Wednesday, September 16, 2009

Dato' Lat @ KLCC - 15.09.2009

Dari Bukit Bintang Syah Jalan Kaki Ke KLCC. Malas Nak Naik Public Transport Buang Duit Jer. So Dapatlah Exercise Sket. Konon. Sampai Di KLCC Terjumpa Datuk Mohd Nor Khalid @ Lat Cartoonist Malaysia Bertaraf Antarabangsa Tu.

Y.Bhg Datuk & Datin Di Salah Sebuah Gerai Di Promotion Center Court, Suria KLCC dimana Kartun Lat Mendapat Tempat Sebagai Deco Hari Raya.
Anak Kelahiran Kota Baru, Gopeng, Perak Ini Telah Dianugerahkan Bakat Melukis Semenjak Dari Kecil Lagi dan Kemudian Menghasilkan Lukisan Kartun Yang Membanggakan Malaysia. Beliau Pada Awalnya Telah DiTawarkan Bekerja Oleh NST Sebagai Crime Reporter tetapi kemudiannya menjadi Kartunis.

Y. Bhg Datuk bersama Chairman Suria KLCC Y.Bhg Datuk Ishak Imam Abas. Mereka Mengadakan Majlis "Hari Raya Lounch dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dari Setapak" Di KLCC

Buku Pertama Beliau "Kampung Boy" Yang DiPasarkan Pada 1979 Merupakan Autobiography Mengenai Kehidupan Beliau telah mendapat sambut hangat dengan jualan beribu-ribu naskah dalam masa 3 bulan Dipasarkan.

Kampung Boy Juga Telah DiPasarkan Di Perancis Oleh French Publisher. Buku Ini juga Mendapat Tempat di USA dan Diterbitkan Oleh First Second Book pada Ogos 2006.Buku Kedua Beliau Telah Diterbitkan pada Oktober 2007 di USA Bertajuk Town Boy. Kartun-kartun Beliau Telah Memberi Kesan Kepada Pembacanya Untuk Mengenali Kehidupan Kampung DiMalaysia Dengan lebih Dekat Lagi.

Kartun-kartun Lat Lebih Memaparkan Suasana kehidupan Tradisional DiKampung

Lat Amat bangga Dengan Latarbelakang Kehidupan Kampungnya

No comments: