Sunday, January 11, 2015

Perkahwinan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YM Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah




11 Januari 2015, Ahad :-

Tahniah diucapkan kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Yang Mulia Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah. Semuga Allah pelihara dan lindungi bakal pengantin diraja.

Pagi semalam telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Istiadat Perkahwinan Diraja yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat I, Jabatan Adat Istiadat Negara di Bandar Seri Bagawan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Istiadat Perkahwinan Diraja. Mesyuarat dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat dan Timbalan-Timbalan Menteri.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik diputerakan pada 30 Jun 1983 merupakan Putera ketiga  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bonda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik  adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

In Shaa Allah Istiadat Perkahwinan Diraja dijadualkan seperti berikut :-

  1. 15 Jamadilakhir 1436 bersamaan 05 April 2015 (Hari Ahad) :- Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada jam 14:00hrs.
  2. 16 Jamadilakhir 1436 bersamaan 06 April 2015 (Hari Isnin) :- Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada jam 08:30hrs
    1. Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga (jika ada) pada jam 11:00hrs.
  3. 17 Jamadilakhir 1436 bersamaan 07 April 2015 (Hari Selasa) : Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja serta Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada jam 14:00hrs. 
  4. 19 Jamadilakhir 1436 bersamaan 08 April 2015 (Hari Rabu malam Khamis) : Majlis Istiadat Berbedak Diraja (Pengantin Lelaki) dan Majlis Istiadat Berbedak Diraja (Pengantin Perempuan) pada jam 19:30hrs.
  5. 19 Jamadilakhir 1436 bersamaan 09 April 2015 (Hari Khamis) : Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada jam 13:00hrs.
  6. 22 Jamadilakhir 1436 bersamaan 11 April 2015 (Hari Sabtu malam Ahad) : Majlis Istiadat Berinai Pengantin Diraja pada jam 19:30hrs.
  7. 22 Jamadilakhir 1436 bersamaan 12 April 2015 (Hari Ahad) : Majlis Istiadat Bersanding Diraja pada jam 10:00hrs.

No comments: