Monday, August 27, 2012

Sultan Brunei Ziarah Makam Diraja Brunei

27.08.2012, Isnin - Pada hari sabtu lepas bersamaan 25.08.2012   Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah menziarahi Makam Diraja Brunei.  Makam Diraja Brunei ini terletak di Batu 1, Jalan Tutong, Bandar Seri Bagawan merupakan  kawasan permakaman Sultan-Sultan dan kerabat Diraja Brunei.  Turut mengiringi baginda adalah adinda-adinda lelaki baginda,  putera-putera baginda serta kerabat-kerabat diraja lelaki dan para tetamu lainnya.

Didalam kubah banguna makam itu sendiri  terdapat empat buah makam Sultan Brunei iaitu Almarhum Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien III Ibnu Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1950-1967) merupakan Ayahanda kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah turun dari tahta pada tahun 1967 kerana masalah kesihatan dan mangkat pada 1986, Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Ibnu Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1924-1950) yang merupakan Ayahanda Saudara kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang tidak mempunyai putera tetapi mempunyai anak perempuan sahaja dan telah memberi laluan kepada adindanya (Ayahanda Sultan Haji Hassanal Bolkiah) naik tahta Brunei,  Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam Ibnu Sultan Hashim (1906- 1924) dan Almarhum Sultan Hashim Jalilul Alam Putera Sultan Omar Ali Sifuddin II (1885-1906).

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/ Wikipedia

No comments: