Sunday, September 6, 2009

Makam Keluarga - Tanah Perkuburan Bt 40, Sabak Bernam, Selangor

Sepertimana Tiap-Tiap Tahun Syah Akan Membersihkan Makam-Makam Keluarga Di Selangor dan Perak Terutamanya Apabila Tiba Bulan Ramadan Al-Mubarak. Pada Tahun Ini Syah Tiada Kesempatan Kerana Kesibukan Menguruskan Ayahanda Yang Baru Lepas Menjalani Pembedahan Anterior Cervical Discecotomy & Fusion di HKL.
Sehingga Pada hari ini 06.09.2009 Baru Syah Dibantu Oleh Anak Saudara, Mohd Hasif Dapat Melaksanakan Kewajipan Berkenaan. Sedih Juga Rasa Hati Apabila Melihat Kawasan Perkuburan Yang DiTumbuhi Lalang Tapi DiSebabkan Kesuntukan Masa Syah Tak Dapat Nak Buat Apa-Apa Kecuali Membersihkan Makam dan Mengantikan Kain Pembalut Nesan.
Pintu Masuk Ke Kawasan Tanah Perkuburan Islam Bt 40, Sabak Bernam, Selangor. Nampak Kemas dan Bersih Tetapi DiPenuhi Dengan Iklan Perkhidmatan Memasan Batu Nesan.



Kawasan Permakaman Keluarga Syah Yang Menempatkan Makam Nenekanda, Nenekanda Saudara dan Bonda Saudara. 4 Buah makam Semuanya
Memasang Kain Pada Makam Bonda saudara. Al-Marhumah Seorang yang Tegas dan Berdisplin. Al-Marhumah Banyak Berkorban Untuk Kerabat Maharum Bugis Syah dan Jasanya Tidak Boleh DiPertikaikan Lagi. Kami Semua Tahu Akan Perkara Ini.
Memasang Kain Pada Makam Nenenda Perempuan Yang Syah Panggil Dengan Gelaran MAK kerana Al-Marhumah Yang Membesarkan Syah Selepas Kemangkatan Bonda Syah Yang Mana Pada Waktu Itu Syah Baru Berumur 7 Bulan. Seorang Yang Tegas dan Cekal.

Memasang Kain Pada Makam Nenenda Saudara. Syah Memang Manja Dengan Al-marhumah Kerana Beliau Juga Membesarkan Syah Bersama Nenenda Perempuan. Seorang Yang Lemah Lembut dan Merendah Diri. Beliau Suka Bercerita Kepada Kami Semua Terutamanya Cerita Pak Pandir, Si Luncai dan Berbagai Pengilipurlara Yang lain. Seorang Yang Kuat Ingatan Sehingga Akhir Hayatnya.

Mohd Hasif Memasang kain Pada Makam Nenekanda. Sebagai Ketua Keluarga Al-Marhum Seorang Yang Tegas dan Berdisplin. Walau bagaimanapun Sepanjang Hidup Bersama Al-Marhum Hanya Sekali Sahaja Al-Marhum "memukul " Syah Sebab Syah dan Kak Long Macam Kebal Sedikit Masa Kecil Kerana DiBacking Oleh Nenenda Perempuan. Hehehehhe.


Makam Nenda Perempauan @ Mak dan Batu Nisan



Makam Bonda Saudara dan Batu Nisan



Makam Nenda dan batu Nisan



Makam Nenda saudara dan Batu Nisan


Mohd Hasif DiMakam Nenda


No comments: