Hari ini Harian Kosmo dalam segmen Negara memaklumkan bahawa Al-Sultan Kelantan dilaporkan semakin pulih dan dijangka kembali menjalankan tanggungjawab baginda selaku Sultan Kelantan pada bila-bila masa sahaja. Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh putera bungsu baginda Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan bukanya dari Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Syah tidak pasti setakat mana kebenaran kenyataan ini. Walau bagaimanapun pihak Istana Kelantan pernah memaklumkan supaya kita menerima maklumat mengenai Al-Sultan Kelantan hanya melalui saluran yang sah sahaja. Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja adalah individu yang berkuasa penuh menerajui tahta kerajaan Negeri Kelantan sekarang ini berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Buat masa ini tiada sebarang kenyataan dari pihak Istana Kelantan dan Pemangku Raja berhubung perkara ini.
Tengku Temenggong Kelantan
Tengku Muhammad Fakhry Petra
Tengku Fakhry dalam kenyataanya memaklumkan "kini terserah kepada Tuanku Ismail Petra untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kembali aktif memerintah. Tahap kesihatan Tuanku Sultan cukup bagus, bila-bila masa sahaja boleh masuk ke pejabat.''Tengku Muhammad Fakhry Petra
Bersama-samalah kita mendoakan agar kesihatan Tuanku Ismail Petra kembali pulih seperti sediakala dan dapat menjalankan tanggungjawab Baginda sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim dan Jajahan takluknya. AMIN.
No comments:
Post a Comment