Saturday, May 17, 2014

Raja Muda Perlis Rasmikan Galeri Seni Lukis Negeri Perlis


17 May 2014, Sabtu :-

Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan menghadiri Majlis Perasmian Galeri Seni Lukis Negeri Perlis di Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, Kangar, Perlis. Majlis ini merupakan salah satu acara sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra yang ke-71. Galeri Seni Lukis ini telah mendapat sumbangan 150 buah lukisan daripada Art Expo (City Art Gallery) dan 90 buah lukisan dari Pameran Seni Kontemporari 1Malaysa.  Galeri ini juga akan mempamirkan lukisan daripada pelukis-pelukis Thailand selama sebulan bermula hari ini.

Turut serta dalam majlis ini adalah Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ; Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar.  Kelihatan Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis bersama Putera Sulong baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail mewarna lukisan harummanis selepas perasmian galeri berkenaan.

Sumber :- Bernama

No comments: