Majlis Persandingan Hafiz Safwan Aminordin dan Nurartikah Tan Sri Dato' Seri Ilyas telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Perdana Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, off Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Tidak silap Syah dianggarkan hampir 1000 orang jemputan menghadiri majlis ini yang terdiri daripada sanak saudara, sahabat dan rakan taulan Tan Sri dan Puan Sri, VVIP, DYTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perak serta DYMM Sultan Selangor.
Tetamu VVIP terdiri daripada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah & DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Ismail, Panglima Angkatan Tentera Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Azizzan Ariffin dan Isteri, Y.B Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad dan Isteri, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato' Kong Choo Ha dan Isteri sertan Menteri Besar Perak , YAB Dato' Seri Dr Zambry dan Isteri.
Majlis dimulai dengan keberangkatan masuk DYMM Sultan Selangor, DYTM Raja Muda Perak & DYTM Raja Puan Besar Perak, tetamu VVIP yang lainnya dan Kedua Ibubapa Mempelai. Setelah tetamu VVIP mengambil tempat, kedua mempelai diarak keluar didahului dengan "flower girls" ke pentas utama yang menempatkan singahsana bagi raja dan ratu sehari ini.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis gilang gemilang pada malam ini agar semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Selepas bacaan doa, pengacara majlis mengumumkan Majlis Merengis dimulakan dengan didahului oleh Tan Sri dan Puan Seri yang kemudiannya merafak sembah mempersilakan DYMM Tuanku Sharafuddin, DYTM Raja Nazrin dan Tuanku Zara menyempurnakan majlis berinai, diikuti tetamu VVIP, Nenekanda Penganti Perempuan dan Kedua Ibubapa Hafiz Safwan.
Mengakhiri Majlis Merenjsi pada malam ini, kedua ibubapa Hafiz Safwan, Faziah dan Aminordin merafak sembah sebelum naik ke pentas utama bagi menyempurnakan majlis merenjis putera sulung mereka Hafiz Safwan dan Nurartikah.
Setelah upacara merenjis tamat, semua hadiri bangun apabila para tetamu VVIP menuju ke Meja Makan Utama di dahului oleh DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Perak sebelum majlis makan malam dimulakan.
Sementara tetamu VVIP menuju ke meja makan utama pengantin berdiri tegak menghadap meja makan utama dan mengangkat sembah apabila Tuanku Sultan dan DYTM Raja Muda dan Raja Puan Besar tiba dan mengambil tempat di meja makan utama.
Selepas itu majlis memotong kek disempurnakan oleh kedua mempelai sebelum beredar ke meja makan utama.
Sebelum majlis berakhir Tan Sri memberi sedikit ucapan disamping menghargai tetamu yang hadir pada malam ini. Rupa-rupanya ini adalah kali ketiga dan terakhir Tan Sri mengadakan majlis perkahwinan di Dewan Perdana Felda. Sebelum ini perkahwinan abang dan adik Nurartikah juga diadakan ditempat yang sama. Terakhir kerana Tan Sri hanya mempunyai tiga orang cahayamata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki dan selepas ini semuanya telah berkahwin.
Setelah majlis selesai, Hafiz dan Nurartikah berjalan menuju pintu utama Perdana Grand Ballroom untuk menunggu semua tetamu bagi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran mereka dimajlis resepsi ini.
Keberangkatan pulang Tuanku Sultan Selangor
DYTM Raja Muda Perak berpelukan dengan DYMM Sultan Selangor sebelum Tuanku Sultan memasuki kenderaan rasmi baginda sambil diperhatikan oleh DYTM Raja Puan Besar Perak, Tan Sri dan Puan Sri.
DYTM Raja Nazrin berbual mesra bersama Tan Sri dan Puan Sri sebelum memasuki kenderaan rasmi baginda.
No comments:
Post a Comment