Wednesday, May 7, 2014

Tengku Datin Seri Sofiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah Mangkat

07.05.2014, Rabu :-

Innalillahi wa inna ilaihi Rojiun. 

Pada 05 Mei lepas kita dikejutkan dengan berita kemangkatan Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tengku Puan Nor Sa'adah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah dan pada hari ini 07 Mei 2014 berlaku satu lagi kemangkatan keluarga diraja Selangor iaitu Yang Amat Mulia Tengku Datin Seri Sofiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah. Allahyarhamah merupakan adinda kepada Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tengku Puan Nor Sa'adah. Allahyarhamah Tengku Sofiah mangkat petang tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Jenazah dijadualkan tiba ke Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang pada malam ini dan Istiadat Permakaman akan dijalankan esok.  Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tengku Datin Seri Sofiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini. 

Al-Fatihah 

Semuga Rohnya Allahyarhamah 
Yang Amat Mulia Tengku Datin Seri Sofiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  

Amin.


Sumber :- Raja Molek / Ku Gee

No comments: