Tuesday, February 2, 2010

Salim & CD - 01.02.2010

Semalam balik rumah KL. Tiba jer dirumah Salim dah ada depan pintu. Buka laci tv tapi tak nampakpun anak salim, dalam kotakpun tak ada. Rupa-rupanya ada dalam bilik Syah dia letak bawah katil.
Syah cuba keluarkan dan letak dalam kotak tapi dia gongong semula anaknya masuk bawah katil Syah. Alamak Salim nieeeeee. Tak per lah.
Malam tadi kawan CD dan wifenya datang nak pinjam VCD. Lepas mereka balik, CD kemas sangkar kucing. Salim siap jadi mandor lagi tengok CD kemas sangkar. Sebenarnya CD memang geli nak tengok anak kucing baru lahir. Macam semalam masa Salim beranak lagi dia geli gelaman, katanya kerana lepas beranak seekor dia boleh berjalan cari tempat untuk deliver kitten yang lain sambil kitten tu nak keluar dan darah menitik sana sini. Agaknya dia tak selesa beranak dalam laci tu. Salim...... Salim.... Sekarang dah ok dan dia asik keluar masuk bilik Syah jengok anak dia.



No comments: