Kelik Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar
21 April 2016, Khamis :-
Ini adalah gambar rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Istana Buckingham sempena sambutan hari keputeraan HM Queen Elizabeth II yang ke-90 pada hari ini. Gambar ini diambil oleh Jurugambar Selebriti Annie Leibovitz menampilkan baginda Queen bersama lima orang cicitnda dan dua cucunda baginda. Dengan mencapai usia 90 tahun, baginda Queen Elizabeth II juga dengan ini dikenali sebagai Britain's first nonagenarian monarch dimana nonagenarian membawa maksud individu yang berusia 90 hingga 99 tahun.
Kelihatan baginda meriba Princess Charlotte of Cambridge (puteri Prince William) yang berusia 11 bulan diapit oleh Prince George of Cambridge (Putera Prince William) dan Mia (anak perempuan Zara Phillip's) yang masing-masing berusia dua tahun ; Savannah dan Isla (anak perempuan Peter Phillips) berusia 5 tahun dan 3 tahun serta James, Viscount Servent dan Lady Louise Windsor (anak lelaki dan perempuan Earl of Wessex) masing-masing berusia 8 dan 12 tahun.
Pihak Istana juga mengeluarkan dua lagi gambar rasmi sempena hari keputeraan baginda Queen Elizabeth II dimana baginda kelihatan berdiri diatas tangga laman Istana Windsor bersama empat ekor anjing kesayangan baginda iaitu Willow, Holly, Vulcan dan Candy.
Satu lagi gambar memperlihatkan baginda Queen Elizabeth II bersama puteri tunggal baginda, HRH The Princess Royal (Princess Anne).
Sebagai seorang raja, HM Queen Elizabeth II menyambut hari keputeraan baginda sebanyak dua kali setahun iaitu hari keputeraan sebenar baginda pada hari ini 21 April 2016 dan hari keputeraan rasmi baginda sebagai Queen yang disambut pada tanggal 02 June setiap tahun.
Sumber : The Gurdian
No comments:
Post a Comment