Saturday, August 18, 2012

Tuanku Abdul Halim Berehat Dua Minggu Selepas Pembedahan Mata

18.08.2012, Sabtu - Pada 14 Ogos lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah selamat menjalani pembedahan mata kiri baginda kerana masalah Makula.  Makula merupakan penyakit degenarasi (kemerosotan) yang menjadi punca masalah buta bagi kalangan individu berumur diantara 55 hingga 60 tahun,  Pembedahan dilakukan oleh Prof. David Wong daripada University of Hong Kong dan Dr. Haslina Mohd. Ali, pakar perunding Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah. 

Baginda akan berehat sepenuhnya dalam masa dua minggu dan hanya kerabat diraja terdekat sahaja dan pembantu peribadi baginda dibenarkan melawat Tuanku Abdul Halim buat masa ini.  Shukur Alhamdulillah pembedahan ini telah berjalan dengan lancar dan Syah doakan agar Tuanku Abdul Halim agar cepat sembuh.  Amin.

Sumber :- Kosmo / Utusan Online

No comments: