Januari 2013, Selasa :-


Hari nie Syah emergency leave dan terfikir dari semalam untuk berkongsi maklumat kepada anda semua berhubung susunan kekananan Pewaris Tahta bagi negeri-negeri beraja di Malaysia.  Mereka ini merupakan pewaris pertama kesultanan negeri masing-masing dan sesetengah negeri mempunyai geleran yang berbeza seperti Raja Muda, Tengku Mahkota ataupun Yang Dipertua Muda. Susunan Kekanan atau taraf tinggi kedudukan mereka di peringkat Persekutuan adalah seperti berikut :-

Tengku Mahkota Pahang 
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, D.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu), D.K. (Johor), S.P.M.J., P.A.T.
(Dilantik pada 1hb. Januari 1975)
Diputerakan pada 30.07.1959 berusia 54 tahun

Raja Muda Kedah Darul Aman
Duli Yang Teramat Mulia Tunku Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, D.K., D.K.H., D.K. (Terengganu), D.K. (Selangor), S.P.M.K., S.P.C.M., S.P.M.J., D.A. (Sarawak), P.S.B.  
(Dilantik pada 28hb. November 1981) 
Diputerakan pada 24.09.1929 Berusia 84 tahun.

Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.K.II (Selangor), S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard).
(Dilantik pada 15hb. April 1987)
Diputerakan pada 27.11.1956 dan berusia 57 tahun

Raja Muda Perlis
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, D.K., S.P.M.P., P.A.T. 
(Dilantik pada 1hb. Ogos 2000)
Diputerakan pada 30.12.1967 berusia 46 tahun

Raja Muda Selangor
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K. 
(Dilantik pada 03hb. Mei 2002)
Diputerakan pada 12.12.1990 berusia 23 tahun dan masih bujang.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, D.K.R.,D.K., S.S.M.Z. 
(Dilantik pada 12hb. Januari 2006) 
Diputerakan pada 11.03.1998 berusia 15 tahun dan masih bujang.

Tunku Mahkota Johor
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim 
(Dilantik pada 23hb. Januari 2010)
Diputerakan pada 30.06.1984 berusia 29 tahun dan masih bujang.

Tengku Mahkota Kelantan
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K.  
(Dilantik pada 18hb. Oktober 2010)
Diputerakan pada 20.06.1974 berusia 39 tahun dan masih bujang.


Tentunya anda semua tertanya-tanya dimanakah pewaris tahta bagi Negeri Sembilan Darul Khusus.  Untuk pengetahuan semua pewaris tahta di Negeri Sembilan agak unik sedikit daripada negeri-negeri yang lain dimana tiada gelaran untuk Raja Muda/Putera Mahkota bagi Negeri Sembilan.  Pewaris tahta adalah "Putera Yang Empat"  dimana pengganti Yang DiPertuan Besar hanya akan dipilih dan ditentukan oleh Undang Yang Empat  selepas kemangkatan Yang DiPertuan Besar di kalangan "Putera Yang Empat" itu sahaja. Buat masa ini 'Putera Yang Empat" adalah :-
  1. YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz
  2. YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
  3. YAM Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
  4. YAM Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuannku Ja'afar
Kesemua mereka diatas adalah pewaris tahta Negeri Sembilan Darul Khusus tetapi tidak menggunakan sebarang gelaran seperti Raja Muda, Tengku Mahkota ataupun Yang DiPertuan Muda.  Jika Yang DiPertuan Besar tiada dalam negeri dalam jangkamasa panjang, Pemangku Raja akan dipilih daripada "Putera Yang Empat" ini.

Di Kedah sekarang Pemangku Raja adalah Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah dan bukannya Raja Muda Kedah kerana, Raja Mudah Kedah tidak sihat disebabkan faktor usia.   KDYMM Sultan Kedah kini bertahta sebagai Ketua Negara buat kali keduanya dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka tugas-tugas Pemangku Raja dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman yang terdiri daripada adinda-adinda dan anakanda Tuanku Abdul Halim sendiri seperti berikut :-
  1. Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  2. Tunku Temenggong Kedah Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  3. Tunku Laksamana Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  4. Tunku Panglima Besar Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Semasa Tuanku Abdul Halim dilantik buat pertama kalinya sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-5 untuk tempoh lima tahun bermula 21.09.1970 hingga 20.09.1975, Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Pemangku Raja tetapi selepas dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 untuk kali keduanya bermula 13.12.2011 untuk tempoh lima tahun akan datang, tugas-tugas Pemangku Raja dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman yang di Pengerusikan oleh Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Semuga dengan perkongsian ini, kita semua dapat menambah pengetahuan dan mengenali secara ringkas pewaris-pewaris tahta Raja-Raja Melayu.  

Sumber :- MBS Mini Royal Library / Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu / Wikipedia