Wednesday, April 8, 2015

Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Sempena Perkahwinan Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah




08 April 2015, Rabu :-


Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja sempena Istiadat perkahwinan Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah telah selamat disempurnakan dengan penuh adat istiadat diraja Negara Brunei Darussalam malam ini di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. 

Istiadat dimulai dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ke Balai Singahsana Indera Buana. Kedengaran 17 das tembakan meriam keudara menandakan Istiadat ini telah bermula.

Mengikut adat istiadat diraja Negara Brune Darussalam, Istiadat Berbedak Diraja bagi Pengantin Laki (Lelaki) dan Pengantin Bini (Perempuan) diadakan pada sebelah malam mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Mengikut kelazimannya Pengantin Bini yang didahulukan untuk menjalani Istiadat ini walaupun iannya diadakan pada malam yang sama kecuali jika Pengantin Laki adalah Putera Sultan yang gahara. Putera Gahara bermakna bonda kepada Pengantin Laki adalah berdarah raja dan bukan orang kebanyakan.

Pada sebelah siang, sebelum Istiadat Berbedak Pengantin Bini dijalankan, pihak keluarga Pengantin Laki akan mengangkati Pengantin Bini, iaitu empat pucuk Dian bergiling yang besarnya dua pemegang, bedak, bau-bauan untuk peraksi pakaian, barang-barang solek, bunga gambir, persalinan, sebidang kain jong sarat dan sepengadak baju berairmas putih atau barang-barang yang menjadi ganti-gantian.

Bagi pengantin laki pula, pada sebelah siang sebelum Istiadat Berbedak Pengantin Laki dijalankan, keluarga Pengantin Bini akan mengangkati bau-bauan, bedak dan sepengadak persalinan putih untuk Pengantin Laki. Semasa mengantati (menyembahkan), barang-barang berkenaan akan diletakkan dalam gangsa beralas, bertarak serta bertatampan dibawa oleh dayang-dayang berpakaian istiadat dan disertai oleh beberapa orang perempuan yang dipilih untuk mengepalai rombongan mengantati.

Pada masa yang ditetapkan, kedua belah pihak akan mengadakan istiadat ini mengikut kesesuaiannya dimana jika majlis itu kepunyaan Sultan iannya akan diadakan di Balai Singahsana manakala yang lain-lain pula diadakan ditempat yang ditentukan.

Bedak yang digunakan dalam istiadat ini dibuat khas dengan tujuh warna diisi dalam ciuk perak dan diletakkan dalam gangsa perak beralas, bertarak serta bertatampan yang diletakkan ditempat khas sebelum istiadat dijalankan.

Individu yang dipilih untuk mencalit bedak kepada bakal pengantin terdiri daripada keluarga pengantin yang rapat termasuk alim ulamak. Giliran untuk mencalit bedak adalah mengikut tertib yang mana didahului dengan individu yang mempunyai kedudukan yang tertinggi.


Istiadat Berbedak Pengantin Diraja malam ini didahului oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik sebagai seorang Putera Gahara dan setelah iannya selesai barulah Istiadat Berbedak Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah dijalankan. Susunan mencalit bedak pada malam ini adalah mengikut susunan kekananan seperti berikut :- 
  1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
  3. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  4. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman
  5. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
  6. Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah
  7. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
  8. Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah  .
  9. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
  10. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  11. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  12. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  13. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  14. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  15. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  16. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. 
  17. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
  18. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam  binti Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
  19. Yang Mulia Pengiran Haji Bolkiah bin Pengiran Haji Jaluddin bin Pengiran Haji Tajuddin.
  20. Yang Mulia Pengiran Hajah Noor'aismah binti Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Tengah.



Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.







Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah 






Sumber : RTB4 /Jabatan Penerangan / ILMUKhai / Adat Istiadat Diraja Brunei

No comments: