Friday, August 3, 2012

Pengiran Muda Mahkota Menerima Mengadap Duta

03.02.2012, Jumaat - Semalam Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam Mark Douglas Sawers (kiri) dan Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam Dr Bernd Max Morast (kanan) yang akan menamatkan perkhidmatan mereka di Brunei.   Majlis diadakan di Qashr Al-Meezaan dengan didahului oleh Tuan Yang Terutama Mark Douglas Sawers. Beliau telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 4 April 2009. Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan menerima mengadap Dr Bernd Max Morast. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 22 November 2011.


Sumber :- Media Permata

No comments: