Saturday, January 10, 2015

Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub Selamat Disemadikan Di Tanah Perkuburan Islam Semariang


Al-Fatihah
Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub 
Semuga Rohnya Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.



10 Januari 2015, Sabtu :-

Shukur Alhamdulillah, jenazah Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya selepas Solat Zohor tadi dengan dihadiri lebih 300 orang terdiri daripada kaum keluarga Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub, dif-dif kehormat serta warga Sarawak. Diantara yang hadir ialah Ketua Menteri Sarawak ; Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Sarawak ; Tan Sri Alfred Jabu serta beberapa menteri kanan Sarawak dan juga menteri persekutuan. Bacaan Talkin disempurnakan oleh imam besar Masjid Jamek, Datuk Joji Suhaili.

Al-Fatihah




Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Manis dan juga merupakan anak perempuan Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub menyiram air mawar ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Semariang. 




Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub dibawa masuk kedalam Masjid Jamek, Kuching, Sarawak untuk Solat Jenazah.



Solat Jenazah di Masjid  Masjid Jamek, Kuching, Sarawak.



Kelihatan Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-3 dan ke-6, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (93 tahun) mengaminkan doa di hadapan keranda jenazah bekas Yang di-pertua Negeri, Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub di Masjid Jamek, Kuching, Sarawak. 



Kaum keluarga menatap buat kali terakhir wajah Allahyarham bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub.






Bendera Negeri Sarawak dan Jalur Gemilang dikibar separuh tiang bagi menghormati kematian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub. Kelihatan dua anggota Polis Bantuan sedang menaikkan bendera separuh tiang di hadapan Wisma Bapa Malaysia.

Sumber :- Bernama/Borneo Post online

No comments: