Tuesday, July 10, 2012

Majlis Tahlil Sempena 100 Hari Kemangkatan Allahyarham Raja Dato' Seri Ashman Shah

10.07.2012, Selasa - Pada Sabtu lepas bersamaan 07.07.2012 telah diadakan Majlis Tahlil sempena 100 hari kemangkatan Allahyarham Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.  Majlis diadakan di Balai Rongseri lama tingkat 3, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di Bandar Diraja Kuala Kangsar.  Majlis dimulai dengan bacaan Yasin selepas Solat Maghrib manakala jamuan makan diadakan selepas Solat Insyak dan kemudiannya diadakan maulid iaitu berzikir sambil berkasidah.  

Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta putera tunggal Allahyarham Raja Ashman, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah.

Sumber : Legacy Yusuf Ekram

Sultan Azlan Rasmikan Kompleks IPD Taiping

10.07.2012, Selasa - Semalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan menyempurnakan perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.  Kompleks seluas 17 ekar  yang dibina pada 12.04.2007 dan siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 25.06.2012 ini bernilai RM88.5 Juta. Turut berangkat dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd Ali, Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah.

Turut serta mengiringi Tuanku Berdua adalah Menteri Besar Perak  Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong dan  Ketua Polis Perak Dato' Mohd. Shukri Dahlan.  Dalam titahnya Tuanku Azlan Shah menekankan bahawa pasukan Polis kelas pertama akan sentiasa dihormati sehingga menyebabkan tidak akan  ada pihak yang berani memberikan sogokan.kepada anggota polis.  Diantara titah baginda  :-
  • "PDRM hendaklah mengelak daripada terheret dalam klasifikasi polis di negara ketiga dengan pelbagai imej negatif"
  • "Tidak dihormati malah dipersendakan, dilihat bergelumang dengan amalan rasuah, menindas yang lemah dan memejamkan mata kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah terutama oleh kumpulan elit dalam masyarakat."
  • "Ia mungkin bermula dengan toleransi terhadap kesalahan trafik atau penyeludupan seguni beras, tetapi amalan toleransi demikian memberikan imej ketidaktegasan menguatkuasakan undang-undang,"
Titah baginda lagi, tindakan  negatif anggota polis yang tidak bertanggungjawab akan membawa kepada berlakunya porak-peranda didalam negara termasuk berluasanya kegiatan jenayah, penyeludupan, rasuah, judi, pelacurandan rompakan.

Sumber :- Utusan Malaysia

Happy Birthday Tun Dr Mahathir Mohamad

10.07.2012, Selasa - 


"Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday  to Tun Dr Mahathir Mohamad, Happy Birthday To You."  


Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Mantan Perdana Menteri yang amat kita kasihi dan hormati iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun diputerakan pada 10.07.1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star, Kedah.  Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.  Tarikh pendaftaran kelahiran Tun sebenarnya adalah 10.12.1925 kerana ibubapa Tun mendaftarkan tarikh lahir kesemua anaknya pada bulan Disember  atas alasan memudahkan urusan pendaftaran persekolahan anak-anaknya. Tarikh lahir sebenar Tun adalah pada hari ini 10.07.1925.

Tun merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan paling lama berada dalam kerajaan sebagai Perdana Menteri bermula 16.07.1981 hingga 31.10.2003 dan sempat berkhidmat dengan enam orang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Syah mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-87 kepada Tun semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Syah sebenarnya selalu terserempak dengan Tun di Masjid Negara sewaktu Solat Jumaat.  Jika anda ingin melihat dan bersalaman dengan Tun datanglah bersolat Jumaat di Masjid Negara, Insyallah Tun selalu solat Jumaat disini.

Monday, July 9, 2012

Jam Tangan Dah Jumpa Balik dan Dinner Malam Nie

09.07.2012, Isnin - Shukur Alhamdulillah jam tangan kesayangan Syah dah jumpa balik. Pagi tadi Syah tanya office mate samada mereka ada nampak jam tangan Syah.  Mereka kata Jumaat hari tu Nash, one of our colleague ada tanya mereka mengenai jam tangan yang dia jumpa.  Hari nie Nash cuti sakit pula dan Syah jumpa secretary Dr. Zainal, Azlina untuk tanyakan mengenai jam tu sebab Syah call Nash tak angkat.  Syah call Suzana jiran  office Syah yang berada di sayap utara tetapi kata mereka tak ada orang yang jumpa jam, lagipun pada Jumaat lepas kebanyakan staff ada progrm team building dan Syah cal kalau dia tahu pasal jam nie dan katanya esok dia tanyakan.  Tak lama kemudian Azlina call minta daang office Dr. Zainal untuk ambil jam Syah yang Nash simpan kat bilik stor mereka. Pagi tadi Syah jumpa duit RM100 lebih bertabur atas lantai office.  Syah bagi kat owner meja yang Syah jumpa duit tu dan katanya bukan dia punya dan dia buat announcement siapa ada hilang duit.

Malam nie pula Cd belanja Syah, Muss dan Haziq dinner di Haji Sharin Low Restoran, Taman Seri Gombak.  Lepas Maghrib kami bertolak ke Restoran masakan Cina yang dimiliki oleh Haji Sharin Low.  Actually cawangan kat KL Residence Syah pun ada tetapi Cd nak belanja kat sini kerana katanya kat sini sedap sedikit masakannya.  Kena Caj RM 190lebih.  By the way terima kasih Cd kerana belanja kami malam ini. Oklah semua Syah hendak beradu dan selamat malam semua semuga dibuai mimpi yang indah.

Tokoh Budayawan Melayu Azah Aziz Meninggal Dunia

09.07.2012, Isnin - Inalillahi Wainalilahi Rojiun, Dukacita dimaklumkan bahawa Azah Aziz atau nama sebenarnya Sharifah Azah binti Syed Mohammad Alsagoff yang merupakan seorang budayan dan isteri kepada salah seorang kerabat Diraja Johor Yang Mulia  Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini dalam usia hampir 84 tahun.  Allahyarhamah dilahirkan di Singapura pada 21.08.1928 dalam keluarga Alsagof yang begitu terkenal dan ternama di Singapura ketika itu.  Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10:00 hrs kerana sakit tua dan angin ahmar.  Allahyarhamah berkahwin dengan Pak Ungku ketika berusia 18 tahun dan hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dengan seorang anak perempuan tunggal iaitu Yang Mulia Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar yang merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia. 


Allahyarhamah mendapat gelaran Budayawan Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan traditional Melayu. Sejak 1950-an, Allahyarhamah  menulis dan memberi ceramah berkaitan kebudayaan dan kesenian melayu. Allahyarhamah telah memperkenalkan pakaian drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-Universiti ASEAN.

Allahyarhamah menjadi penulis akhbar Berita Harian selama 16 tahun bermula pada tahun 1957 dan pada 1973 menjadi editor Utusan Malaysia/Utusan Melayu dan consultant majalah Wanita selama lima tahun. Allahyarhamah juga merupakan individu yang memperkenalkan "Hatiku" yang merupakan puisi pendik berbahasa Jepun kepada rakyat Malaysia. Diantara tulisan-tulisan karya Allahyarhamah adalah :- 

  1. Adik sayang - antologi pantun kanak2 (1971),
  2. Puisi Kanak-Kanak - antologi sajak moden untuk kanak-kanak (1967)
  3. Pantun Kanak-Kanak - antologi enam jilid pantun melayu traditional untuk kanak-kanak
  4. Dendang dan Dondang kanak-kanak - lagu-lagu tradisional untuk kanak-kanak yang ditulis bersama Dr. Ariff Ahmad (1990).
  5. Taman Seni - buku mengenai kraftangan Melayu sebagai pengenalan kepada kanak-kanak (1987)
  6. Marilah Bermain - mengenai pemainan traditional (1993)
  7. Selayang Kenangan - himpun

Allahyarhamah merupakan wanita pertama di Malaysia menerbitkan buku pantun dan lagu kanak-kanak melalui Akaz iaitu syarikat milik Allahyarhamah sendiri.  Allahyarhamah pernah menghadiri Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di East Center, Honolulu, Hawai pada 1972 dan Simposium Wanita Afro-Asia sempena Tahun Wanita Antarabangsa di Iskandariah, Mesir pada 1975 dan lain-lain aktiviti berkaitan kewartawanan, kraftangan, tekstil dan kesusteraan kanak-kanak.  Allahyarhamah juga merupakan salah seorang ahli lembaga penasihat Perpustakaan Negara dan ahli penasihat The Encyclopaedia Malaysia.

Jenazah dijadualkan dikebumikan selepas Solat Asar hari ini di Tanah Perkuburan  Islam Bukit Kiara manakala solat Jenazah diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar, Kuala Lumpur.  Takziah diucapkan kepada Pak Ungku sekeluarga semuga tabah menghadapi dugaan ini.  Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azah Aziz semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.Amin.

Sumber :- Berita Harian Online/Wikipedia/NST Online

Sunday, July 8, 2012

Balik KL Residence Hari Nie

08.07.2012, Ahad - Sekarang Syah berada di KL Residence dan my sister Intan dan hubbynya Am hantar Syah balik KL.  Petang tadi dia datang ke Rawang Residence untuk tengok-tengokkan AEL yang tak boleh start.  Confirm masalah bateri dan bila dia letak bateri kereta dia, enjin boleh start macam biasa.  Syah bagi duit RM200.00 kat Am  untuk belikan bateri baru dan minggu hadapan dia bawakan ke Rawang Residence.  Intan informed Syah kalau perlukan apa-apa bantuan call sahaja dia dan jangan sampai jadi macam malam tadi. Heheheh ........ terima kasih Ya Allah dapat saudara macam nie.

Hari nie Syah balik ke KL Residence coz takut kalau tak sihat kat sini ramai orang tak lah Syah seorang-seorang macam malam tadi. Ayahanda dan Muss pun suruh Syah balik KL memandangkan keadaan kesihatan Syah sekarang ini. Kami sampai hampir Maghrib di KL Residence dan selepas Maghrib kami jalan-jalan di KL Festival sebab Intan dan Am tak pernah datang ke mall nie.  Ingatkan hendak belanja mereka makan tetapi Intan kata tak apalah coz Along bukannya boleh makanpun?  So Syah belikan dia ice cream sahaja.  Lepas pusing-pusing mall tu kami bertolak balik semula ke KL Residence dan kemudiannya Intan dan Am balik kerumah mereka.  Sebentar tadi Intan sms informed dia sudah sampai.  Masa Intan datang, Muss, Haziq dan Cd tiada dirumah kerana mereka ke rumah Nana di Sentul dan baru balik jam 10:45hrs tadi. Oklah semua sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya...............  Selamat Malam.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Hadiri Majlis Santapan Malam Canselor MSU

08.07.2012, Ahad -  Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Bagnda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam Canselor Universiti Pengurusan dan Sains (MSU).  Kelihatan Seri Paduka Baginda berdua begitu ceria ketika memotong kek pada majlis malam ini. Turut serta dalam majlis ini adalah Pro Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (kiri) dan Presiden MSU Prof Datuk Dr Mohd Shukri Ab Yajid (kanan).  Tuanku Hajah Haminah merupakan Canselor MSU.

Sumber:- Bernama

Sultan Pahang Rasmikan SUKMA

08.07.2012, Ahad - Malam tadi  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Sukan Malaysia atau SUKMA ke-15.  SUKMA kali ini diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dan majlis perasmian ini dihadiri kira-kira 40,000 orang penonton.  Tuanku Sultan Pahang berangkat masuk ke stadium dengan menaiki pedati khas diiringi perarakan replika gajah yang menjadi lambang negeri Pahang. Iannya disusuli dengan persembahan gendang, silat dan tarian bewarna-warni daripada 2,000 peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah, pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara dan pelajar institut pengajian tinggi di Pahang.

Gimik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Norhaliza menyanyi sambil menunggang replika gajah mekanikal menarik perhatian umum dan menjadi tumpuan ramai dalam acara pembukaan ini.  Majlis dimulai dengan perbarisan lintas hormat 15 kontijen termasuk pasukan jemputan dari Brunei. Tiga orang bekas atlet kelahiran  Pahang iaitu Amirul Ibrahim (angkat berat), R.Haridas (olahraga) dan Chan Zhi Hui (gimnastik)  telah diberi penghormatan menyalakan obor manakala lafaz ikrar diketuai oleh atlet menembak Mohd Nur Rohimin Abdul Halim.  Selepas itu upacara menaikkan bendara kejohanan dilaksanakan.  Obor kemudiannya diserahkan kepada Tuanku Ahmad Shah dan kemudiannya Tuanku Ahmad Shah melafazkan titah perasmian.  

Jika anda berada di Pahang jangan lupa datang menyaksikan SUKMA yang sedang berlangsung sekarang hingga 16 Julai ini dilokasi-lokasi terpilih sekitar Kuantan, Temerloh dan Pekan. Majulah Sukan Untuk Negara dan Malaysia Boleh.

Sumber :- Bernama

Ada masalah Urine Lagi dan Jam Tangan Hilang

08.07.2012, Ahad - Salam semua dan Apa Khabar dan Syah berharap anda semua dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarga/orang tersayang.  Selamat bercuti pada yang sedang bercuti, selamat menjalani kursus pada yang ada program team building dan seumpamanya dan pada yang kurang sihat semuga kalian cepat sembuh dengan kehendak Allah dan jangan berhenti berdoa kepana NYA.  Semenjak dua tiga hari nie kan Syah ada inform bila buang air kecil/besar atau bergerak, ada masa-masanya testis Syah terasa sakit, semalam rasa tu datang lagi.  Tapi malam tadi rasa tu sakit sangat dan lepas buang air kecil rasa tu datang dan kemudian hilang.  Walau bagaimanapun masa Syah baring rasa sakit seperti nilu, pedih dan saluran kencing Syah rasa gatal lalu Syah ambil decision ke kelinik.  Mula-mula call Azrin minta hantar tetapi memandangkan dia baru balik dari uruskan wedding pelangganya Syah batalkan niat tu.  Call Muss tetapi tutup handphone dan lagipun dia di KL.  Lalu Syah call Teksi Sapu atau disini sebut kereta sapu iaitu kereta biasa yang ambil perkhidmatan upah bawa orang.untuk ke Pekan Rawang dan Syah ada simpan nombor telefon mereka.

Pemandu tu bawa laju betul sebab dia hendak fetch customer lain dan turunkan Syah agak jauh sedikit dari kelinik dan Syah jalan kaki.  Sampai kelinik Mediviron mereka kata doktor dah balik dan hendak tutup.  Waktu tu jam hampir sepuluh malam.  lalu Syah tanya ada kelinik lain dan dia minta Syah kedepan sedikit ada satu lagi kelinik.  Kelinik tupun sedang dalam persediaan untuk tutup dan Syah tanya nurse ada kelinik lain tak dan dia kata dia tak tahulah.  lalu Syah teringat ada satu lagi kelinik dan dari jauh kelinik tu dah turunkan tirai keliniknya tanda dah tutup.   Waktu tu sakitnya dah tak ada lagi.  Lalu Syah ambil keputusan naik teksi balik Rawang Residence kerana kat  Garing Permai ada satu lagi kelinik.  Masa on the way kat bus stop ada seorang Indian tanya hendak naik teksi (kereta sapu) dan Syah geleng kepala tetapi kemudiannya Syah ubah pendirian dan naik kereta sapu tu.

Syah tanya dia sini ada kelinik 24 hours tak dan dia kata ada di Batu 17, Rawang lalu Syah minta hantar kesana dan minta dia tunggu dan katanya boleh.  lalu dia bawa Syah ke Kelinik Ng dan Singh.  Semasa diperiksa Dr tanya ada sakit batu karang tak ?  dan Syah kata tidak tetapi Syah ada masalah dengan epididymis.  Dr kata mungkin itu sebabnya Syah rasa sakit tu dan kena infection. Dr buat pemeriksaan air kencing dan tak ada darah katanya.  Dr bagi ubat antibiotik, tahan sakit dan satu lagi tu tu tulis sakit perut dan lawas kencing dan cajnya RM50.00 dan kalau after twelve they will charge double. Lepas bayar Syah minta resit dan minta pemandu kereta sapu yang berbangsa India tu hantar Syah balik.  Satu jer yang Syah pegang cakap pemandu nie katanya, ibu dia kata kadangkala orang tu sakit dan bila dia pergi kekelinik tertentu sakitnya baik dan jadi amalan ke kelinik tu bila sakit tetapi sebenarnya selain daripada ubat tu yang penting hati kita yang akan kata sakit kita akan baik, sebab tu sembuh katanya.

Maksud dia tu kita kena berfikiran positif dan mengawal emosi kita dan bila sakit jangan ikutkan sangat sakit tu kerana ianya akan menambahkan lagi kesakitan kita.  Kita kena percaya dan yakin sakit tu akan sembuh dan gunakan sikologi ini untuk menyembuhkan diri kita sendiri. Memang ada betul kata dia tu, ada juga Dr informed Syah jika kita sakit jangan berfikir tentang sakit tu dan mereka-reka  tambah buat diagnose sendiri kerana benda yang sakit tu akan bertambah sakit kerana kita dah setkan kat fikiran kita begitu.  Macam inilah keadaan kesihatan Syah dan bahagian yang operate tu ada masanya rasa sakit sedikit dan kemudian rasa sakit tu hilang.

Jumaat lepas ada member bagi sejenis pokok untuk dimakan oleh orang-orang yang ada masalah buasir kerana iannya boleh mengecutkan buasir. Namanya Syah tak ingat tetapi ada perkataan "ketam" kerana pokok tu berulas-ulas seperti sepit ketam.  Makannya kita kena potong 1 inci dan masukkan dalam pisang dan telan.  Jumaat hari tu Syah letak dalam buah prune dan kunyah sedikit dan terus tekak Syah rasa pijar, pedas dan sakit sangat macam kena ulcer.  Kuat getahnya kot sebab tu mereka minta potong kecil dan telan sahaja.  Jenuh Syah berkumur-kumur hilangkan rasa sakit tu dan lama-lama hilang sedikit demi sedikit. Selepas sakit malam tadi Syah informed my brother on the phone hendak hentikan makan pokok tu dan dia kata makan sahaja ubat doktor bagi. Dia minta Syah stay KL Residence sahaja buat sementara waktu nie.

Semalam dua kali Syah ke pejabat kerana tertinggal jam tangan. Jumaat lepas nak balik ke Rawang tetapi tak jadi sebab train ada masalah lalu Syah balik KL Residence sahaja.  On the way ke KL Residence baru perasan jam tak ada dan Syah memang pelupa selalu tertinggal jam kat toilet dan cleaner bagi semula kat Syah.  Pagi Sabtu (semalam) sebelum balik ke Rawang Syah singgah office cari jam tu dan tak jumpa atas meja Syah lalu ke toilet disable yang Syah selalu gunakan tu tak ada juga.  Jumpa cleaner dan informed perkara nie dia kata tak jumpa dan Isnin nanti dia akan tanyakan orang lain jika terjumpa jam tu.  Dan Syahpun balik.

On the way balik ke Rawang,  Syah cuba ingat kat mana Syah letak jam semalam.  Last sekali masa ambil air sembahyang untuk Solat Jumaat dan Syah letakkan dalam tempat tisu.  lalu selepas Zohor Syah keluar semual ke KL dan terus ke pejabat.  Sampai office banyak lif yang tak boleh guna sebab ada staff Tenaga Nasional buat kerja kat belakang Menara TM .  Satu lif jer ok lalu Syah naik dan bila nak buka pintu elektrik tak ada dan tak boleh tuch kad lalu Syah ikut emergency exit untuk turun ke ground floor dan guna pintu belakang tetapi bila sampai tingkat 3 (food court)Syah tengok ada cleaner buat kerja  lalu Syah terus kebelakang dan naik tangga tu dari aras 3. Bila sampai tingkat 14 Syah terus kebilik air dan buka tempat tisu tu tetapi tak ada. Syah masuk office sekejap dan cari lagi kat atas meja tetapi tak ada juga lalu Syah turun semula guna tangga ke ground floor.

Syah takut jam tu jatuh dalam tempat sampah tisu tu dan cleaner dah buang sebab mereka tak nampak.  Actually Syah memang tak ingat mana Syah letak jam tu tetapi seingat Syah masa Solat tu lah.  Syah memang ada masalah pelupa sebab tu buat kerjapun kadangkala Syah tulis supaya tak lupa.  Semalam juga Muss call sebab Syah lupa tutup air masa tanam pokok ketam tu petang Jumaat lepas.  Pagi Sabtu tu ada jiran complain kat securiti longkang mereka overflow rupa-rupanya paip KL Residence Syah tak tutup since petang Jumaat sampai pagi Sabtu .  Syah informed Muss jika ada pertambahan bill air daripada biasanya Syah akan top-up bayaran tu. Syah memang lalai dan pelupa.  Ya Allah .............

Sebelum balik dan solat Asar kat KL Sentral semalam Syah bawa one of my collection but not my favourite  watch untuk gantikan baterinya.  jam nie mahal gak tetapi jarang pakai sebab tu baterinya cepat habis.  Jam yang hilang tu Syah beli tak silap RM350.00 satu dan Syah beli tiga.  Sebenarnya jam tu ada sentimental value dalam hidup Syah tetapi tak boleh nak share kat sini dan Syah beli lima atau enam tahun lepas.  jam inilah yang sentiasa Syah pakai dan berada disisi Syah walaupun Syah ada dua lagi jam tangan.  Gambar disebelah ini lah jam tangan yang Syah gantikan baterinya tu. Jam yang hilang tu tak ada gambar.

Oklah semua panjang lebar Syah bercerita hari nie dan Syah hendak jemur baju sat lagi dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry .................... doakan Syah cepat sembuh dari penyakit dan Sihat yer semua.



Saturday, July 7, 2012

Tuanku Abdul Halim Lancarkan Program Pemeriksaan Kesihatan Bergerak YSB

07.07.2012, Sabtu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat menyaksikan Karnival Amal Hari Penyayang 2012 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.  Dalam lawatan ini, Tuanku Abdul Halim juga telah berkenan melancarkan Progrm Pemeriksaan Kesihatan Bergerak YSB. Program ini merupakan kerjasama diantara YSB, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NFK) dan Kumpulan Sunway yang mana didalam program ini, mereka akan melakukan pemeriksaan percuma kepada rakyat negeri Kedah terutamanya mereka yang berada diluar bandar.

Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merupakan Pengerusi YSB dalam kenyataannya kepada Bernama hari ini memaklumkan bahawa kos perbelanjaan bagi projek ini adalah sebanyak RM500,000.00 setahun dan ianya adalah bertujuan mendidik masyarakat berhubung kepentingan penjagaan kesihatan. Perkhidmatan yang akan diberikan dalam program ini adalah pemeriksaan kencing manis, tekanan darah tinggi, ujian air kencing dan rawatan ringan. Tambah beliau lagi Karnival ini bermula semalam Jumaat 07.07.2012 dan akan berlangsung selama tiga hari bertujuan menjana kewangan YSB untuk melaksanakan Program berkenaan .

Kepada anda yang berada di Alor Star sudi-sudikanlah ke Karnival ini dan pelbagai acara menanti anda seperti bazar jualan, kempen derma darah, bazar makanan, persembahan pentas penyayang, pameran kerjaya dan NGO, pertandingan futsal, pertandingan ayam serama & suara burung, persembahan artis, temuduga terbuka, Autoshow dan kayuhan basikal amal, battle of the band, pertandingan paintball dan peraduan mewarna.  Ada cabutan bertuah lagi dengan barangan bernilai RM15,000.00 dam macam-macam lagi ada no.............  Jom kita ke Karnival Amal Hari Penyayang 2012 dan bawalah suami/isteri/anak-anak/orang tersayang  untuk berhibur sambil  menderma kepada YSB dan dapat membantu YSB melaksanakan Program Pemeriksaan Kesihatan Bergerak YSB ini.

Sumber :- Bernama

Friday, July 6, 2012

Breakfast Dengan My Brother @ Gerai Nasi Lemak Sotong

06.07.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua pembaca setia tengkusyah.blogspot dan apa khabar anda hari ini.  Kesihatan Syah ok cuma ada rasa sakit sedikit ada masa-masanya  sekali sekala ditempat operation tue dan kawasan berhampiran.  Syah berharap agar anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan mengembirakan disamping keluarga dan orang tersayang. Pagi tadi my brother invite Syah tumpang kereta dia dan taklah menapak ke LRT Station.  On the way ke LRT dia tanya hendak breakfast tak? dan Syah kata ok sahaja lalu kami breakfast di Gerai Nasi Lemak Sotong yang terletak di AU3 Keramat.  Memang dia selalu jugalah breakfast disini. Macam biasa dia makan Nasi Lemak Sotong dia lah dan Teh Tarik manakala Syah dua keul kuih Kasui dan Horlic O Panas untuk makan ubat dan suppliment Syah.  Muss belanja pagi nie and Terima Kasih Yer Muss.  Lepas makan dia hantar Syah ke LRT Setiawangsa dan dia meneruskan perjalanan ke pejabatnya.  


Malam tadi kami dinner  chinese food di kedai Haji Sharin Low yang terletak di setapak indah berhampiran KL Residence kami. Sedap juga makanannya dan Syah share dengan Muss bayar bill yang berjumlah RM102.50. Petang nanti Syah akan balik ke Rawang Residence dan Insyallah Ahad atau Isnin nie Syah akan balik semula ke KL Residence, Insyallah .............. Muss pula jika ikut jadual akan outstation Ahad nie macam biasa selama seminggu untuk kerja-kerja audit dia. Ok Syah undur diri dahulu untuk sambung kerja dan hingga berjumpa lagi di entry seterusnya .........tungguuuuuuuuu.

Uncle Seekers Ditahan Reman Berhubung Isu Melibatkan Sultan Johor

06.07.2012, Jumaat - Pada 01.07.2012 lepas seramai 30 orang individu telah membuat laporan polis  di Balai Polis Sentral, Johor Baharu terhadap seorang pengamal / pengkaji  paranormal yang dikenali sebagai Uncle Seekers atau nama sebenarnya Tuan Syed Abdullah Hussein Al-Attas berhubung penyiaran artikel didalam blognya, www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. Mereka memohon pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap Uncle Seekers berhubung isu ini yang juga dikatakan melibatkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.  


Sehubungan dengan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataannya semalam memaklumkan  bahawa satu tangkapan telah dibuat di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan  pada jam 21:45hrs malam kelmarin yang melibatkan Uncle Seekers sendiri yang berusia lingkungan 46 tahun bersama seorang wanita Siti Nadhirah Mohd Zain yang berusia 26 tahun. Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya. Perintah tahanan reman kedua-dua mereka dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Isa Mohamed lebih kurang jam 16:00hrs semalam  mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.  Gambar menunjukkan kedua-dua mereka kelihatan gembira sambil menunjukkan isyarat "good" kepada jurugambar ketika tiba diperkarngan mahkamah sekitar jam 15:00hrs semalam. Pihak polis sebelum ini telah menerima sebanyak tujuh laporan berhubung isu ini dan sesiapa yang didakwa dibawah Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 ini akan berhadapan dengan hukuman penjara tujuh tahun.


Sumber : Berita Harian/Kosmo/ Kesultanan Johor Fanpage

Thursday, July 5, 2012

Raja Perlis Menerima Mengadap Duta Besar Ecuador Ke Malaysia

05.07.2012, Khamis - Hari ini Raja Negeri Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauzian binti Almarhum Tengku Abdul Rashid telah berkenan menerima mengadap Duta Besar Ecuador ke Malaysia, Madam Lourdes Puma Puma.  Majlis diadakan di Istana Arau, Arau, Perlis. Madam Lourdes dan rombongan  berada di Perlis untuk lawtan kerja rasmi selama empat hari mulai 02 Julai lepas.

Turut serta dalam majlis ini adalah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu.  Kelihatan Madam Lourdes menerangkan kepada Tuanku Syed Sirajudin dan para hadirin lainnya berhubung maksud logo negara mereka.

Sumber :- Bernama

Kasut dan Seluar Baru

05.07.2012, Khamis - Pejam celik pejam celik kejap jer sudah hari Khamis dan esok Jumaat dan lepas tu Syah cuti dua hari coz kami di TM kerja 5 hari seminggu sahaja. Malam semalam Syah singgah KLCC on the way balik ke KL Residence untuk solat Maghrib dan kemudiannya nak cari seluar coz seluar Syah semuanya dah longgar bak kata orang kalau tak pakai belt orang tarik boleh melurut (lucut) seluar tu.  Semalam bila test seluar rupanya Syah pakai saiz 32 means memang banyak bezanya compare to dahulu 36 - 34. So Syah beli satu dulu kat Isetan dan sementara tunggu dia potong kaki seluar tu Syah ronda-ronda dan beli sepasang kasut kerja.  Syah beli coz yang sedia ada tu dah agak azab sedikit.  Syah jenis yang pakai kasut kerja satu jew dan bila sudah hendak rosak baru ganti dan bukan macam sesetengah orang ada koleksi kasut dua tiga pasang atau lebih, buat masa ini macam tulah Syah  tak tahu in future Syah berubah pula suka beli kasut kerja lebih daripada satu. Kalau kasut bawa  jalan-jalan tu memanglah ada lebih dari dua.

Kerja lately nie memang banyak dan Syah selalu balik lewat tetapi untung Syah stay di KL Residence dan tak adalah masalah nak balik lewat.  Insyallah, esok Syah balik ke Rawang Residence semula dan tengoklah macam mana Isnin nie nanti samada hendak stay KL atau Rawang itu Syah fikirkan kemudian bergantung kepada keadaan dan mood. Keadaan kesihatan Syah going to be ok dan rasa sakit-sakit kat bawah tu dan sekitarnya ada masa-masanya terasa gak dan kemudiannya hilang. Insyallah going to be ok lah tu, minta-mintanya lah kan? Ok lah Syah hendak sambung kerja semula dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry.........................

Tengku Mahkota Pahang Terima Zakat Perniagaan Daripada PNB

07.05.2012, Khamis - Semalam Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan menerima Zakat Perniagaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM 5.255 juta. Tengku Abdullah yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) menerima zakat perniagaan itu bagi pihak MUIP daripada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu majlis yang diadakan di Kuantan, Pahang. Ini merupakan kali kedua PNB mengeluarkan zakat perniagaan pada tahun ini dan terdahulu zakat perniagaan berjumlah RM 7.197 diberikan kepada negeri Perak yang disampaikan kepada Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan pada 02.07.2012 lepas dalam satu majlis yang diadakan di Istana Perak, Jalan Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.

Tengku Abdullah dalam kenyataanya kepada Bernama memaklumkan bahawa tahap kesedaran pembayaran zakat semakin meningkat di Pahang hasil daripada beberapa program yang dilaksanakan oleh MUIP dan berharap agar kutipan zakat akan terus meningkat diatas kesedaran ini. Titah baginda :-

"Kita juga akan melancarkan satu program untuk mewajibkan bayaran zakat melalui potongan gaji yang akan diuruskan dalam masa terdekat ini"

Sumber :- Bernama 

Wednesday, July 4, 2012

Tuanku Abdul Halim Menerima Mengadap Wakil-Wakil Jawatankuasa Fatwa MKI

04.07.2012, Rabu - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap wakil-wakil Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).  Majlis yang diadakan di Istana Negara itu turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sumber :- Bernama

Pengiran Abdul Malik Berangkat Ke Majlis Pengagihan Kurma

04.07.2012, Rabu - Semalam, anakanda kepada Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Peribadi KDYMM Sultan Brunei sempena bulan Ramadhan 1433 Hijrah. Majlis diadakan di Dewan Canselor University Brunei Darussalam.  Sebanyak 148 tan  kurma Safawi dari Al-Madinah Dates Company,  Arab Saudi akan diedarkan kepada seluruh lapisan rakyat di Brunei melalui wakil-wakil yang dilantik seperti Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta  Pasukan Polis dan Tentera. Kurma berkenaan diletakkan dalam bekas kecil khas dengan berat 300 gram untuk setiap umat Islam yang berada di Brunei  tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan dan usia.


Kurma ini merupakan sumbangan peribadi Sultan Brunei kepada seluruh umat Islam yang berada di Brunei Darussalam. Adalah diharapkan agar wakil-wakil yang telah dilantik untuk mengedarkan kurma ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah supaya pengagihan berjalan lancar sepertimana yang dikehendaki oleh Tuanku Sultan Brunei. Menteri Pembangunan Brunei, Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dalam kenyataannya memaklumkan bahawa terdapat pertambahan sebanyak 5 tan kurma pada tahun ini memandangkan pertambahan populasi umat Islam berdasarkan laporan-laporan yang dikemukakan daripada ketua-ketua kampung.


Terima Kasih kepada Sultan Brunei atas pemberian kurma ini sebagai salah satu amal jariah  kepada umat Islam yang berada di Brunei Darussalam. Semuga Tuanku Sultan Brunei dipanjangkan Usia dan Dimurahkan Rezeki serta diberikan Kesihatan yang baik agar dapat terus menerajui Negara Brunei Darussalam.


Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Borneo Buletin

Tuesday, July 3, 2012

Naik Angin Sket hari Nie

03.07.2012, Selasa - Angin jer mood hari nie pertama SAP System Syah ada masalah dari semalam lagi dan Bertekak dalam E-mail dengan one of the Manager mengenai payment.  Sekarang nie kerja tengah banyak dan SAP System pula meragam dan Syah tak boleh proses semua perolehan yang pending tu. Pening kepala dibuatnya dan sudah report tetapi biasalah macam melepaskan batuk ditangga jew.  Keduanya pula adalah seorang manager nie nak proses elaun kehadiran majlis tetapi tak ikut peraturan.  Sepatutnya bayaran tu dia terpaksa minta advance dan bayar terus kepada pekerja terlibat tetapi disebabkan alasan tak mahu simpan cash banyak untuk keselamatan dia minta kami proses bayaran tu masuk dalam akaun peserta.  Pernah buat benda macam ini tetapi dapat teguran dari bahagian Akaun kerana cara begini tidak digalakkan.

Bila kita cakap dengan dia supaya ambil advance kerana proses ini menambahkan kerja, dia jawab kalau tak ada kerja lebih baik tutup bahagian akaun tu.  Jadilah peperangan dingin jawab menjawab e-mail diantara Syah dan dia tetapi settle dah. Akhir dia jawab sebelum nie ada orang buat macam tu tetapi boleh jer bayar dan Syah cakap yang kena tegur tu pihak kami yang memproses bukan orang-orang macam mereka yang mengeluarkan arahan sebab itu dia tak tahu apa yang berlaku dan tahu dapat duit sahaja dan Syah kata seolah-olah pihak akaun rasa macam kami tak tahu buat kerja.  Dia tetap dengan pendirian dia hendak gunakan cara yang sama in future dan Syah kata its up to you tetapi kita proses lambat dan dia kata tak mengapa. 

Hari nie Syah balik jam 18:30hrs kerana hendak bayar hutang di Citibank dan lepas tu ke KLCC untuk solat Maghrib.  Lepas solat Syah balik dan sebelum tu singgah beli Apple dan   Law Salt High Fiber Crackers untuk kudapan jika lapar.  Actually since pagi Syah sibuk dan beli tiga biji kuih dan Barli Panas untuk breakfast dan lunch disebabkan busy Syah tak lunch dan makan lebihan kuih pagi tu dan sedikit roti.  So untuk dinner Syah beli Tuna Sandwich dan makan kat LRT KLCC dan makan ubat. Syah sampai KL Residence awal sedikit hari nie sewaktu orang tengah solat Insyak. kat surau.  Balik lapar sket dan Syah makan biskut dan Apple. 


Hari nie bahagian yang operation tu ada masanya sakit sedikit tak tahu mengapa dan sakit dibahagian-bahagian tertentu seperti biasa tu yang doktor kata referred pain tu ada juga terasa kadang kala hari ini. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry .........Byeeeeeeeeee

Mazwin Hamzah Bekas Isteri Pengiran Sufri

03.07.2012, Selasa - Kenal tak wajah ini dan ada mirip-mirip siapa? Amy Mastura atau Mazwin Hamzah. Ini adalah salah seorang daripada anak perempuan bekas penyanyi kumpulan Quinary M yang agak terkenal satu ketika dahulu iaitu Mazwin Hamzah yang telah berkahwin dengan adinda Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pengiran Sufri.  Beliau adalah  Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah  puteri bongsu kepada Mazwin Hamzah dan Pengiran Sufri yang diputerikan pada 23 April 1992. Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11 Februari 1987 dengan hantaran perkahwinan satu Juta  Ringgit satu nilai yang begitu besar bukan sahaja ketika itu malah kini dan selamanya. 

Walaupun bagaimanapun jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh Yang Maha Esa dan kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, begitulah jodoh Mazwin Hamzah dengan Pengiran Sufri yang berakhri dengan penceraian sekitar tahun 2003. Berita penceraian ini begitu mengejutkan kita tetapi itulah kenyataannya dan berbagai spekulasi dibuat dan ada menyatakan Muzwin Hamzah berada di Singapura dan menjadi penyanyi disana selepas penceraian tersebut dan berbagai-bagai lagi cerita yang berserabut kepala mendengarnya. Hasil daripada perkongsian hidup Mazwin Hamzah dan Pengiran Sufri selama 11 tahun telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu seorang Putera YAM Pengiran Muda Abdul Khaaliq dan dua puteri,  YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah.

Sebenarnya Mazwin Hamzah masih lagi menetap di Brunei Darussalam bersama anak-anaknya.  Ada masanya beliau berulang alik ke Kuala Lumpur - London dan Singapura. Beliau  menetap di Vila Cinta Membara di Jalan Kustin, Berakas yang merupakan kediaman pertama yang dihadiahkan oleh Pengiran Sufri kepada beliau semasa mula-mula bergelar isteri kepada Pengiran.  Sebelum bercerai beliau menginap di kediaman rasmi di Istana Darul Hana dan berpindah ke rumah pertamanya apabila bercerai dengan Pengiran Sufri.  Beliau mempunyai sebuah "istana" yang lebih mewah dan besar di Jalan Pengiran Babu berhampiran Darul Karamah yang merupakan kediaman rasmi ayahanda dan bonda YTM Pengiran Isteri Pengiran Anak Sarah tetapi tetap memilih rumah pertamanya di Brunei yang lebih serdahana sebagai kediaman beliau.  Hubungan beliau dengan kerabat diraja Brunei masih lagi baik   terutamanya dengan KDYMM Raja Isteri yang begitu akrab dan senang dengan beliau.

Sumber :- Naning / Wikipedia / Syahril

Allahyarhamah Raja Faezah binti Raja Yaacob Selamat DiSemadikan Semalam


03.07.2012, Isnin - Jenazah Allahyarhamah Raja Faezah binti Raja Yaacob  telah selamat disempurnakan semalam sebelum waktu Zohor di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Paya Panjang, Padang Rengas, Perak sepertimana yang diwasiatkan oleh Almarhumah sendiri supaya beliau disemadikan dikampung suaminya walaupun tempat untuk Almarhumah di Makam Diraja Al-Ghufran memang tersedia ada. Perjalanan dari Bukit Chandan ke Padang Rengas hanya mengambil masa diantara 10 hingga 15 minit sahaja dengan menaiki kenderaan. Lelaki yang berbaju biru ini adalah Tuan Syed Zamri bin Syed Hamzah yang merupakan suami kepada Allahyarhamah.  Almarhumah yang diputerikan pada 13.10.1940 mangkat pada 01.07.2012 akibat sakit tua dikediamannya di Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak dalam usia 72 tahun (71 tahun 9 bulan).  Almarhumah meninggalkan suami, Tuan Syed Zamri bin Syed Hamzah serta empat orang cahayamata iaitu dua orang putera dan dua orang puteri. 

Almarhumah merupakan kerabat Diraja Perak daripada susur galur Almarhum Sultan Idris I manakala bonda Tuan Syed Zamri juga merupakan keluarga diraja Perak.  Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah semuga kalian tabah dengan dugaan ini. Bersama-samalah kita sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Raja Faezah binti Raja Yaacob semuga roh Allahyarhamah Raja Faezah binti Raja Yaacob ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal solleh.


Entry Syah terdahulu berhubung kemangkatan ini :-

Sumber :-  Raja Nur Jannah

Monday, July 2, 2012

Majlis Bersanding Pengiran Nafee dan Pengiran Yura

02.07.2012, Isnin - Majlis Bersanding  YAM Pengiran Anak Haji Abdul Nafee' bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris dan pasangannya YM Pengiran Hajah Yura Halimatussa'adah binti Pengiran Haji Yura Perkasa berlangsung dengan penuh warna warni dan adat istiadat diraja Brunei Darussalam pada malam semalam di Taman Seri Alam, Kampung Jangsak. Bak kata pepatah Melayu, Bagai Pinang Dibelah Dua kedua pasangan "Raja Sehari" ini begitu angun berada diatas pelamin khas untuk meraikan hari istemewa dan bersejarah  mereka. 

Mempelai lelaki merupakan anak saudara kepada KDYMM Sultan Brunei manakala mempelai perempuan merupakan anak saudara kepada KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.  Pengiran Nafee' merupakan salah seorang daripada lima orang anakanda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam yang merupakan adinda kepada KDYMM Sultan Brunei manakala Pengiran Yura merupakan puteri kepada Yang Mulia Pengiran Anak Hajah Mastura binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohammad Alam yang merupakan adinda kepada KDYMM Raja Isteri.

Turut serta dalam majlis ini adalah KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Pengiran Muda Mahkota Brunei Darussalam dan Isteri, putera dan puteri Sultan Brunei serta kerabat diraja Brunei dan para tetamu khas. KDYMM Sultan Brunei kini berada di Thailand untuk lawatan rasmi negara dan tidak dapat menghadiri majlis ini.

Sumber : Borneo Buletin / Naning

Raja Nazrin Terima Zakat Perniagaan Daripada PNB

02.07.2012, Isnin - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah telah berkenan menerima Cek Zakat Perniagaan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.  Penyerahan cek disampaikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Perak di jalan Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.  Cek berjumlah RM7.197 juta itu diterima oleh Tuanku bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan.  Turut serta dalam majlis ini adalah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kamal Piah Che Othman.

Sumber :- Bernama

Duit Siling Peringatan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Boleh Didapati di Junk Sale AmCorp Mall

02.07.2012, Isnin - Semalam lepas habis kerja Syah ke Amcorp Mall kerana hendak join Muss, Cd dan Haziq yang ada kat sana.  Mereka nak tengok junk sales kat Amcorp Mall dan Syah pun tak pernah tengok jualan tu cuma dengar sahaja sebelum nie, dengarnya banyak barang-barang lama dan antik kat situ.  Memang banyak barang-barang lama yang dijual disini yang antik tu mungkin ada tetapi terhad.  Jalan punya jalan akhirnya jumpa beberapa buah gerai yang jual duit siling lama dan ada pula dijual Siling Peringatan Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dijual dengan harga antara RM30.00 hingga RM25.00.  Akhirnya Syah beli satu dengan harga RM25.00 dan kata penjual tu minggu depan dan lama lagi iannya akan naik harga.

Pandai mereka nie, dibelinya banyak-banyak dan kemudian jual balik.  Siling nie dikeluarkan oleh Bank Negara dan Syah telefon Bank Negara bertanyakan mengenai duit ini tetapi kata mereka duit-duit tu memang sudah tidak ada dalam simpanan Bank Negara lagi dan telah habis dijual.  Menurut mereka, masa offer hari tu dibuka jam jam 09:00hrs dan sebelum lunch sudah habis licin. Pada yang berniaga tu mereka beli banyak-banyak dan jual dengan harga yang tinggi kerana siling ini tidak boleh didapati lagi.  Harga sebenarnya hanya RM10.00  sahaja dan Syah beli semalam RM25.00 dan jika anda membelinya minggu hadapan atau bulan hadapan tak tahulah berapa harganya nanti. Menurut kakitangan Bank Negara mereka tidak boleh mengawal pembelian nie kerana pembeli datang beramai-ramai membawa anak bini/suami atau saudara mara dan ada tu yang beratur dua atau tiga kali pusingan untuk membuat pembelian kerana Bank Negara juga ada membuat had kuantiti yang boleh dibeli oleh seorang individu.

Macam-macam cara orang cari untung kan? Hehehehhe nasiblah tetapi bagi orang seperti Syah yang berminat nie, kita akan beli juga sebagai koleksi peribadi. Pada yang berminat bolehlah datang ke Ground Floor Amcorp Mall tak silap Syah untuk membeli Siling Peringatan Ini. Stamp dan sampul Surat Hari Pertama pun ada. Heheheh.........Macam...Macam ... Ada.aaaaaaaaaaaa.

Raja Faezah binti Raja Yaacob Mangkat


02.07.2012, Isnin - Inna lillahi wainna ilaihi roji'un.  Dukacita dimaklumkan seorang Kerabat Diraja Perak, Allahyarhamah Raja Faezah binti Raja Yaacob  telah kembali ke rahmatullah.  Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir dikediamannya di Bandar Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan pada petang semalam bersamaan hari Ahad 01.07.2012.  Jenazah akan dimakamkan di tanah perkuburan Padang Rengas iaitu di kampung halaman suami Allahyarhamah pada hari ini sepertimana wasiat Allahyarhamah sendiri.  Sebenarnya tempat telah ada di Makam Diraja Al-Ghufran tetapi itu adalah kehendak Allahyarhamah. Allahyarhamah berusia hampir 72 tahun (71 tahun 9 bulan) diputerikan pada 13.10.1940 dan mangkat pada 01.07.2012.  Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah semuga kalian tabah dengan dugaan ini. Bersama-samalah kita sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Raja Faezah binti Raja Yaacob semuga roh Allahyarhamah Raja Faezah binti Raja Yaacob ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal solleh.

Sumber :- Raja Nur Jannah Hidran

Sunday, July 1, 2012

Pakaian Berkabung Baginda Queen Elizabeth DiJual Dengan Harga 6000 Pound

01.07.2012, Ahad - Pakai berkabung yang digunakan oleh Baginda Queen Victoria selepas kemangkatan suaminya Prince Albert telah dijual dengan harga 6,000 pound dalam satu jualan lelong di Derbyshire. Bidaan telah dimenangi  oleh seorang pengumpul (collector) pada Sabtu lepas.  Prince Albert mangkat ketika berusia dalam lingkungan 42 tahun pada 14.12.1861 jam 22:50hrs dihadapan Baginda Queen dan lima dari sembilan orang anakandannya di Istana Windsor.  Baginda amat berdukacita dengan kemangkatan suaminya,  menyebabkan baginda Queen Victoria berkabung sepanjang hayatnya selama 30 tahun selepas kemangkatan Prince Albert.   Walaupun baginda seorang Raja yang terkenal dan tersohor di dunia ketika itu, kasih sayang terhadap suami baginda mengatasi segalanya.

Menurut Charles Hanson, pengurus Hanson's auctioneers di Etwall, pakaian ini dibuat sekitar tahun  1880an mengandungi Gaun Hitam yang mempunyai ukuran pinggang 43 inci, Kasut dan Topi. Baginda Queen Victoria memerintah Britain mulai 20.06.1837 hingga 22.01.1901 dan baginda telah mencipta sejarah kerana merupakan pemerintah Britain paling lama berada diatas tahta iaitu selama 63 tahun 7 bulan 2 hari.  Baginda juga merupakan Raja Perempuan yang memerintah paling lama didunia.

Sumber :- BBC News / Wikipedia 

Bekas Istana Raja Muda Perak

01.07.2012, Ahad - Photo ini Syah ambil pada 23.06.2012 lepas sewaktu balik ke kampung Syah di Sabak Bernam, Selangor.  Syah, Muss, Cd dan Haziq sempat ke Teluk Intan, Perak dan kami singgah sekejap melawat bekas Istana Rasmi Raja Muda Perak di Teluk Intan atau dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson.  Dahulu Raja Muda Perak akan bersemayam di Teluk Intan (Anson). Istana ini dibina sekitar tahun 1922 dan Raja Muda pertama bersemayam disini adalah Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudiannya bergelar Sultan Abdul Aziz dan Raja Muda yang terakhir mendiami Istana ini adalah Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin. Pada tahun 1988, Raja Muda yang baru DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah tidak lagi bersemayam di Istana ini dan bersemayam di Istana Tetamu, Ipoh, Perak.  Semenjak dari itu istana ini telah dikosongkan dan seiring dengan peredaran masa,  Istana yang ditinggalkan ini menjadi usang dan terbiar dimamah usia.  Kali terakhir Syah kesini pada 19.12.2009 dan begitu jugalah keadaanya hingga hari ini. Sayang sekali tempat yang bersejarah ini ditinggalkan begitu sahaja. 

Entry Syah pada 2009 berhubung istana ini. Sila click :-

Sumber :- tengkusyah.blogspot.com dan wikipedia

Hari Nie, Semalam dan Sehari Sebelum

01.07.2012, Ahad - Salam semua dan apa khabar.  Hari nie Syah ada kerja sedikit dipejabat dan rasa tak sihat.  Perut rasa meragam dan sakit dari pagi tadi dan ada masanya testis Syah sakit juga ada masa-masanya sekali sekala exspecially apabila pass motion atau buang air kecil. Kat bahagian operation tu ada masanya rasa sakit didalam. Ala macam biasa lah tu, yang diistilahkan oleh Dr Rasol sebagai referred paint akibat piles dan operation Syah kot?  Jangan sakit lain pula sudahlah, minta-minta dijauhkan dari sebarang penyakit yang merbahaya, Amin. sekarang nie rasa dah hendak ok.  macam tu ler selalunya........... By the way Syah sampai Menara TM  jam 08:20hrs tadi dah sampai office tetapi tak dapat masuk kerana Swap machine tu rosak dan Syah turun semula ke information counter minta security tolong dan mereka minta Syah ke Control room. Macam tak friendly jer orang kat situ dan dia minta Syah tunggu diatas dan kemudiannya ada security datang.  

Syah inform mengapa tak release dari bawah sahaja kerana swap machine tu ada button yang tak ada so memang tak boleh masuk walaupun dia bawa kat dia.  Hari Isnin sampai Sabtu mereka kita bolwh swap kad tetapi hari Ahad kena masuk ID dan Password, tu problem kerana mechine tu rosak.  Hampir semua floor macam tu dan tiada tindakan diambil dengan alasan tiada stock baru dan lain-lain lagi.  Security tu  cuba dan memang tak boleh lalu dia bawa Syah kebawah semula dan naik ikut lif bomba guna pintu belakang pula.  Benda yang sama jadi.  Syah dan minta mereka release dari bawah tetapi degil suruh security naik juga.  Akhirnya security tu ambil nombor Syah dan minta tunggu sampai dia call.  

Lama tunggu tak tahan lalu Syah turun semula kat counter dan macam nak mengamuk tanya mengapa tak buka lagi sampai Syah hendak minta nombor Pegawai Keselamatan mereka nak inform perkara nie.  Mereka suruh Syah ke Control Room sekali lagi.  Bila ditanya lagi rupanya orang maintenance tak datang lagi dan katanya jam 09:30hrs baru sampai sebab dia dirumah lagi.  Actually maintenance tu katanya standby jer jika ada masalah mereka call.  Tak sampai jam 09:30hrs datang security jumpa Syah dan escort Syah naik atas dan minta Syah swap card dan baru boleh masuk.  

By the way semalam Syah temankan Muss bawa Hamster mandi di Rampai Pet Shop dan sementara menunggu tu kami makan di Restoran En Tan Kopitiam Muslim di Sri Rampai Business.  Lepas makan singgah dan ambil Hamster singgah sebentar di rumah Kak Long Fadhilah  Wangsa Maju tetapi dia tak ada lalu kami balik terus.  Sampai rumah Syah basuh kain dua kali sebab Syah basuh langsir dan blanket sekali.  Cd dan Haziq ke Jalan Tuanku Abdul Rahman manakala Mus pula lepas hantar Syah dia ke Rumah Kak Engah Fadhilah kerana ada dinner. Jam 17:00hrs Syah ke KL Festival City jalan-jalan. Mall nie dekat dengan KL Residence Syah dan jalan kaki tak sampai 10 minit.

Malam Jumaat hari tu pula Syah invite Muss, Cd dan Haziq tidur Rawang Residence untuk tolong Syah kemas rumah sedikit sebab dah seminggu tak balik.  Alamak AEL Syah meragam tak boleh start dan mungkin baterilah tu sebab bateri tu expired bulan sepuluh nie, bateri kering dan kereta tak jalan pula tu......tu jadi cam tu.  Isyallah lepas sihat sedikit nanti baru Syah uruskan AEL dan minta-minta sebab baterilah dan bukan sebab lain ............ Pagi Sabtu tu Syah basuh kereta Syah dan kereta Muss serta car porch sebelum kami bertolak semua ke KL Residenca hampir jam 10:00hrs. 

Oklah semua dan Syah mohon maaf kerana tak dapat update blog seperti selalu kerana lately Syah busy dengan target kerja dan banyak benda kena settlekan coz bulan Ogos nanti Syah akan ditukarkan tempat ke bahagian lain.  Human Capital ada re- structure lagi dan Syah kena bertukar bersama group Syah dan yang best tu still bekerjasama dengan my Boss Dek Nor dan colleague  Kak Rose.