08.06.2012, Isnin - Pagi semalam Syah bertolak ke KL Residence dan dah terlanjur ke KL Syah jalan-jalan di Bazar Ramadhan Jalan Masjid India. Kebetulan, samai jer ke Jalan Masjid India tiba-tiba ada bunyi siren kereta peronda dan rupa-rupanya Timbalan Perdana Menteri datang melawat bazar berkenaan . Sempat lihat TMP dari dekat dan ini adalah pertama kali Syah lihat TPM secara live. Pagi nie Muss outstation tetapi dia kepejabat dulu. Actually hari nie Syah plan tidur di KL Residence sebab ada majlis berbuka puasa meraikan Abang Zul yang akan bersara tetapi tiba-tiba dibatalkan kerana Selangor cuti dan En Talib takut jalan jem dan restoran penuh. Alamak..... terpaksalah esok Syah stay di KL Residence lagi dan lari schedule yang Syah dah aturkan. Tak mengapalah small matters walaupun sedikit regret.
Pagi tadi Syah keluar awal sedikit sebab hendak singgah ke Citibank untuk bayar hutang credit card yang due datenya hari Sabtu lepas dan satu kad tu hari ini. Syah pula tertinggal statement kat office dan terpaksa call customer service mereka untuk buat bayaran kerana Syah terlupa amountnya. Selepas dapat figure yang hendak di settlekan terus Syah isu cheque untuk dua kredit card Syah. Setelah selesai Syah bertolak semula ke pejabat dan sempat sampai on the dot jam 08:00hrs. Sekarang nie waktu lunch dan pejam celik pejam celik dah 17 hari kita berpuasa dan tak lama lagi dah hendak raya kan? Bagaimana persiapan hari raya anda semua, Syah macam biasa tak beli apa-apapun untuk diri sendiri cuma sediakan budget untuk parents, bonda saudara dan anak-anak saudar Syah sahaja. Tak tahulah last minute nanti Syah membeli plakkan? Heheheh ................. ok gtg, hingga berjumpa lagi dilain entry.
No comments:
Post a Comment