Saturday, February 27, 2010

Tuanku Mizan Selamat Pulang - 27.02.2010

Tuanku Mizan dan Keluarga mengaminkan doa di Pengekalan Udara Subang sekembali dari Jerman - Gambar Utusan Malaysia.
Shukur Alhamdulilah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan susulan fisioterapi di sebuah kelinik pakar dalam pemulihan ortopedik, traumatologi dan kardiologi di Medical Park, Bad Wiessee, St. Hubertus, Jerman selama 21 hari bermula 26 Januari 2010. Keberangkatan pulang Baginda pada jam 11:30 malam tadi turut diiringi oleh KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bersama putera dan puteri Baginda. Terdahulu dari itu, pada 30 November 2010 Baginda telah menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France) (13 Disember 2006 - ) SULTAN TERENGGANU

Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan keadaan Tuanku Mizan dilaporkan baik selepas mendapat rawatan di Jerman. Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang menjalani rawatan. Semasa ketiadaan Baginda, KDYMM Sultan Kedah Tuanku Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah diistiharkan sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

No comments: