Sila click gambar untuk Imej yang lebih besar.
19 May 2014, Isnin :-
Semalam 18 May 2014, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan menghadiri Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Mengadap 2014 yang diadakan di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat ini diadakan tiga tahun sekali sebagai tanda taat setia Penghulu-Penghulu Luak Tanah Mengandong terhadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Terdahulu pada 17 May 2014 telah diadakan Istiadat Bersiram Sempena Majlis Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Mengadap. Sila click Entry Syah terdahulu mengenai Istiadat Bersiram sempena Majlis Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Mengadap.
Diantara titah baginda dalam Istiadat ini semalam adalah :-
- Di dalam mengatur serta melaksanakan adat disetiap luak, beta percaya pendekatan yang baik seperti konsep bermusyawarah dalam menyelesaikan sesuatu isu diperingkat anak-anak buah akan dapat terus diamalkan.
- Bagi memastikan pentadbiran adat di peringkat luak berfungsi dengan lebih efektif, beta menyeru agar langkah sewajarnya diambil untuk mengisi kekosongan jawatan penyandang pusaka adat.
Baginda juga menitahkan agar adanya permaufakatan dalam pemilihan calon-calon untuk jawatan berkenaan, Titah baginda lagi,
- Dengan cara ini, matlamat mengharmonikan kehidupan beradat rakyat beta akan dapat dicapai.
Turut serta dalam Istiadat ini adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan serta Putera Yang Empat atau Pewaris Tahta ia itu YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, YAM Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuannku Ja'afar kecuali YAM Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar yang tidak dapat hadir dalam Istiadat semalam.
Sila click gambar untuk Imej yang lebih besar
Sumber :- YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Fan Page / Kosmo
No comments:
Post a Comment