25.08.2012, Sabtu - Sekarang Syah dikediaman Ayahanda Syah dan Jam 10:00hrs adik ipar Syah, Am fetch Syah di kediaman Bonda Ejone. Petang nanti Syah akan tumpang my sister balik ke Rawang. Pagi tadi Syah ke kedai cermin mata untuk clearkan payment dan cermin mata tu tak sampai lagi dan mereka akan hantar melalui poslaju ke office Syah dan kos penghantaran mereka yang tanggung. Jika ada masalah boleh jumpa mereka semula kalau tak dapat datang waktu terdekat nie Raya Haji nanti boleh katanya. Baguskan service mereka nie.
Sampai jer rumah Ayahanda, Am tolong Intan halau monyet dengan mercun katak. Lepas tu Am dan Syah tolong Ayahanda rearrange bendera depan rumah. Lepas siap semuanya, kami makan lontong. lepas tu sembang-sembang dengan parents dan Intan pasal pinggan mangkuk lama yang jadi koleksi Enche' (bonda tiri Syah). last sekali Enche' tunjukkan koleksi GELAS MERDEKA. Gelas nie memang sukar untuk diperolehi lagi kerana iannya dikeluarkan sempena Kemerdekaan Negara kita pada 31 Ogos 1957.
Gelas nie ada 5 biji semuanya dan dibeli oleh Parents Enche'. lepas lihat-lihat tu tiba-tiba Enche' kata nah ambil satu buat koleksi. Alamakkkkkkk... terharunya Syah kerana dapat gelas Merdeka ini yang memang sukar untuk diperolehi atau dilihat kecuali mereka yang menyimpannya sebagai koleksi peribadi. lepas tu Enche bagi lagi dua piring lama orang dulu-dulu yang biasanya digunskan untuk letak kuih raya atau kuih tradisional yang dinamakan kuih kacau. Terima kasih Enche'.
Ok lah sekarang hendak masuk waktu zohor dan Enche' sudah bentang sejadah coz jap lagi kami nak Solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ayahanda seperti selalunya. Biasanya jika Ayahanda tak ke surau kami akan solat berjemaah dirumah.
No comments:
Post a Comment