Saturday, April 4, 2015

Keadaan Kesihatan Tuanku Abdul Halim Tidak Membimbangkan


04 April 2015, Sabtu :- 

Semenjak semalam ada khabar angin menyatakan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  sedang gering (sakit). 

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato' Paduka Mohd Puat Mohd Ali dalam kenyataannya hari ini menafikan khabar angin berkenaan. Beliau beranggapan ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Tuanku telah gering dan rebah di istana.

Tambah beliau :-
  • "ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Tuanku telah gering dan rebah di istana".
  • "Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah. Majlis bacaan Yasin ini lazim diadakan di Kedah kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku. Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sihat dan tidak gering.

Walau bagaimanapun Menteri Besar Kedah YAM Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam kenyataannya hari  ini memaklumkan tahap kesihatan Tuanku Sultan Kedah dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah stabil dan tidak membimbangkan. 

Beliau berkata :- 
  • "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak sihat...(ini) biasa sahaja. Tidak seteruk yang digembar-gemburkan melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang saya tidak pasti dari mana datangnya." 
  • "Tapi tak perlu sampai tahap panik, kerana kita mempunyai doktor-doktor yang sentiasa menjaga kesihatan baginda."
  • ""Dalam pengetahuan saya, keadaan baginda stabil dan tak membimbangkan," 

Petang ini Radio Bernama / Bernama melaporkan bahawa Istana Negara dalam kenyataanya memaklumkan Tuanku Abdul Halim sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan dalam keadaan stabil. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata kesihatan baginda adalah baik. Tambah beliau lagi :-
  • "Istana Negara mengucapkan terima kasih atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda Tuanku.


Tidak kiralah samada baginda sihat atau gering, Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Tuanku Abdul Halim yang telah berusia 87 tahun itu agar dipanjangkan umur dan diberikan tahap kesihatan yang baik. Amien.

Sumber :- Bernama.

No comments: