Wednesday, August 1, 2012

Pembentukan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu


01.08.2012, Rabu - Pada hari ini dalam tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Ketua Parti Perikatan telah  membentuk  Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Kabinet itu berikutan kemenangan besar Perikatan  dalam  PilihanrayaPersekutuan Tanah Melayu yang diadakan pada 27 Julai 1955 dengan majoriti 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pembentukan barisan kabinet pertama ini terdiri daripada 10 orang Menteri, 2 orang Timbalan Menteri dan 3 orang    Penolong Menteri. 


Anggota Jemaah Kabinet yang dilantik terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti komponan Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC. Pengumuman rasmi pembentukan anggota Kabinet pertama ini telah dilakukan oleh Pesuruhjaya TInggi British, Sir Donald Amc Gillivary pada 04 Ogos 1955 di King House setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan di dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.  Upacara mengangkat sumpah berlangsung pada 09 Ogos 1955 dengan disaksikan oleh Ketua Hakim, Mr Prethaser. Secara tidak langsung , dengan pembentukan Kabinet Pertama Tanah Melayu ini pada tahun 1955 telah merintis kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.


Sumber :- diambil dari Arkib Negara

No comments: