Wednesday, May 21, 2014

Tuanku Abdul Halim Memendekkan Lawatan Rasmi Negara Ke Singapura Ekoran Kemangkatan Adinda Baginda


21 May 2014, Rabu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah memendekkan lawatan rasmi negara baginda berdua ke Singapura berikutan kemangkatan adinda baginda Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman. 

Kelihatan baginda berdua diiringi oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Singapura Lim Swee Say dan isterinya Elaine Cheong Siew Boon ketika berangkat pulang ke Malaysia di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Mengikut jadual lawatan rasmi negara ini bermula 18 hingga 22 May 2014. Turut serta mengiringi keberangkatan pulang baginda berdua di Lapangan Terbang adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob dan isteri, Datin Norshiha Hasbullah Abdullah. Nampak kesedihan diwajah Tuanku Abdul Halim yang kehilangan adinda tersayang.

Istiadat Permakaman Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman dijadualkan pada hari ini selepas Solat Asar. Almarhum mangkat tengah malam tadi jam 12:20 pagi di Hospital Pantai Ipoh, Ipoh Perak dalam usia 74 tahun akibat masalah jantung.

Sumber :- Bernama

No comments: