Friday, April 19, 2013

Sultan Selangor Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani

19 April 2013, Jumaat :-

Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12:50hrs tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kerana sakit tua dalam usia 90 tahun.  Kenyataan ini dikeluarkan oleh Orang Besar Daerah Gombak merangkap Anggota Dewan Diraja, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Diantara titah baginda :-
  • "Moga-moga Allahyarham mendapat ganjaran yang setimpal dengan bakti yang telah dikorbankan kepada masyarakat"
  • Baginda juga bertitah bahawa sepanjang hidup beliau, Allahyarhamah banyak menabur bakti kepada rakyat Selangor dan Malaysia.

Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai Senator dan wanita kedua menjadi menteri selepas negara mencapai kemerdekaan.  Vetran UMNO ini menyertai UMNO Cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1949 dan dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada 1960 hingga 1972 dan Pengerusi Tetap Wanita UMNO pada tahun 2000. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke kediamannya di Jalan Bukit Ledang, Damansara untuk disempurnakan dan telah dikebumikan selepas Solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.  Anak jati Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor ini meninggalkan empat orang anak, 12 cucu dan lima cicit.  

Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya, Allahyarhamah juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Negeri Selangor 1996, Tokoh Warga Emas Selangor 2002, Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1423 Hijrah/2002, Anugerah Pejuang Kemerdekaan Selangor dan Anugerah Mutiara Pertiwi daripada Puteri UMNO pada 2007. Bekas Wartawan Pelita Malaya dan Berita Harian ini pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada tahun 1955 dan pernah menghasilkan autobiografinya bertajuk Aishah Ghani Memoir Seorang Pejuang pada 1992.

Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.  Kami juga merasai kehilangannya dan pemergian Allahyarhamah ini merupakan kehilangan besar dalam arina politik negara kita dan perjuangan wanita. Al-Fatihah ............... Semuga rohnya Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin

Sumber:- Bernama

Thursday, April 18, 2013

Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh Hadiri Majlis Pengkebumian Negara Mendiang Baroness Margaret Thatcher


18 April 2013, Khamis :-

Akhirnya semalam setelah 9 hari meninggal dunia akibat serangan angin ahmar dalam usia 87 tahun pada 08 April 2013 di The Ritz, London, Mendiang Baroness Margaret Thatcher telah selamat dikebumikan didalam satu majlis Pengkebumian Negara serta diberikan Penghormatan Negara sama seperti majlis pengkebumian Mendiang Princess Diana dan Mendiang Queen Mother (bonda Baginda Queen Elizabeth II).  Baginda Queen Elizabeth II dan suaminya Duke of Edinburgh telah memecah tradisi diraja dengan menghadiri majlis pengkebumian yang diadakan di St Paul's Cathedral.  Mengikut tradisinya Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh tidak menghadiri sebarang majlis pengkebumian untuk orang-orang kebanyakan kecuali Majlis Pengkebumian Negara bagi bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill pada tahun 1965.  Baginda Queen Elizabeth II amat berdukacita selepas menerima berita kematian mendiang dan telah menghantar ucapan takziah secara peribadi kepada keluarga mendiang. Baginda juga telah memberi perkenan untuk memberikan penghormatan Negara dan mengadakan Majlis Pengkebumian Negara bagi mendiang atas mengenang jasa-jasa mendiang terhadap Britain. Baginda sebelum ini pernah menganugerahkan darjah kebesaran the Order of Garter and Order of Merit kepada mendiang.  Baginda Queen Elizabeth 11 hadir dengan imej yang ringkas dengan memakai topi dan kot bulu bewarna hitam  disamping mengenakan hiasan rantai leher mutiara tiga lapis.

Selain daripada Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, turut serta dalam majlis pengkebumian ini adalah wakil-wakil daripada 170 buah negara termasuk Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali sebagai wakil bagi kerajaan Malaysia. Seramai 2,300 tetamu menghadiri majlis pengkebumian ini. Loceng Besar Parlimen "Big Ben bell" berhenti seketika apabila bendera Union Jack diletakkan diatas keranda mendiang dan kemudiannya keranda dimasukkan kedalam kenderaan untuk diarak ke St Clement Danes di Strand sebelum keranda diletakkan diatas pedati khas yang ditarik oleh enam ekor kuda hitam menuju St Paul's Cathedral. Beribu-ribu warga Britain berdiri sepanjang jalan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Seramai 700 orang anggota tentera dengan pakaian istiadat berdiri dikiri dan kanan jalan sepanjang perjalanan keranda mendiang.  Tahap keselamatan dipertingkatkan dimana 4,000 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan ketika majlis pengkebumian ini ekoran daripada kebimbangan berhubung kes pengeboman di Boston Marathon dan kebimbangan berlakunya keganasan daripada kumpulan yang anti kepada mendiang.
Keranda mendiang ditutupi dengan bendera Union Jack dan diletakkan jambangan bunga bewarna putih dan sekeping nota kecil bertulis "Beloved Mother - Always in Our Hearts".  Pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Britain mendahului perarakan dengan memainkan lagu-lagu pengkebumian dari Chopin, Beethoven dan Mendelssohn manakala kedengaran tembakan meriam daripada Tower of London.  Kumpulan anti mendiang terutamanya mereka yang tidak berpuas hati terhadap plan reformasi  pasaran bebas mendiang yang dianggap terlalu redikal sehingga menyebabkan kehilangan beribu-ribu pekerjaan bagi pekerja industri di Britain telah membuat bantahan semasa majlis ini.  Apabila keranda mendiang melalui mereka, mereka beramai-ramai membelakangi keranda mendiang sebagai tanda bantahan. Ada diantara mereka menjerit dengan mengeluarkan perkataan "waste of money" (membazir wang)  dan kemudiangnya membuat bunyi "boo" kepada keranda mendiang.  Majlis pengkebumian ini dianggarkan menelan belanja 8 juta pound dan telah mendapat kritikan dari pelbagai pihak kerana mereka beranggapan mendiang tidak perlu diberi penghormatan sebegitu tinggi sehingga menyamai majlis pengkebumian kerabat-kerabat diraja kanan Britain.

Sila Click Entry Syah terdahulu mengenai majlis ini :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2013/04/queen-elizabeth-ii-perkenankan.html

Sumber :- Hello Daily News / The Sun / MBS

Tuanku Mizan Terima Zakat Perniagaan Daripada Tabung Haji

18 April 2013, Khamis :-

Pagi tadi Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan mewakili Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji.  Replika cek berjumlah RM3,300,636.83 diserahkan oleh Abdul Halim Md. Jamil yang merupakan Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran Tabung Haji kepada Tuanku Mizan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  Pengagihan zakat ini merupakan sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatan yang dicatatkan oleh Tabung Haji untuk tahun kewangan 2012. Turut serta dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah.

Sumber :- Bernama 

Apakah Tiara Yang Akan Digunakan Oleh Crown Princess Maxima Pada 30 April Ini

18 April 2013, Khamis :-

Sekarang ini ramai yang tertanya-tanya apakah tiara atau mahkota yang akan dipakai oleh Crown Princess Maxima of the Netherlands pada 30 April ini apabila suaminya dimasyhurkan sebagai Raja Belanda menggantikan bondanya Her Majesty Queen Beatric of the Netherlands. Pada hari berkenaan juga, Crown Princess Maxima akan mendapat gelaran  Isteri kepada Raja Belanda atau Queen Consort. Mutiara merupakan kegemaran Crown Princess Maxima dan Queen Beatric untuk tiara yang dipakai oleh mereka. Crown Princess Maxima selalu meletakkan mutiara ditengah-tengah tiara yang dipakainya. Semasa pertabalan Queen Beatric pada tahun 1980, baginda menggunakan tiara yang dihiasi dengan mutiara dan berlian yang dipadankan dengan set anting-anting, rantai leher dan brooch.  

Crown Princess Maxima mungkin akan terpengaruh dengan hiasan tiara yang digunakan oleh bonda mertuanya untuk memilih tiara yang bakal digunakan pada 30 April nanti. Walaupun mutiara menjadi pilihan utama Crown Princess Maxima, baginda juga pernah menggunakan tiara yang dihiasi dengan batu-batu permata seperti nilam, zamrud dan delima. Walau bagaimanapun berlian telah dijadikan sebagai hiasan utama bagi tiara-tiara berkenaan. Ada yang mengatakan bahawa tiara berlian yang dipakai oleh Crown Princess maxima sewaktu lawatan rasmi ke Qatar baru-baru ini mungkin akan digunakan untuk istiadat berkenaan. Apa-apapun sama-samalah kita tunggu dan lihat apabila tiba waktunya nanti samada Crown Princess Maxima akan memakai tiara yang sediada atau menggunakan tiara yang baru.

Tiara bermotif bunga yang dipakai ketika mengadakan lawatan rasmi ke Qatar dikatakan sebagai satu pilihan klasik untuk istiadat berkenaan.

Tiara yang diperbuat daripada permata dengan potongan bunga rose yang besar merupakan pilihan utama Crown Princess Maxima dan telah dipakai sebanyak 10 kali dalam majlis rasmi kerajaan Belanda.
Tiara yang dipanggil Burung Merak ini mengabungkan penggunaan berlian dan batu delima

Lima Bintang Berlian menghiasi Tiara berlian yang dipakai oleh  Crown Princess Maxima

Tiara Batu Delima daripada Mellerio ruby ini pernah digunakan dalam 3 majlis rasmi

Tiara daripada Berlian dan Batu Zamrud ini hanya digunakan sekali sahaja oleh Crown Princess Maxima


Tiara Berlian dan Batu Nilam ini pernah dipakai oleh Crown Princess Maxima sewaktu sambutan Hari Keputeraan Her Majesty Queen Margrethe of Denmark.

Tiara daripada Light Blue Aquamarine Jewels ini pernah dipakai oleh Her Majesty Queen Beatrix of the Netherlands. 

Tiara daripada Mutiara Titisan Airmata ini merupakan koleksi antik House of Orange-Nassau dan dikatakan salah satu daripada koleksi peribadi mutiara kepunyaan Princess Amelia diabad ke-17 yang terkenal sebagai pengumpul koleksi mutiara.

Sumber :- Hello Daily News

Wednesday, April 17, 2013

Tuanku Zarith Sofiah Ziarahi Asrin Harun Di Hospital Sultanah Aminah


17 April 2013, Rabu :-

Semalam isteri kepada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mencemar duli menziarahi seorang pekerja Istana Johor, Asrin Harun yang terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah pada 15 Februari lepas. Turut mengiringi Tuanku Zarith Sofiah adalah anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim.  Asrin Harun ditempatkan di Wad HDU (High Dependency Unit), Tingkat 4, Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, Johor kerana perlu mendapat perhatian khas akibat kecederaan yang dihadapinya. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh.  Amin.

Sumber :- Kesultanan Johor / Hospital Sultanah Aminah

Tuesday, April 16, 2013

Buku Program Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

16 April 2013, Selasa:-

Petang tadi Syah terima bungkusan Pos Ekspres dari posman dan bila Syah buka rupa-rupanya buku program untuk Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara.  Syah minta  buku ini daripada Husam Al-Haj, salah seorang cucunda Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Terima kasih Syah ucapkan kepada Hussam atas kiriman buku ini dan buku ini akan dijadikan salah satu koleksi peribadi Syah di Maharum Bugis Syah Mini Royal Library.






Sila click Entry Syah  berhubung majlis ini :-


Sultan Brunei Berangkat Ke Filipina

16 April 2013, Selasa :-

Petang semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke  Republik Filipina untuk lawatan rasmi negara pada 15 hingga 16 April 2013. Sebelum berangkat meninggalkan Istana Nurul Iman, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

Turut mengucapkan selamat jalan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei di Hanger Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir  Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran 'Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Pengiran-pengiran Cheteria, Speaker Majlis Mesyuarat Negara, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam.

Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan rombongan di Terminal 11, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino disambut oleh Celia Ann Feria, Chief of Presidential Protocol dan kemudiannya diperkenalkan kepada Timbalan Presiden Filipina , H.E Jejomar C. Binay dan Setiausaha Department of Foreign Affairs, Albert F. Del. Rosaria. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei kemudiannya berkenan berangkat melakukan pemeriksaan barisan Static Guard. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei kemudiannya berangkat ketempat persemayaman baginda di Hotel Makati Shangri La. Dihotel berkenaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei disambut oleh Andrew Den Oudsten, Pemangku Pengurus Umum hotel berkenaan sebelum beramah mesera dengan rakyat dan pelajar Brunei yang berada di Filipina yang turut menyambut keberangkatan tiba baginda.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

Monday, April 15, 2013

BLGA Raikan Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran YTM Pengiran Anak Sarah

15 April 2013, Isnin :-

Pada 14 April 2013 lepas, Persatuan Golf Wanita Brunei (BLGA) telah meraikan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman dalam satu majlis sempena hari ulang tahun kelahiran YTM Pengiran Anak Sarah yang ke-26 tahun. Keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Sarah ke Tarindak d’Polo Restaurant, Royal Brunei Polo and Riding Club disambut oleh Pengerusi Persatuan Golf Wanita Brunei (BLGA),  Datin Seri Utama Dayang Hajah Rosnah binti Abdullah. YTM Pengiran Anak Sarah yang juga merupakan penaung diraja kepada BLGA telah berkenan mencemar duli menghadiri sesi bergambar bersama-sama ahli persatuan sebelum upacara memotong kek, persembahan cenderahati dan dihiburkan dengan pelbagai persembahan seni oleh anggota BLGA.

Datin Seri Utama Dayang Hajah Rosnah dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas kesudian YTM Pengiran Anak Sarah menghadiri majlis berkenaan serta menyembahkan penghargaan di atas sokongan berterusan baginda kepada BLGA. Datin Ser Utama juga memaklumkan bahawa BLGA telah menyertai pelbagai kejohanan dalam dan luar Negara disamping menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Golf Wanita Borneo ke-16 pada tahun hadapan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

Sunday, April 14, 2013

Maharaja & Maharani Jepun Menari

14 April 2013, Ahad:-

Pada 12 April lepas, His Imperial Majesty The Emperor of Japan, Maharaja Akhito dan  Her Imperial Majesty The Empress of Japan, Maharani Michiko telah menari dalam satu majlis amal yang diadakan di Hotel Tokyo di Tokyo, Jepun. Uniknya tarian ini adalah kerana iannya merupakan tarian pertama kali dalam masa 20 tahun baginda berdua menari di khalayak ramai.  Maharaja Akhito berusia 79 tahun manakala Maharani Michiko berusia 78 tahun.

Sumber:- Profimedia.cz

Saturday, April 13, 2013

Mengapa Ibubapa Crown Princess Maxima Tidak Dibenarkan Menghadiri Sebarang Upacara Rasmi di Belanda

13 April 2013, Sabtu :-

Setiap ibubapa tentunya gembira  untuk menghadiri majlis perkahwinan anak-anak mereka apatah lagi jika bakal menantu mereka itu adalah anak raja dan bakal menjadi Raja sesebuah negara atau negeri. Bila sebut sahaja berkahwin dengan kerabat diraja, kita membayangkan semuanya yang indah-indah belaka tetapi tak semua berakhir dengan kegembiraan kerana keluarga diraja juga adalah manusia dan tak lari daripada masalah. Itulah yang berlaku kepada kedua ibubapa Crown Princess Maxima yang bakal menjadi Isteri kepada Raja Belanda pada 30 April ini nanti apabila suaminya menggantikan bonda mertuanya sebagai Raja Belanda pada tarikh berkenaan.

Tahukah anda bahawa Ibubapa Crown Princess Maxima tidak dibenarkan menghadiri sebarang upacara rasmi di Belanda termasuklah Majlis Perkahwinan anak mereka iaitu Crown Princess Maxima dengan Crown Prince Willem-Alexander, Prince of Orange pada tahun 2002.  Gambar diatas adalah kedua ibubapa Princess Maxima iaitu Jorge Horacio Zorreguieta Stefanini berusia 85 tahun dan Maria del Carmen Cerruti Carricart. Zorreguieta pernah menjadi Menteri Pertanian Argentina pada 1979 hingga 1981 sewaktu pemerintahan regim diktator tentera Presiden Jorge Rafael Videla. Parlimen Belanda telah mengadakan penyiasatan berhubung penglibatan beliau dalam Dirty War semasa rejim Presiden Jorge Rafael Videla dimana 10,000 hingga 30,000 orang telah diculik dan kemudiannya dibunuh dalam tindakan ketenteraan sebelum regim berkenaan dijatuhkan dan sistem demokrasi dilaksanakan di Argentina pada 1983.  

Dalam kenyataanya, beliau memaklumkan bahawa beliau telah berhenti dari kabinet setahun sebelum kejatuhan rejim Videla dan sebagai orang awam beliau tidak mengetahui mengenai Dirty War. Profesor Bud yang menjalankan siasatan bagi pihak Parlimen Belanda dalam kesimpulannya memaklumkan bahawa adalah tidak rasional bagi seorang yang mempunyai kedudukan politik yang tinggi dalam kerajaan sepertinya tidak mengetahui mengenai Dirty War.  Beliau didapat bersalah dalam hal ini tetapi Perlimen Belanda telah memberi keizinan untuk perkahwinan anak beliau kerana Maxima tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu berkenaan. Perkahwinan Raja dan Pewaris Raja di negara Barat perlu mendapat restu Parlimen dan jika tidak mendapat restu dan perkahwinan diteruskan juga, mereka akan kehilangan hak sebagai Raja atau Pewaris Tahta.

Disebabkan kesalahan ini, Jorge Horacio Zorreguieta Stefanini tidak dibenarkan menghadiri sebarang upacara rasmi di Belanda termasuklah majlis perkahwinan anaknya yang merupakan majlis rasmi negara. Walau bagaimanapun beliau dan isterinya dibenarkan ke Belanda untuk menghadiri majlis "christening" cucunda-cucundanya kerana ianya adalah majlis yang dibuat secara peribadi dan bukannya merupakan upacara rasmi negara. Sewaktu majlis ini mereka yang menentang rejim bekas tentera Argentina yang berada di Belanda telah membuat bantahan mengenai kehadiran Zorreguieta dan isterinya. Sudah pastinya pada 30 April ini nanti Zorreguieta dan isterinya tidak boleh menghadiri majlis bersejarah penyerahan tahta kepada menantunya sebagai Raja Belanda dan Princess Maxima sebagai Isteri kepada Raja Belanda (Queen Consort) yang akan berlangsung di Amsterdam yang merupakan ibu negara Belanda.

Jika anda sebagai ibubapa tentu anda berasa sedih dengan apa yang berlaku tetapi terpaksa diterima demi kebahagian anak-anak bak kata orang "ditelan mati emak diluah mati bapa". Itulah salah satu contoh pengorbanan ibubapa terhadap anaknya, beliau telah memberi izin untuk perkahwinan ini tetapi dalam masa yang sama, beliau dan isteri yang merupakan warga Argentina terpaksa akur dengan tindakan yang telah ditetapkan oleh Parlimen Belanda.

Sumber:- Wikipedia/MBS 

Crown Princess Princess Maxima Bakal Bergelar Isteri Kepada Raja Belanda

13 April 2013, Sabtu :-

Ini adalah gambar terbaru Crown Princess Princess Maxima of the Netherlands yang bakal menjadi Isteri kepada Raja Belanda (Queen Consort) apabila suaminya Crown Prince Willem-Alexander, Prince of Orange menaiki tahta pada 30 April 2013 ini nanti. Gambar ini diambil sewaktu beliau dan suami serta ibu mertuanya menghadiri majlis sempena memperingati ulangtahun ke-125 Amsterdam's Royal Concert Hall baru-baru ini. Pada petang 28 Januari 2013, bonda mertua beliau iaitu Queen Beatric of the Netherlands yang berusia 75 tahun telah membuat kenyataan yang mengejutkan melalui siaran TV dan radio keseluruh Belanda bahawa baginda akan turun tahta pada 30 April 2013 bagi memberi laluan kepada anak sulungnya menjadi Raja. Princess Maxima diputerikan pada 17 May 1971 dalam satu keluarga aristokrat Argentina. 

Pasangan ini  mengumumkan pertunangan mereka pada 30 Mac 2001 dan pada 17 Mei 2001 beliau telah diberi kewarganegaraan Belanda dan sekarang beliau mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Argentina dan Belanda. Princess Maxima berkahwin secara civil pada 02 Februari  2002 di Beurs van Berlage, Amsterdam manakala upacara perkahwinan secara keagamaan  pula diadakan di Amsterdam's Nieuwe Kerk. Hasil daripada perkahwinanini, beliau dianugerahkan dengan tiga orang puteri iaiatu :- 
  1. Bakal Puteri Mahkota (Princess of Orange) Princess Catharina-Amalia (07 Disember 2003)
  2. Princess Alexia (26 Jun 2005)
  3. Princess Ariane (10 April 2007)

Sumber :- Hello Daily News / Wikipedia

Thursday, April 11, 2013

Pengunjung Tengkusyah.blogspot.com Mencapai 500,000 Pengunjung Hari Ini


11 April 2013, Khamis:-

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia tengkusyah.blogspot.com atas sokongan anda selama ini. Hari ini statistik pengunjung blog Syah sudah mencapai angka 500,069 pengunjung. Shukur Alhamdulillah dan Syah berharap anda semua sudi-sudilah bertandang ke blog Syah.  Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua kerana tanpa anda siapalah tengkusyah.blogspot.com.

Muzium Diraja Kedah

11 April 2013, Khamis -

Ini adalah Muzium Diraja Kedah yang terletak di Bandar Alor Setar, Kedah.  Pada mulanya bangunan ini merupakan istana lama keluarga diraja Kedah. Suatu ketika dahulu istana ini pernah dikenali dengan pelbagai nama diantaranya Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin. Istana ini dibina sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah II (1710-1778) dan siap sepenuhnya pada 1735 sempena pembukaan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Negeri Kedah yang ke-8.  Semasa era penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu, ianya pernah digunakan oleh Tentera Jepun dan selepas perang dunia kedua berakhir istana ini dijadikan ibu pejabat beberapa pertubuhan sebelum dibiarkan tanpa perhatian sehingga pada 1983, ianya telah dibaikpulih dan dijadikan Muzium Diraja sempena dengan perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983. Diantara koleksi Muzium Diraja terdiri daripada koleksi DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Koleksi KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim serta koleksi yang diperoleh daripada kerabat Diraja Negeri Kedah.  

Jika anda ke Alor Setar sudi-sudikan melawat Muzium Diraja ini dan masuk adalah percuma.  Waktu melawat bermula jam 09:00hrs - 17:00hrs kecuali hari Jumaat ianya ditutup sementara dari jam 12:30hrs - 14:30hrs. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri (hari pertama) dan Hari Raya Aidiladha. Lokasi Muzium Diraja ini adalah berhadapan dengan Masjid Zahir dan dikawasan ini juga terdapatnya Balai Besar dan Balai Nobat.  Balai Besar dan Balai Nobat tidak dibuka untuk lawatan dan ianya dibawah pentadbiran Istana Negeri Kedah.

Sumber :- Muzium Negeri Kedah.

Wednesday, April 10, 2013

Sultan Pahang Sampaikan Sumbangan Bagi Pihak FAM

10 April 2013, Rabu :-

Hari ini Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan menyerahkan sumbangan bagi pihak FAM kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima dan Kedutaan Palestin untuk pembangunan bolesepak Palestin.  Sumbangan disampaikan oleh Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah dalam majlis sedang media dan penyampaian sumbangan perlawanan amal antarabangsa "Match For Hope" Malaysia dan Palestin 2013. 

Sebanyak RM 717,891.75 telah disumbangkan untuk Tabung Wira Lahad Datu dan diserahkan kepada Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid manakala Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughous telah menerima sumbangan berjumlah RM415,635.00 untuk pembangunan bolasepak di Palestin.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sumber :- Bernama

Sultan Pahang Pengerusikan Mesyuarat Exco FAM


10 April 2013, Rabu :- 

Pagi ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM telah berkenaan mempengerusikan Mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Malaysia kali yang ketujuh.

Sumber :- Bernama

Queen Elizabeth II Perkenankan Pengkebumian Negara Untuk Mendiang Baroness Margaret Thatcher

10 April 2013, Selasa :-

Her Majesty Queen Elizabeth II dan HRH The Duke of Edinburgh dijadualkan akan menghadiri majlis pengkebumian Mantan Perdana Menteri Britain, Mendiang Baroness Margaret Thatcher yang telah meninggal dunia pada 08 April 2013 akibat serangan stroke atau angin ahmar dalam usia 87 tahun di The Ritz, London.  Downing Street dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Baginda Queen Elizabeth II telah memberi perkenan baginda untuk memberi penghormatan negara dan mengadakan majlis pengkebumian negara bagi mengenang jasa-jasa Mendiang Lady Thatcher yang merupakan Perdana Menteri Wanita pertama di Britain.  Mendiang Lady Thacher dari Parti Konservatif mengetuai kerajaan Britain pada 04 Mei 1979 hingga November 1990 dan merupakan Perdana Menteri paling lama dalam kerajaan Britain selepas perang.  Majlis pengkebumian akan diadakan di St Paul's Cathedral pada Rabu minggu hadapan dan diadakan siaran secara langsung melallui televisyen keseluruh Britain.  

Majlis ini dijangka menelan belanja sebanyak 8 juta pound dan merupakan majlis pengkebumian terbesar untuk seorang ahli politik semenjak pengkebumian negara bagi Sir Winston Churchill pada tahun 1965. Majlis pengkebumian ini juga adalah sama taraf seperti Majlis Pengkebumian Mendiang Princess Diana dan Mendiang Queen Mother. Walau bagaimanapun keputusan untuk memberikan Mendiang Lady Thatcher majlis pengkebumian negara ini telah mendapat pelbagai riaksi daripada pembayar cukai di Britain. Mendiang Lady Thatcher meninggalkan sepasang cahayamata iaitu Carol Thatcher dan Sir Mark Thatcher manakala suami mendiang Denis Thatcher telah meninggal dunia pada 2003.

Sumber :-  The Telegraph/  Utussan Malaysia / Mail Online / Wikipedia

Gambar Terbaru Kate Middleton Yang Dijangka Melahirkan Bayi Pada Julai 2013

10 April 2013, Rabu :-

Inilah gambar terbaru Her Royal Highness Princess William, Duchess of Cambridge, Countess of Stratheam, Baroness Carrickfergus atau lebih dikenali dengan panggilan Duchess of Cambridge atau Kate Middleton. Kate dijangka akan melahirkan bayinya pada Julai 2013 ini dan tidak kira apakah jantina bayi Sulong ini ianya akan akan menjadi pewaris tahta mengikut undang-undang baru yang telah digubal semula oleh Parlimen British. Kate dilahirkan pada 09 Januari 1982  di Royal Berkshire Hospital.   Beliau merupakan bakal Permaisuri dari rakyat biasa dan bukannya dari golongan   aristokrat mahupun keluarga diraja.  Kate mula berkenalan dengan Prince William pada 2001 sewaktu mereka belajar di University of St.Andrew dan mula dilihat keluar bersama pada 2002 walaupun hubungan mereka menjadi tandatanya kepada semua. Pada 2007 heboh diperkatakan pasangan ini telah berpisah dan Istana St James dalam kenyataanya berhubung isu ini memaklumkan bahawa mereka tidak akan membuat sebarang komen berhubung kehidupan peribadi Prince William.

Pada 2010 pasangan ini telah bertunang sewaktu mereka berada di Kenya untuk lawatan 10 hari ke Lewa Wildlife Conservancy untuk meraikan kejayaan Prince William yang telah lulus ujian Latihan RAF helicopter search and rescue.  Clarence House yang merupakan kediaman rasmi Prince of Wales mengumumkan pertunangan pasangan ini pada 16 November 2010. Pertunangan ini telah mendapat restu daripada Baginda Queen Elizabeth II.  Prince William telah memberikan cincin mendiang bondanya, Princess Diana sebagai cincin pertunangan kepada Kate Middleton.  Pasangan ini kemudiannya berkahwin di Westminister Abbey, London pada 29 April 2011 dengan dihadiri oleh ketua-ketua negara, raja-raja, kerabat diraja dan tetamu jemputan khas dari seluruh dunia dan majlis di Westminester Abbey ini juga disaksikan oleh berjuta-juta penonton seluruh dunia melalui siaran secara langsung.  Sebelum istiadat perkahwinan berlangsung, Baginda Queen Elizabeth II telah berkenan menganugerahkan gelaran Duke of Cambridge kepada Prince William dan seterusnya Dutchess of Cambridge kepada Kate Middleton.

Pada 03 Disember 2012, Istana St.James mengumumkan berita berhubung kehamilan pertama Kate Middleton dan dalam masa yang sama beliau telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII kerana mengalami Hyperemesis Gravidarun atau alahan serious yang jarang berlaku pada ibu mengandung dimana beliau mengalami muntah-muntah yang berterusan dan tidak dapat dikawal. Keadaan ini akan mengakibatkan kehilangan air dalam badan yang membawa kepada kekeringan (dehydrated) yang teruk dan boleh mengikabatkan penurunan berat badan.  Alahan ini biasanya dihidapi oleh tiga daripada setiap 1000 orang yang mengandung dan sering dikaitkan dengan kehamilan bayi perempuan. Kate Middleton dibenarkan pulang pada 06 Disember 2013 dan berehat dikediamannya di Istana Kensington. 

Terdapat insiden yang tidak diingini berlaku sewaktu Kate Middleton dimasukkan ke hospital yang menjadi pilihan utama kerabat diraja dan golongan atasan Britain ini.  

  • Pada awal pagi Selasa (04.12.2012) Dua orang DJ, Mel Greig dan Michael Christian dari Sydney's 2Day FM Station telah membuat panggilan palsu ke hospital dengan menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles untuk mencungkil rahsia mengenai tahap kesihatan Kate.  Jacintha Saldana (berketurunan India) adalah jururawat yang bertanggungawab menerima panggilan tersebut dan menyambungkannya kepada jururawat yang bertugas di wad Kate ditempatkan. Status tahap kesihatan Kate telah dimaklumkan kepada dua DJ yang menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II  dan Prince Charles.
  • Sydney's 2Day FM Station telah memuat naik klip perbualan telefon berkenaan dalam laman web mereka dan dua DJ berkenaan begitu bangga dengan hasil kerja mereka yang dianggap berjaya sebelum orang lain mengatahui perkembangan kesihatan Kate.
  • Panggilan palsu ini telah memalukan pihak Hospital King George VII dan juga Kerabat Diraja Britain.  Pihak hospital telah dapat diperbodohkan sehingga status kesihatan pesakitnya yang dianggap sulit itu boleh dimaklumkan kepada orang yang tidak berkenaan. Hospital ini merupakan sebuah hospital yang berprestij dan menjadi pilihan utama kerabat Diraja Britain untuk mendapatkan rawatan perubatan semenjak dari dahulu lagi. Baginda Queen Elizabeth II sendiri merupakan penaung kepada hospital ini.
  • Pada 07.12.2012 (Jumaat) Kota London digemparkan dengan berita kematian Jacintha Saldanha.  Mendiang dijumpai tidak sedarkan diri di kuarters Hospital King Edward VII dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia kerana membunuh diri.
Syah berharap agar Duchess of Cambridge dan kandungannya berada dalam keadaan baik dan sempurna serta selamat dilahirkan pada Julai nanti.

Tuesday, April 9, 2013

Tunku Ismail Tarik Balik Keputusan Letak Jawatan Sebagai Presiden PBNJ

09 April 2013, Selasa:- 

Akhirnya setelah dipujuk oleh Sultan Pahang dan mendapat restu daripada Sultan Johor akhirnya Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah  menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor atau singkatannya PBNJ berkuat kuasa serta merta hari ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Istana Pahang, Kuala Lumpur selepas menerima mengadap Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYTM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Turut serta dalam perjumpaan selama sejam dengan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor di Istana Pahang  adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billh.

Diantara titah Tuanku Haji Ahmad Shah yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) :-

    "Saya bershukur ke hadrat Allah S.W.T. pada hari ini sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ... jadi saya telah menasihatkan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersunguh-sunguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor" 

    "Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu.... jadi tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun" 

Tuanku Haji Ahmad Shah juga bertitah bahawa Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda sepertimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM sebelum ini. Tunku Ismail telah digantung enam bulan dan denda sebanyak RM18,000.00 berkuat kuasa 08 Mac lepas kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia. Berlaku sedikit kontroversi pada 30 Mac 2013, dimana Tunku Ismail didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa. 

Pada 03 April 2013, Tunku Ismail mengumumkan perletakan jawatan baginda sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor berkuat kuasa sertamerta kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas selaku Tunku Mahkota Johor disamping  tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.  Baginda juga telah membuat pengumuman akan menjadi Penaung PBNJ dan Dato' Obet Tawil sebagai Presiden PBNJ yang baru. 

Sila click entry Syah berhubung perletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Presiden PBNJ :-

Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Rasmikan Buku Association

09 April 2013, Selasa :- 

Semalam Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah telah melancarkan buku tulisan suaminya bertajuk "Association". Majlis Pelancaran Rasmi buku terkini tulisan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ini diadakan di Balai Penghadapan Bukit Kayangan. Berangkat ke majlis pelancaran ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien yang merupakan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Fattah.

Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir dan YTM Pengiran Anak Isteri ke Balai Penghadapan Bukit Kayangan disambut oleh Albert Lau, Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei dan Dayang Hazizah Osman, Timbalan Pengurus Am Brunei Press Sdn Bhd. Majlis dimulai dengan persembahan tarian kebudayaan diiringi dengan persembahan guling tangan (persembahan tradisi Brunei).  Kemudiannya YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah telah berkenan melancarkan buku berkenaan.

Association merupakan buku tulisan keempat DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahubul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan diterbitkan oleh Brunei Press Sdn Bhd.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Monday, April 8, 2013

Sultan Brunei Adakan Pertemuan Dengan Julia Gillard dan Christine Madeleine Odette Lagrade

Gambar atas menunjukkan KDYMM Paduk Seri Baginda Sultan Brunei bersama Perdana Menteri Australia, Julia Gillard manakala gambar dibawah KDYMM Paduk Seri Baginda Sultan Brunei bersama Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (I.M.F), Christine Madeleine Odette Lagrade.

08 April 2013, Isnin :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sedang berada di Republik Rakyat Cina telah berkenan mengadakan Majlis Perjumpaan Dua Hala secara berasingan bersama Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (I.M.F), Christine Madeleine Odette Lagrade. Majlis diadakan di King Palm Room, Pusat Persidangan Antarabangsa Forum bagi Asia di Bandaraya Sanya, Wilayah Hainan, Republik Rakyat Cina.  KDYMM Paduk Seri Baginda Sultan Brunei telah bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa dengan Perdana Menteri Australia manaka dengan Pengarah Urusan IMF KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal ekonomi dan kewangan global yang mempunyai kepentingan bersama.

Turut serta dalam majlis ini adalah YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ;  Menteri Kewangan Kedua (II) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim ; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng ; Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China,  Datin Paduka Magdalene Teo Chee Siong serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Sumber :- Pelita Brunei

Sunday, April 7, 2013

Raja Nong Cik Hadiri Majlis Penyerahan Kerja dan Penyempurnaan Kerja di Bawah Program Tabung Penyelenggaran 1 Malaysia

07 April 2013, Ahad :-


Semalam Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Yang Berhormat Mulia Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal telah  menghadiri Majlis Penyerahan Kerja dan Penyempurnaan Kerja di Bawah Program Tabung Penyelenggaran 1 Malaysia. Turut serta dalam majlis yang diadakan di ini adalah Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Adnan Md Ikhsan.

Sumber :- Bernama

Saturday, April 6, 2013

Makam Al-Marhum Raja Alang Sudah Dibaik Pulih

06 April 2013, Sabtu :-

Petang tadi selepas Solat Zohor, Syah ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk melihat kubur-kubur yang musnah dihempap pokok akibat ribut yang melanda Kuala Lumpur beberapa minggu lepas termasuk kubur Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau  nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih.  Memang sedih melihat kubur-kubur yang sudah musnah sepenuhnya atau sebahagian dan jika hendak dibina semula iannya memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun hati Syah berasa agak gembira apabila melihat makam Al-Marhum Raja Alang telah dibaik pulih.  Dari jauh lagi Syah berasa hairan  kerana ternampak binaan putih melepak berdiri hebat ditengah-tengah Tanah Perkuburan Jalan Ampang.  Rupa-rupanya Makam Al-Marhum Raja Alang dan beberapa makam kerabatnya sudah dibaik pulih.


Beginilah rupanya Makam Al-Marhum Raja Alang yang telah dibaik pulih. Adakah anda tahu siapakah Al-Marhum Raja Alang?  Ok ........  setiap menjelang bulan Ramadhan, orang ramai akan bertumpu ke kawasan pasar Ramadhan kan?  Di Kuala Lumpur antara pasar Ramadhan yang terkenal adalah Pasar Ramadhan di Jalan Raja Alang berhampiran Chow Kit Road dan Kampung Baru. Tun Dr Mahathir Mohamed tidak ketinggalan sekali sekala mengunjungi pasar Ramadhan ini setiap kali tibanya bulan puasa.  Inilah dia makam individu yang bernama Raja Alang itu. Karung plastik berhampiran makam ini mungkin bahan yang digunakan untuk mencuci batu mamar yang telah berlumut menjadi putih. Mungkin mereka baru sahaja melakukan proses baik pulih ini.

Gambar diatas adalah makam yang telah dibaik pulih manakala dibawah adalah gambar makam yang belum dibaik pulih.  Makam ini telah terlalu lama rosak kerana dihempap oleh pokok dan tiada siapa yang mahu membaik pulih mungkin kerana kosnya yang agak tinggi.  Syah ziarah makan ini semenjak tahun 1990an lagi dan keadaa makam ini memang sudah rosak dan tak pasti semenjak bila iannya dihempap pokok. Syah rasa apa yang dibuat sekarangpun sudah mencukupi dan memadai walaupun tidak dibaik pulih sepenuhnya. Serpihan batu yang telah pecah di tingkat ketiga telah diletakkan semula dan hanya tinggal satu batu nisan sahaja dan Syah tak pasti yang satu lagi dimana?  Mungkin telah pecah atau diambil orang. Batu nesan yang adapun telah pecah dua.


Syah bertanya kepada kakitanggan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang mengenai siapakah yang membaik pulih makam Al-Marhum Raja Alang tetapi mereka tidak tahu dan cuma memaklumkan kepada Syah bahawa ada orang datang buat kerja membersih dan baik pulih makam berkenaan.


Pandangan Makam dari bahagian hadapan.
Utusan Malaysia Online pada 07 April 2012 menyatakan nama asal Jalan Raja Alang sebelum merdeka adalah Perkins Road. Jalan itu telah dinamakan semula dan diberi nama Jalan Raja Alang selepas kemerdekaan oleh anak kepada Al-Marhum Raja Alang iaitu Dato' Raja Mohamed yang merupakan seorang pembesar dan Ahli Dewan Diraja Selangor yang bergelar Engku Orang Kaya Maha Bijaya Kuala Lumpur.  Beliau telah diberi penghormatan untuk memberi nama kepada jalan berkenaan atas jasa-jasa beliau memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.  Walau bagaimanapun beliau tidak menggunakan nama beliau sendiri pada jalan berkenaan supaya tidak mahu anak cucunya  berperasaan riak lalu mengambil keputusan menggunakan nama Ayahandanya, Raja Alang.  Tidak banyak   yang diketahui mengenai Al-Marhum Raja Alang dari keturunan Raja Mendaling ini tetapi setakat yang diketahui Al-Marhum merupakan antara orang Melayu terkaya di Selangor pada tahun 1880an.  Tidak hairanlah makamnya sebegini indah dan unik mengikut statusnya dalam masyarakat ketika itu. 


Gambar ini Syah ambil pada hari Sabtu bersamaan 01 Disember 2012 dan beginilah keadaan makam Al-Marhum Raja Alang ketika itu.  Shukur Alhamdulillah iannya sudah dibaik pulih.


Syah mengabadikan kenangan bersama runtuhan makam  Al-Marhum Raja Alang di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Ketika ini, tingkat yang ketiga binaan telah pecah dan serpihannya anda boleh lihat dihadapan gambar Syah.


Makam Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa yang merupakan Sultan Selangor ke-5 di Makam Diraja Klang, Selangor menyerupai makam Al-Marhum Raja Alang.  Al-Marhum Raja Alang mangkat pada 11 Disember 1927 manakala Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mangkat pada 01 Mac 1938.  Gambar ini Syah ambil pada 02 Februari 2013 sewaktu menziarahi Makam Diraja Klang.

Thursday, April 4, 2013

Undang Luak Rembau Sumbangkan RM10,000.00 Kepada Tabung Wira Lahad Datu

04 April 2013, Khamis :-

Hari ini Undang Luak Rembau, Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja Dato' Muhamad Sharip bin Haji Othman telah berkenan memberi sumbangan sebanyak RM10,000.00 untuk Tabung Wira Lahad Datu.  Upacara penyerahan replika cek kepada wakil Media Prima, Fizal Abas telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau di Balai Undang Luak Rembau. Turut serta dalam majlis ini adalah Pegawai Daerah Rembau, Mohamad Rawi Baharom.

Sumber :- Bernama

Putera Bader bin Abdul Aziz Al-Saud Selamat Dimakamkan

04 April 2013, Khamis :- 

Pada Isnin lepas bersamaan 01 April 2013, Mahkamah Diraja Arab Saudi telah mengumumkan kemangkatan Putera Bader bin Abdul Aziz Al-Saud.  Putera Bader berusia 81 tahun merupakan putera ke-20 Raja Abdul Aziz Al-Saud, Pengasas dan Raja pertama Arab Saudi. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai menteri penerangan dalam tahun 1961 dan timbalan komander Pertahanan Awan pada 1968 hingga bersara pada tahun 2010. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh pada hari Selasa.  Turut serta dalam solat jenazah ini adalah kekanda Allahyarham Putera Bader iaitu Raja Arab Saudi, Raja Abdullah ; wakil Presiden UAE, Sheikh Saeed bin Zayed Al-Nahyan ; bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad Al-Hariri ; kerabat-kerabat diraja, menteri-menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan tentera serta rakyat jelata. Solat jenazah diimamkan oleh Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Al-Alsheikh.

Al-Fatihah ....... semuha rohnya Allahyarham Putera Bader bin Abdul Aziz Al-Saud ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin

Sumber :- UPI.com / Saudi Gazette / Gulf News