Sunday, October 6, 2013

Potrait YMM Almarhumah Raja Perempuan Muzwin Perak Bersama Keluarga

Sila click gambar untuk imej yang lebih besar

06 Oktober 2013, Ahad :-


Ini adalah potrait Almarhumah Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Perak bersama anakanda-anakanda dan cusunda-cucunda Almarhumah.  Almarhumah merupakan permaisuri kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah (Marhum Affifullah), Sultan Perak ke-33 iaitu Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Shah.  Hasil perkahwinan diantara Almarhumah bersama Almarhum telah dikurniakan empat orang cahayamata yang terdiri daripada dua putera dan dua puteri iaitu Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain (kanan duduk), YAM Raja Dato' Seri Jamil Ariffin (kiri duduk), YAM Raja Puan Mahkota Perak Raja Dato' Seri Nazhatul Shima (duduk baju bewarna merah)  dan Isteri kepada DYMM Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah (duduk berbaju putih dan hitam).

Sila click entry Syah terdahulu mengenai :-
  1. Marhum Affifullah
  2. Kemangkatan Raja Perempuan Muzwin Perak

Sumber :- Didi/MBS

4 comments:

Anonymous said...

Siapa ye wanita yg berbaju biru di barisan paling kanan tu?

tengkusyah said...

beliau adalah Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim. Isteri kepada Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

hanan sofia said...

tp sape pula wanita yg bediri di barisan kedua paling kiri tu? di sebelah anakanda Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain..? :)

Anonymous said...

yang tiada dalam gambar TMJ dgn Tunku Jalil..