Tuesday, February 9, 2010

Zambry Kekal MB Perak - 09.02.2010

Hari ini Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merupakan Menteri Benar Perak yang sah disisi undang-undang. Keputusan sebulat suara lima panel hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Arif Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuktikan bahawa keputusan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam menangani kemelut politik yang melanda negeri Perak adalah tepat dalam kapisiti Baginda sebagai Sultan Perak yang berhak melantik Menteri Besar selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mahkamah Persekutuan merupakan Mahkamah tertinggi sekali dalam sistem kehakiman Malaysia. Syah berharap dengan kemenangan ini, BN akan dapat membuktikan kepada masyarakat Malaysia amnya dan Perak khususnya bahawa BN mampu melaksana pembangunan dan menabur bakti kepada rakyat agar mendapat kepercayaan dan mandat rakyat untuk memerintah lagi dalam pilihanraya akan datang.
Dirgahayu Tuanku Patik
Semuga Allah Lanjutkan Usia Tuanku Sultan Agar Dapat Memerintah Negeri Perak Dengan Aman dan Damai.
Tahniah Juga kepada Barisan Nasional dan MB Perak atas kejayaan menerajui tampuk pemerintahan negeri Perak.

No comments: