Assalammualaikum dan Selamat Pagi kepada anda semua. Petang Sabtu lepas Syah balik ke Rawang Residence dan kemas rumah. Semalam petang balik KL Residence. Penatnya rasa badan dan tidur awal semalam tak silap jam 10:00pm dan bangun pagi tadi jam 05:00am. Mandi dan bersiap sambil dengar radio era lepas tu solat subuh. Masa nak keluar Muss invite nak tumpang dia dan Syah kata nak jalan kaki ke stesyen. Muss tak outstation minggu nie kerana ada kursus.
Masa dengar Era subuh tadi................. Syah terdengar seorang perempuan nie mencurahkan isi hatinya. Katanya dia baru bercerai tak silap Syah dalam bulan ini juga. Penceraian ini adalah kerana suaminya ada kekasih lain dan salah dia sendiri kerana tidak pernah curiga terhadap suaminya. Dia tak kisah dan membenarkan suaminya keluar bersama kawan-kawan. Tembelang suaminya terbongkar apabila suaminya mendapat kemalangan dan terpaksa MC dan stay dirumah. Dia melihat suaminya asik sms sahaja dan pada suatu pagi dia terbaca sms suaminya yang ada perkataan sayang dari seseorang. Bila dia tanya suaminya, suaminya beri alasan itu kawan dia yang tersalah hantar sms pada dia dan wanita nie pula pernah menelefon nombor berkenaan dan orang tu memberi jawapan yang sama. Walau bagaimanapun wanita nie dapat merasakan perubahan suaminya yang tidak seperti dahulu - maksudnya dah totally lain dengan dia samada dalam aktiviti seharian atau diranjang. Akhirnya wanita ini merujuk kepada pejabat agama dan keluarga suaminya. Keadaan ini membuatkan suaminya merasa marah dan merasakan wanita itu ingin memalukannya dan akhirnya bercerai. Apabila mahkamah mengesahkan penceraian mereka, si suami nie berjumpa wanita tu dan hendak rujuk semula tetapi wanita tu rasa dirinya telah ditipu dan buat masa ini rela bersendirian bersama dua orang anaknya.
Pengajaran dari cerita ini, jika kita ada orang yang kita sayangi kita kena ambil tahu apa aktiviti yang mereka buat diluar sana. Kita bukan nak mengekor atau mengongkong dia kesana kesini tetapi kena bijak ambil tahu hal orang yang kita sayangi. Pernah terjadi pada kawan Syah, dia benarkan orang yang dia sayang ke karaoke dan disco tetapi akhirnya kekasih dia tu keluar senyap-senyap setiap hari Sabtu tanpa pengetahuannya dan tidur pulak tu dirumah teman gelapnya dan pagi-pagi baru balik kononnya baru balik dari clubbing dengan kawan-kawan yang couple dia kenal. Kawan Syah tu percaya dengan kekasihnya tapi akhirnya bangkai kalau nak ditutup macam manapun akhirnya ia akan berbau juga dan percintaan mereka semenjak kekasihnya graduate dari Menara Gading tu tak kesmpaian kepenghujungnya.
Kepada wanita di Era pagi tadi dan anda semua yang pernah melalui atau dalam proses menuju kearah perpecahan dalam perhubungan, anda kena fikir yang terbaik untuk diri anda sendiri. Jika orang sudah tidak hendak dengan kita, buat apa kita nak merasa sedih sedangkan dia bergembira dengan kekasih barunya. Anggap sahaja begini "Jika kau tak nak aku, bukan aku yang rugi, engaku yang akan rugi kehilangan orang macam aku" that is the best way. Syah pasti jika anda dipihak yang benar dan ikhlas, pasangan yang meninggalkan anda itu akan dapat merasakan kelainan apabila anda tiada lagi disisinya, kerana orang yang baru itu tidak akan sama dengan apa yang dia rasakan bila bersama anda dahulu. Dia akan merasakan kehilangan anda. Sebab itu banyak kes orang yg meninggalkan sesorang tu nak rujuk semula. Bagi Syah tak payah layan orang-orang macam ini. Nak merana tertongeng buat apa, sedih sedikit bolehlah. Dan yang penting anda harus tunjukkan kepada orang yang meninggalkan anda , bahawa anda mampu mengecap kebahagiaan dan berjaya tanpa dia disi anda. Hidup harus diteruskan atau Syah lebih suka menggunakan ayat "The Show Must Go On".
Apa-apapun Syah doakan agar anda dan pasangan anda semua tak kiralah suami isteri atau sedang dalam alam percintaan agar sentiasa bahagia, rukun dan aman damai dalam melayari kehidupan yang penuh pencaroba ini. All The Best Ya...................
1 comment:
bukan ko ke yg curang dulu?
x baik memburukkan org...sedar diri sendiri dulu...baru mengata org...
Post a Comment