Tuesday, February 9, 2010

Pejabat Sultan Selangor dianugerahkan sijil ISO - 09.10.2010

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Sultan Selangor, Istana Alam Shah, Bandar DiRaja Kelang, Selangor kerana telah berjaya dianugerahlan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi pengurusan dan pengendalian Istana oleh Sirim QAS International Sdn Bhd. Dengan penganugerah ini, bermakna pentadbiran dan pengurusan Istana Alam Shah adalah setanding dengan organisasi kerajaan atau swasta yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pengauditan telah dilakukan pada 23 - 24 Disember 2009 lalu oleh dua orang pegawai Sirim QAS International Sdn Bhd berdasarkan tiga aspek utama organisasi Istana iaitu pengurusan hal ehwal pentadbiran dan santapan Sultan Selangor, pengurusan pentadbiran serta pengurusan adat istiadat Istana Shah Alam.Pada 08.02.2010 Sultan Selangor telah berkenaan menerima pensijilan ISO berkenaan daripada CEO Sirim Berhad, Yahya Ahmad dalam satu majlis yang diadakan di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Kelang. Menurut beliau setakat ini sebanyak 4793 syarikat dan organisasi di Malaysia telah menerima pensijilan ISO 9001 yang merupakan satu piawaian yang menentukan komponen khusus sistem pengurusan bermutu. Pengauditan pula adalah perlu untuk memastikan organisasi atau syarikat itu mempunyai sistem yang diperlukan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa memenuhi piawian yang ditentukan.

No comments: