02.08.2012,
Khamis - Pada hari ini 02 Ogos satu perjanjian telah ditandatangani di antara
John Crawfurd, Residen Inggeris di Singapura pada tahun 1824 (02.08.1824) bagi
pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris (EIC) dengan Sultan Hussain Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud III dan Temenggung
Abdul Rahman. Perjanjian itu ditandatangani di Singapura dan telah disahkan
oleh Gabenor Jeneral Inggeris di Fort William, India pada 19hb. November tahun
1824. Mengikut perjanjian yang mengandungi 14 perkara itu, Sultan Hussain dan
Temenggung Abdul Rahman bersetuju menyerahkan Pulau Singapura serta pulau-pulau
dalam lingkungan sepuluh batu dari pantainya kepada pihak Inggeris. Sebagai
gantinya Sultan menerima wang hadiah sebanyak 33,200 Ringgit Sepanyol dan gaji
bulanan sebanyak 1,300 ringgit, selama hayat baginda.
Temenggung pula menerima wang hadiah sebanyak 26,800 ringgit dan gaji bulanan sebanyak 700 ringgit selagi ada hayatnya. Selain dari itu, jika Sultan Hussain dan Temenggung berpindah keluar dari Singapura, Kompeni Inggeris akan membayar 20,000 ringgit dan kepada Temenggung atau penggantinya sebanyak 5,000 ringgit. Perjanjian ini juga telah membatalkan persetiaan-persetiaan dan persetujuan-persetujuan yang telah pernah dibuat di antara Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan Temenggung. Natijah daripada perjanjian ini, Sultan Hussain telah kehilangan kuasa dan kedaulatannya ke atas Singapura. Perjanjian yang menjadikan Singapura hak milik Inggeris itu adalah lanjutan daripada usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Thomas Stamford Raffles pada awal tahun 1819 bagi menjamin kepentingan Inggeris di Singapura. Sesungguhnya dengan termeterainya perjanjian itu, pada hari ini dalam tahun 1824, peristiwa ini telah mengubah perjalanan sejarah kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau, Lingga, Singapura, Pahang dan pulau-pulau di sekitarnya. Dengan itu juga Singapura telah jatuh ke tangan pihak Inggeris.

Gambar diatas adalah makam Almarhum Sultan Hussin Shah didalam kawasan Masjid Tangkera, Melaka. Syan ambil gambar ini sewaktu lawatan Syah ke Makam Almarhum pada 27.12.2010 manakala gambar dibawah adalah John Crawfurd, Residen Inggeris di Singapura. Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Hussin Shah semuga roh baginda ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Arkib Negara/Wikipedia
No comments:
Post a Comment