20 Jan 2015, Selasa :-
Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Negeri sempena perayaan ulang tahun hari keputeraan Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Turut berangkat adalah Pengerusi Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dan isteri Toh Puan Norzieta Zakaria.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment