Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, Al-Sultan Kelantan mendahului senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor yang berlangsung pagi ini. Tuanku Sultan Johor dan Al-Sultan Kelantan masing-masing menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.). Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah pula menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S)
Darjah dan Bintang Kebesaran yang dikurniakan pada hari ini adalah :-
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K). Dua Penerima sahaja.
- Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Dato' Seri. Dua Penerima sahaja.
- Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) (Kelas Pertama)membawa gelaran Dato' Setia bagi lelaki dan Datin Paduka Setia bagi perempuan. Dua Penerima sahaja.
- Darjah Kebesaan Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Dato' bagi lelaki dan Datin Paduka bagi Wanita. 12 penerima sahaja.
- Darjah Kebesaran Dato' - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.S.I) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Dato' bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita. 16 penerima sahaja.
- Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.). 15 Penerima sahaja
- Darjah Kebesaran Setia - Sultan Idris Shah (S.I.S.). 18 penerima sahaja
- Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S). 27 penerima sahaja
- Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Syah (A.S.I.S.). 28 penerima sahaja.
- Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C.). 7 penerima sahaja.
Selain daripada itu Tuanku Sultan Selangor mengumumkan perlantikan tiga Jaksa Pendamai (j.P.) yang akan berkuat kuasa mulai Januari tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment