Saturday, February 27, 2010

Tengku Razaleigh Masih Setia pada UMNO - 27.02.2010

Tengku Razaleigh Hamzah mengakui dirinya masih setia kepada perjuangan UMNO walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak dan menyangkal sama sekali dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan beliau tidak setia kepada perjuangan UMNO. Bagi Syah apa yang dilakukan oleh Tengku adalah merupakan perjuangan dan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak jati Kelantan dan juga sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat Kelantan dalam memperjuangkan hak Kelantan itu sendiri untuk mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya menentang Kerajaan. Beliau hanya menegakkan hak yang sepatutnya dimiliki oleh Kelantan bukannya PAS, PKR dan seumpamanya.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah Anggota Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan bersama Syah semas Istiadat Pengkebumian Negara Tun Fatimah di Masjid Negara pada 10 Januari 2010.

pada 26 Feb 2010, selepas mesyuarat bulanan UMNO bahagian Gua Musang yang diadakan di Bukit Chekati, beliau memberitahu pemberita bahawa beliau masih setia kepada perjuangan parti UMNO. Sebenarnya kekecohan ini berlaku apabila Tengku Razaleigh turut berceramah di program solat hajat dan ceramah perdana Isu Royalti Minyak Kelantan anjuran badan bukan kerajaan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Kelantan yang turut dihadiri oleh pemimpin PAS pada 28 Januari 2010. Beliau dalam ceramah itu menegaskan bahawa Kelantan layak menerima wang royalti minyak sebanyak lima peratus, dan selepas itu terus mempertahankan pandangannya itu.

No comments: