Friday, April 15, 2016

Istiadat Berbedak Pengantin Perempuan Diraja YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah


15 April 2016, Jumaat :- 

Pada malam 13 April 2016 telah diadakan Istiadat Berbedak Pengantin Perempuan Diraja YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah binti Almarhum Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntasir. YAM merupakan anakanda kepada  YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefiah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adaul Khairi Waddien.  Istiadat berlangsung dikediaman rasmi Yang Teramat Mulia di  Baitul Athirah manakala Istiadat Berbedak Pengantin Lelaki Diraja diadakan malam tadi dikediaman Penganti Diraja Lelaki. Istiadat Akad Nikah pula akan diadakan pada hari ini selepas Solat Jumaat.

Kelihatan Pengantin Perempuan Diraja, YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah bersama-sama adinda-adinda YAM sewaktu Istiadat Berbedak iaitu YAM Pengiran Anak Muhammad ‘Abdul Hafizz, YAM Pengiran Anak Muhammad ‘Abdul Qayyum, YAM Pengiran Anak Muhammad ‘Abdul Raazaaq  dan YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Munjiatul Athirah.


Dayang-Dayang pembawa Dian Enam Belas bagi Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Perempuan Diraja. Di Brunei, Dian Enam Belas digunakan bagi mengiringi kerabat Diraja dalam majlis beristiadat seperti Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja. Dayang-Dayang pula memakai pakaian istiadat bersesandang kekuningan.

Semoga Allah pelihara dan lindungi bakal pengantin diraja.

Sumber :- bruneiroyalfamily IG

No comments: