Tuesday, November 2, 2010

Beli 1 Wallet Dapat Upah Satu - 02.11.2010

Masa ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Sabtu lepas Syah singgah SOGO dan Mak Aiii........... ada sales rupanya dan gila-gilapunya diskaun dari 20% hingg 70%. Selepas balik ke rumah Syah call member di UK inform ada sales dan dia minta carikaan wallet yang panjang tapi kecil (slim) coz katannya di tempat dia ada tapi saiznya besar. So keesokan harinya Syah ke SOGO untuk tunjukkan wallet tu melalui video call tapi hampeh tak boleh guna, penat jer pinjam phone Muss. Heheheheheh sampai Muss inform kalau phone dia hilang bayar RM3,000.00 sebab dia takut kan Syah nie pelupa nanti hilang phone dia tak kemana. Jadi inform member tu guna phone jerlah jawabnya. Kesana kesini Syah pergi dan akhirnya dia minta beli Bonia dan inform jangan beli sembonia. kalau anda semua hendak tahu Bonia nie dibuat daripada kulit sepenuhnya (biasanya kulit lembu) manakala Sembonia adalah Synthetic Leather atau Kulit Tiruan. Bonia ada warranty satu tahun manakala Sembonia tiada. Dia suruh Syah beli dua coz satu untuk dia dan satu untuk Syah tapi Syah tak sampai hati nak beli item yang sama kerana harganya RM239.20 itupun sudah diberi 20% discount. So ............... Syah cari Polo sahaja coz harganya cuma RM89.50 jer. Gambar diatas tu wallet Bonia dan yang dibawah tu my Polo Wallet. Syah bayarkan dahulu dengan tenyeh kad kredit dan dia akan bayar semula masa balik cuti Raya Korban nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Hello terrific blog! Does running a blog similar to this require a great deal of work?
I have very little understanding of coding but
I was hoping to start my own blog in the near future.
Anyhow, should you have any ideas or tips for new blog
owners please share. I understand this is off
subject but I simply needed to ask. Thank you!

Also visit my page: ハミルトン 時計