Sekali lagi Elia Suhana mendapat pembelaan sewajarnya. Semalam Hakim Tinggi Syarie Kelantan, Mohd Yusof Awang telah mengeluarkan perintah Arah Hadir Tunjuk Sebab ke Mahkamah Syarie pada 07 Mac 2010 kepada KDYMM Raja Perempuan Kelantan, pengawal peribadi baginda, En Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan seorang pekerja Istana, Pn Zaiton Hussein Merican. Keadaan ini adalah bagi menjawab sebab apa mereka menghalang perlaksanaan perintah yang dikeluarkan mahkamah berkenaan.
Cik Puan Elia Suhana Ahmad, kelihatan tenang dan ayu dengan baju kurung moden bertudung unggu semasa prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Baharu, Kelantan.
Dalam blog Syah bertarikh 18.02.2010 bertajuk Tahniah Elia Suhana mencatatkan bahawa Elia Suhana mendapat Perintah Mahkamah Syariah Kota Baharu untuk membenarkan beliau melawat KDYMM Sultan Ismail Petra yang sedang mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Mount Elizebth, Singapura. Perintah yang dikeluarkan pada 04 Februari 2010 itu telah membenarkan Elia Suhana melawat dan bersama Sultan Kelantan di hospital Mount Elizebth, Singapura bermula jam 07:00 pagi Sabtu hingga Jam 07:00 pagi Isnin setiap minggu secara eksklusif tanpa gangguan pihak lain. Perintah tegahan turut dikeluarkan terhadap KDYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid atau wakil-wakil Baginda daripada menggangu proses berkenaan dan waktu melawat ditentukan menerusi hak giliran. Mahkamah juga turut memerintahkan semua kerjasama perlu diberikan oleh agensi kerajaan seperti polis dan imigresen bagi melancarkan perjalanan perintah itu.
WALAU BAGAIMANAPUN perintah ini tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan, En Mohd Shahrizan dan Pn Zaiton. Sama-samalah kita pandang dan lihat perkembangan lanjut kes ini agar semuga siapa yang berada ditempat yang benar akan mendapat pembelaan sewajarnya oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru, Kelantan.
No comments:
Post a Comment