Tahukan anda bahawa YAM Tunku Besar Burhanuddin ibni Tuanku Antah merupakan salah seorang pewaris tahta Kerajaan Negeri Sembilan yang mana tiga orang puterinya bertahta sebagai Tunku Ampuan kepada tiga orang Yang Di-Pertuan Besar atau Yamtuan selama 76 tahun bermula 1933 sehingga 2008. Walau bagaimanapun legasi Tunku Ampuan dari keturunan Tunku Besar Burhanuddin ini telah ditamatkan dengan pertabalan permaisuri Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir sebagai Tunku Ampuan dengan menggunakan gelaran Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bt Al-Marhum Tengku Besar Mahmud pada 14 April 2009 di Balai Rogseri Istana Besar Seri Mananti. Ikatan perkahwinan ini dimulai oleh Tuanku Abdul Rahman diikuti oleh anakandanya Tuanku Munawir dan Tuanku Jaafar. Ini bukan bermakna baginda berdua mengkahwini ibu saudara baginda sendiri kerana kedua-duanya merupakan anakanda kepada Tuanku Abdul Rahman dengan ibu yang berlainan dan bukannya anakanda kepada Tunku Puan Besar Kurshiah. Tuanku Munawir bondanya adalah Tunku Maharun manakala Tuanku Ja'afar bondanya Che Engku Maimunah. YAM Tunku Burhanuddin dilahirkan pada 03.06.1935 di Seri Menanti dan mangkat di Istana Baroh, Seri Menanti pada 05.07.1961 dan dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Serajin. YAM digambarkan sebagai seorang yang tegas, berdisiplin dan berpengaruh. YAM merupakan putera kedua kepada Tuanku Antah dari bondanya Cik Puan Besar Halimah. YAM mempunyai dua orang isteri iaitu Sharifah Alawiyah Syed Abdul Hamid dan Halijah Haji Omar dengan dikurniakan sembilan putera dan tujuh puteri. Secara tidak langsung dengan ikatan perkahwinan ini menjadikan kesemua Pewaris Tahta atau Putera Yang Empat adalah merupakan cucunda-cucunda dari keturunan YAM Tunku Besar Burhanuddin.
YAM Tunku Besar Burhanuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Antah
Tunku Ampuan Kurshiah binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Pertama dan Tunku Ampuan Negeri Sembilan
1933 -1960
1933 -1960
Tuanku Kurshiah atau nama asalnya Tunku Kurshiah merupakan puteri kedua YAM Tunku Besar Burhanuddin. Diputerikan pada 16.05.1911 dari bondanya Sharifah Alawiyah bt Syed Abdul Hamid dan mangkat pada 02.02.1999. Tuanku Kurshiah melangsungkan perkahwinan pada 21.03.1929 bersama Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Hasil dari perkahwinan ini baginda berdua dikurniakan dengan dua orang puteri iaitu Tuanku Bahiyah (Al-Marhumah Sultanah Kedah) dan Tunku Shahariah. Tuanku Kurshiah ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Negeri Sembilan pada 25 April 1957. Tunku Kursiah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia pertama dalam tempoh lima tahun bermula 31.08.1957, walau bagaimanapun tidak dapat menghabiskan tempoh berkenaan kerana kemangkatan suami baginda pada 01.04.1960. Selepas kemangkatan Yamtuan, Tuanku Kurshiah menggunakan gelaran YMM Tunku Puan Besar Kurshiah.
Tunku Apuan Durah binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin
Tunku Ampuan Negeri Sembilan
1960 - 1967
1960 - 1967
Tunku Duratun Nafisah Azibah bt Tunku Besar Burhanuddin atau lebih dikenali sebagai Tunku Ampuan Durah merupakan puteri kelima YAM Tunku Burhanuddin bersama Sharifah Alawiyah bt Syed Abdul Hamid. Tuanku diputerikan pada 26.06.1922 dan mangkat pada 08.08.1999. Berkahwin dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman pada 01.01.1940. Ditabalkam sebagai Tengku Ampuan Negeri Sembilan pada 17 April 1961. Tuanku dikurniakan seorang putera dan lima puteri iaitu Tunku Munawir (sekarang Tuanku Munawir - Yang di-Pertuan Besar yang baru), Tunku Mudziah, Tunku Ann Dakhlah, Tunku Deborah dan Tunku Deannah. Selepas kemangkatan Tuanku Munawir pada 14.04.1967 Tuanku Dura menggunakan gelaran YMM Tunku Ampuan Durah.
Tuanku Najihah bt Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kesepuluh dan Tunku Ampuan Negeri Sembilan
1967 - 2008
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kesepuluh dan Tunku Ampuan Negeri Sembilan
1967 - 2008
Tunku Najihah merupakan Puteri keenam YAM Tunku Besar Burhanuddin bersama isteri beliau Cik Halijah Haji Omar. Tuanku diputerikan pada 11.09.1924. Mendirikan rumahtanggan pada 08.08.1942 dengan Tuanku Ja'afar ibni AL-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kesepuluh. Kedua baginda dianugerahkan dengan tiga orang putera dan tiga orang puteri iaitu Tunku Dara Naquiah, Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Puteri Jawahir, Tunku Irniah dan Tunku Putera Nadzaruddin. Selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar pada 27.12.2008, Tuanku Najihah menggunakan gelaran YMM Tunku Ampuan Najihah.
No comments:
Post a Comment