Friday, June 4, 2010

Lunch @ Seri Melayu - 04.06.2010

Semalam our big boss, Dr. Zainal Abu Zarim mengadakan satu majlis penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada TM Group Award 2010 Working Committee. Sya call Syah mengenai majlis nir pada hari Sabtu lepas dan inform dia kena proses dahulu baru boleh mulakan function. Macam biasa Syah cadangkan beberapa restoran di KL untuk function ini dan masalahnya resotran tu mesti mendaftar dengan TM sebagai TM Vendor, jika buka vendor adalah dilarang menggunakan perkhidmatan mereka kerana sukar hendak proses payment. Pihak restoran pula susah nak terima PO (purchasing order) kena ada supporting letter dan seumapanya. Memang banyak kerja. Syah pernah contact D'Saji Felda tapi mereka tolak kerana katanya ada function yang TM tak bayar lagi - "tersangkut". Berbagai masalah timbul apabila mengadakan function macam nie. So jawapnya kena sabar. Selepas perbincangan keputusan dibuat untuk mengadakan majlis ini pada 03.05.2010 di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay kerana di Menara KL mereka dah biasa makan disana.


Pada awalnya nama Syah tak termasuk dalam senarai tetapi ada yang tak dapat datang, so Syah pun dijemput oleh setiausaha boss untuk mengisi kekosongan tempat itew. Kata orang rezeki jangan ditolak. Syah telah siapkan PO dan surat kepada Seri Melayu dan faxkan kepada mereka pada hari Rabu petang. RM46.00 untuk 35 orang dan jumlah semuanya RM1,610.00 walau bagaimanapun jumlah kehadiran hanya 30 orang sahaja dan restoran hanya kenakan caj pada yang hadir sahaja dan invoice akan dihantar kepada Syah untuk proses bayaran seterusnya. Jumlah semuanya RM1,380.00.

Syah tumpang kereta Awanza Abg Razak. Gambar kat atas tu dari kiri sekali Hj Ibrahim (baru VSS dalam minggu lepas), Abang Razak, Kak Hasmah dan Noor - practicle student. We all sampai awal dan tunggu yang lainnya tak sampai-sampai lagi. So disebabkan ianya buffet we all mamam dulu. Makanan disini sedaplah juga tapi menurut Abang Razak di Menara KL lagi banyak pilihannya kerana dia selalu mengadakan function Sessi Teh Tarik bersama GCEO disana.

Memang banyak menu pilihan disini dan western food pun ada dan hari ini penuh dengan Mat Salleh restoran ini. Pelancung asing yang nak rasa makan masakan tradisional Melayu tapi kaunter western food juga yang mereka kerumun sampai q panjang.
Gambar diatas menunjukkan beberapa deco dalam restoran ini. Oklah selesa tapi ada section yang agak panas. Tak tahu kenapa mungkin air-cond tak berapa function kot. Drinks mereka servekan tapi masalahnya sampai tiga kali we all complain air tak ada baru waiter datang. Yang ini Syah tak tahu mengapa boleh jadi begini.

Group TM disediakan dengan empat buah meja. Selepas menjamu selera Dr. Zainal telah berkenaan menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK yang terlibat. Satu bagusnya bigg boss baru we all ini dia suka appreciate orang. Contohnya macam hari ini. Practicle student yang membantupun dapat penghargaan. Yaya student politeknik Port Dickson menerima penghargaan dari Dr. Zainal. Minggu depan Yaya last day @ TM. Pejam celik dah enam bulan budak nie bersama kami. Syah selalu berurusan dengan Yaya coz selalu uruskan keperluan VP Office melalui Sya - Sec boss.

Beginilah keadaan dalam dewan makan yang penuh sesak dengan pelancung asing. Kadangkala terasa macam makan kat dalam rumah kampung pula.

Tandas kat restoran ini memang sentiasa berada dalam keadaan bersih. Tak macam sesetengah hotel/restoran yang cantik dan canggih tapi bila masuk toilet kadangkala tak larat nak makan kita dibuatnya.

Sementara menunggu Abang Razak mengambil kereta, kami sempat meluangkan masa berbual dengan En Abd Hamid, my ex boss yang berbaju putih tu. Today dia datang dengan BMW 5 seriesnya bewarna silver dan menggunakan khidmat valet parking. Style mesti jaga kan Boss. hehehehhe

No comments: