Gempar dan Pelik kerana ada berita terbaru seperti dilapurkan oleh Kosmo hari ini bahawa "pihak Elia Suhana telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan berhubung dakwaan lafaz cerai telah dibuat oleh Tuanku Ismail Petra melalui pihak perantaraan."
Petang tadi Syah ada menelefon salah seorang kenalan dari kerabat DiRaja Kelantan dan bertanya berhubung perkara ini. Pada pandangan beliau, mungkin ini satu havoc dari pihak tertentu berkenaan kes Cik Puan Elia Suhana Vs Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis. Beliau ada berjumpa Cik Puan Elia beberapa kali dan katanya Cik Puan adalah seorang yang baik dan berbudi bahasa. Baginya tak mungkin Tuanku menceraikan Cik Puan.
Esok Khamis 25.02.2010 peguam yang mewakili Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis akan membuat kenyataan mengenai status perkahwinan Cik Puan Elia Suhana dan KDYMM Sultan Kelantan. Sama-samalah kita pandang dan lihat perkembangan kemelut yang melanda Istana Kelantan yang semakin meruncing semenjak akhir-akhir ini. Semuga segala kekeruhan ini dapat diuraikan demi menjaga nama baik institusi beraja di Negeri Serambi Mekah ini. Bak kata orang-orang tua dahulu kala - Raja Adil Raja DiSembah...............
No comments:
Post a Comment