Friday, December 10, 2010

Menyumbang Kepada Negara Walaupun Di Perantauan, Titah Raja Muda Perlis - 10.12.2010

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyarankan agar rakyat Malaysia yang bekerja diluar negara khususnya golongan professional supaya tidak melupakan semangat patriotik mereka dan menyumbang kepada negara. Titah baginda, iannya boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah termasuk menghantar pulang sebagagian pendapatan mereka kepada kaum keluarga di Malaysia kerana secara tidak langsung kaedah ini akan membantu menjana ekonomi negara. Baginda juga turut menyentuh berhubung Model Baru Ekonomi yang disifatkan lebih memberi manfaat besar kepada semua rakyat termasuk mereka yang berada diluar negara. Dengan rasa bangga, baginda bertitah, Malaysia buat pertama kalinya telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 buah negara yang kompetitif didunia oleh World Competitiveness Yearbook 2009.


Titah baginda ini disampaikan dalam satu majlis santapan malam anjuran seorang warga Malaysia di Adelaide, Australia, YM Dr. Sharifah Soraya Syed Mahmud malam tadi 09.12.2010. Sebenarnya baginda yang juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis atau UniMap, berada di Australia untuk lawatan kerja selama seminggu bagi program Jelajah Ilmu IV UniMap. Turut mengiringi baginda adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Naib Canselor UniMap, Dato’ Dr Kamarudin Hussin. Rombongan Diraja berangkat ke Australia pada 08.12.2010 lepas dan program Jelajah Ilmu IV UniMap bermula hari Khamis 09.12.2010 dan dijadualkan berangkat pulang ke Malaysia pada 17.12.2010.

No comments: