Tuesday, February 16, 2010

zapin - 16.02.2010

Tarian Zapin merupakan sejenis tarian tradisional masyarakat Melayu. Mengikut sejarah tarian Zapin, Ianya merupakan persembahan kebudayaan kepada Sultan, tetamu dan Kerabat DiRaja di Istana. Hasil seni ini sebenarnya dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke 16 di negeri Johor yang pada masa itu menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa. Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau yang satu ketika dahulu merupakan pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, Sarawak dan Brunei. Marilah kita lihat tarian Zapin Teluk Belanga. Untuk melihat keunikan seni budaya ini sila click link dibawah yang Syah ambil dari Youtube.com.

No comments: