Saturday, August 11, 2012

Pulau Pinang Diambil Daripada Sultan Kedah

11.08.2012, Sabtu -  Pada hari ini 11 April  dalam tahun 1786, Francis Light telah mengambil Pulau Pinang daripada Sultan Kedah Ke-20, Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah mulai tahun 1778 - 1797.  Pulau Pinang adalah kawasan strategik yang diperlukan oleh pihak Inggeris untuk dijadikan penempatan, pelabuhan perdagangan dan pengkalan perang mereka disamping mengawal jalan laut di Asia Tenggara.  Diantara Syarat yang diletakkan oleh Sultan Kedah adalah agar pihak Syarikat Hindia Timur memberi bantuan senjata dan menentang sebarang kuasa yang ingin menjajah Kedah.  Francis Light telah bersetuju dengan syarat-syarat berkenaan tanpa mendapat persetujuan Syarikat Hindia Timur di India mengakibatkan beliau tidak mendapat membantu Sultan Kedah apabila Kedah diserang.  Pada tahun 1791, atas rasa tertipu oleh penjajah ini, pasukan tentera Sultan Kedah telah menyerang Syarikat Hindia Timur untuk menghalau mereka keluar dari Pulau Pinang. walau bagaimanapun usaha ini telah gagal dan bermulalah pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan pengesahan hakmilik Pulau Pinang kepada mereka dengan tipu helah Francis Light melalui satu perjanjian tanpa kerelaan Sultan Abdullah.  


Nasi sudah menjadi bubur, Pulau Pinang telah terkeluar daripada jajahan Kedah sehingga hari.  Satu ketika dahulu Sultan-Sultan Kedah telah melarang Keluarga Diraja Kedah daripada berkahwin dengan wanita Inggeris kerana menganggap mereka telah menipu Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang.  Walau bagaimanapun sekarang larangan itu telah tidak digunapakai lagi.  Francis Light meninggal dunia pada 21.10.1794 akibat malaria dan meninggalkan empat anak perempuan dan dua anak lelaki luar nikah daripada "isterinya" Martina Rozells. Salah seorang anak lelaki luar nikahnya Kolonel William Light yang merupakan pengasas bandar Adelaide, Australia.  Kubur Francis Light ada di Pulau Pinang dan lokasinya di The Protestant Cemetery Penang, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town  yang terletak berhampiran Eastern and Oriental    Hotel.  Pada kuburnya ditulis - Francis Light ESQ Who first established this Island as a British settlement.

Sumber :- Arkib Negara / Info sendiri / Google / Wikipedia

No comments: