27 May 2014, Selasa :-
Tahniah diucapkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud diatas penganugerahan darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun pada 26 May 2014. Bermula semalam, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dikenali dengan panggilan Tuan Yang Terutama Tun Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. TYT Tun Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 01 Mac 2014 untuk tempoh empat tahun setelah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014.
Anugerah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balairong Seri Istana Negara. Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun ; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ; Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Satim dan Isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Sumber :-e-browse Berita Harian / Majlis Raja-Raja.gov.my
No comments:
Post a Comment