Sekarang Jam 05:45pm dan Syah masih di office dan belum solat lagi. Lepas entry nie baru nak solat Asar. Hari Jumaat lepas Syah telah delete Facebook seorang yang Syah dah kenal lama hampir 10 tahun. Baru tadi dia call dan tanya Syah dah delete dia dan Syah kat Ya.
Sebenarnya Syah terlalu baik dengan orang walaupun pada zahirnya air muka Syah banyak orang kata yang Syah nie seorang yang sombong tapi bila mereka kenal Syah mereka akan tahu siapa Syah sebenarnya. Syah bukan saja-saja ketepikan orang terutamanya yang boleh dikatakan banyak membantu Syah tapi kesabaran sesorang tu ada batasnya. Terlalu peribadi untuk dikongsi dengan orang lain dan Syah tak mahu lagi mengingati perkara yang lepas. Hopefully awak akan berjaya dalam hidup dan kerjaya. Itu sahaja yang Syah hanya mampu doakan dan doa Syah untuk kawan akan tetap berterusan seperti biasa walaupun kita tidak lagi seperti dahulu. Apa-apapun kehidupan ini harus diteruskan - "The Show Must Go On".
No comments:
Post a Comment