Sunday, September 6, 2009

HKL 18.09.2009

Agak Sukar Menjaga Ayahanda Malam Tu. Maklumlah Dia Kata Rasa Rimas Dengan Wayar-Wayar Yang Ada Kat Dia dan Nak Bangun Tapi Syah Tak Bagi Coz Bila Tanya Nurse Mereka Inform Kena Dapat Kebenaran Doktor. Macam Nak Mengamuk Jer Dia Syah Tengok Sebab Tak Selesa.

Ayahanda Juga Kerap Terjaga dan Kadangkala Nak Buang Air Kecil. So Terpaksa Gunakan Corong, Kemudia Cuci dan Lap Supaya Bersih.

Pagi Nie Dr Pakar Ayahanda Datang Melawat. Mr Ozlan Yang Operate Ayahanda. DiHKL Doktor Pakar Mereka Tak Panggil Doktor Tapi MR. Ayahanda Tanya Boleh Bangun @ Tidak dan Mr Ozlan Kata Boleh. Hemmmmm Gembiranya Dia. Tapi Doktor Inform Ayahanda Terpaksa Pakai Collar Tu Selama 1 Bulan Setengah dan Kalau Nak Tanggalkan (Utk Tidur @ Ganti Span Baru) Mesti Dalam Posisi Berbaring Takut Bahagian Yang DiOperate Tu Terkoyak.

Next Appointment Ayahanda Pada 01.10.2009 Di Kelinik Mr Ozlan. Pada Hari Berkenaan Ayahanda Terpaksa Membuat X-Ray Terlebih Dahulu Baru Jumpa Doktor. Mungkin Doktor Nak Tengok Keadaan Bahagian Yang Dioperate tu.

Mr Ozlan Memeriksa Keadaan Ayahanda. Actually Syah Lihat Memang Semangat Ayahanda Kuat Patutlah Beliau Hendak Juga Pembedahan Ini DiJalankan Walaupun Kalau Mengikut Faktor Usianya Sekarang 7O Tahun Agak Berisiko Sedikit.


Syah Perhatikan Lepas Mr Ozlan Inform Boleh Bangun Dia Nak Berjalan Pula. Kita Jer Yang Risau Pasal Dia Tapi Dia Relex Jer. Memang Allah Beri Kekuatan PadaNya. Nurse Pun Macam Terperanjat Sedikit Tengok Keadaan Ayahanda Yang Cepat Sihat.

Ayahanda Menerima Lawatan Ketua Jururawat Wad 7. Beliau Bertanya Keadaan Ayahanda. Syah Sempat Inform Dia Berhubung Pam Tandas Bilik Ayahanda Rosak dan Masalah Salah Nama Pada Menu Makanan Ayahanda. Tak Lama Lepas Itu Maintenance Guy Datang Betulkan Flush Tu.
Doktor dan Nurse Dari Kelinik Pakar Bius Membuat Pemeriksaan Terhadap Ayahanda.

Daily Routine - Nurse Wad 7 Mengambil Bacaan BP Ayahanda.

Gembiranya Ayahanda. Tersenyum Lebar Apabila Segala Jarum dan Wayar Kat Badan Dia DiTanggalkan. Lega Ler Tuuuuuu

Azrin, Muss & CD Datang Melawat Ayahanda Hari Ini.


Ini Adalah Alat Yang DiGunakan Selepas Pembedahan Sebagai Penahan Sakit. Nurse Inform Jika Rasa Sakit Tekan Sahaja Button DiBawah Tu dan Morfin Akan DiPam Kedalam Badan Melalui Alat Ini. Alat Ini Juga Merekodkan Kekerapan Penggunaannya. On D Second Day Ayahanda Tak Perlu Pakai Lagi Alat Nie Kerana Apabila DiMonitor Penggunaannya Tak Banyak. So Nurse Kata Kalau Rasa Sakit Makan Ubat Tahan Sakit Sahaja Sudah Mencukupi. Kuatkan Ayahanda Hehehehehe.

Bila Rasa Sakit Tekan Sekali Sahaja Button Itew. Doktor Tidak Benarkan (DILARANG) Orang Lain Push Button Itew Bagi Pihak Pesakit. Patient Kena Buat Sendiri.

Ubat Yg Perlu Dimakan Oleh Ayahanda

Ayahanda dan Azrin Melihat Kad Pada Nama Tag Makan Malam Nama Orang Lain. Selalu Bertukar Nama Orang Lain Tapi No Bilik Ayahanda. Bila Report Mereka Inform Tak Mengapa Kerana Dietnya Sama. Sampai Ayahanda Keluar Perkara Ini Tetap Berlaku. Tak Apa Lah.

Aktiviti Harian Ayahanda Seperti Biasa Menonton Video Restling - Fanatik Sangat. Agaknya Menurun Al-Marhum Neneknda (Atuk) Syah Yang Mempunyai Hobi Yang Sama, Begitu Juga Ejon Bonda Saudara Syah Yang Amat Syah Sayangi Tu. Sama Jer Depa 2 Beradik.

No comments: