10 April 2015, Jumaat :-
Istiadat akad Nikah Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah telah selamat disempurnakan mengikut adat istiadat diraja Negara Brunei Darussalam di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan semalam 09 April 2015 bersamaan 19 Jamadilakhir 1436H.
Istiadat Akad Nikah dimulakan setelah mendapat titah perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Istiadat akad nikah ini disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Hj Besar dan bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah.
Syah ada rakaman suara Istiadat Akad Nikah Diraja ini, walau bagaimanapun Syah tak dapat memuat naik rakaman berkenaan kerana ada masalah teknikal. Disini Syah kongsikan text Lafas Kabul berkenaan untuk tatapan bersama.
Syah ada rakaman suara Istiadat Akad Nikah Diraja ini, walau bagaimanapun Syah tak dapat memuat naik rakaman berkenaan kerana ada masalah teknikal. Disini Syah kongsikan text Lafas Kabul berkenaan untuk tatapan bersama.
Jurunikah :
- Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
- Awu
- Hamba Duli Tuanku Nikahkah Duli Tuanku, Hamba Duli Tuanku Kahwinkan Duli Tuanku dengan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah yang walinya iaitu ayahandanya, Pengiran Haji Bolkiah bin Pengiran Haji Jaluddin yang telah berwakil wali kepada Hamba Duli Tuanku bagi menikahkan anaknya itu dengan maharnya seribu ringgit tunai.
- Kaola terima nikahnya Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dengan maharnya seribu ringgit tunai.
Setelah Lafas Kabul daripada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik disahkan oleh saksi kedengaran 17 das tembakan Meriam menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah selamat sempurna dilaksanakan.
Bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik kemudiannya menjunjung ziarah kehadapan majlis :-
Bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik kemudiannya menjunjung ziarah kehadapan majlis :-
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee.
- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.
- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.
- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik juga menerima junjung ziarah daripada Ayahanda Mertuanya Yang Teramat Mulia Pengiran Haji Bolkiah bin Pengiran Haji Jaluddin sebelum berangkat pulang meninggalkan majlis.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja selesai setelah mendapat titah perkenaan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk Majlis Istiadat ditutup.
Turut serta dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja ini adalah YAM Pengiran-Pengeran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli Majlis-Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Menteri, Menteri-Menteri Hulubalang, Menteri-Menteri Pendalaman, Duta-Duta, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta Para jemputan lain.
Sumber :- Kristal FM / gwalish / BT Instagram/RTB/Jabatan Penerangan
No comments:
Post a Comment