Wednesday, February 10, 2010

Pencuri - 10.02.2010

Hari Jumaat lepas 05.02.2010 rumah pusaka Nenda Syah dikampung dimasuk pencuri waktu tengahari. Malangnya pada malam tadi ada orang cuba pecah masuk tapi tak berjaya. Syah dah minta Kak Ngah buat polis report dan sebentar tadi Syah juga call balai polis Sabak Bernam, Selangor berhubung kecurian ini. Menurut mereka memang Kak Ngah ada buat report tapi hanya maklumkan rumah dimasuki pencuri pada hari Jumaat dan tak informpun mengenai kes malam tadi. So Syah confirmkan kes malam tadi dan mereka beritahu jika ada dengar bunyi yang mencurigakan terus telefon ke Balai Polis.

No comments: