Thursday, April 14, 2016

Sultan Brunei Berangkat Ke Republik Turki


14 April 2016, Khamis :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Republik Turki untuk menghadiri Sidang Kemuncak Islam Sesi Ke-3 yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 April 2016 di Pusat Kongress Istambul, Republik Turki.

Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned sebelum baginda berangkat keluar dari Istana Nurul Iman menuju ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba.


Turut berangkat mengucapkan selamat berangkat kepada KDYMM Tuanku Sultan adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Turut serta YAM Pengiran-Pengiran Cheteria, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Timbalan-Timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Infofoto/Pelitabrunei / Fantastic Brunie Issue

No comments: