Dari kiri Abdul Moin (My Big Boss), Suhainih Engson, Abdul Jalil Sheikh Mohamed, Tn Hj Mizan (Big Boss Yayasan TM), Dr Zainal Abu Zarim (Tokey kami semua), Syuhada Mohamed dan Puteri Nur Ashila.
Sedey nya......... beberapa orang member satu office Syah akan meninggalkan kami kerana bersara, tamat kontrak, bertukar dan sambung belajar. Hari ini kami buat majlis perpisahan untuk mereka kerana hari Isnin nanti kami semua di TM telah diarahkan bercuti hingga tahun depan kecuali bahagian-bahagian kritikal yang melibatkan pelanggan. Cuti ini dipanggil Cuti 1 TM dan kepada anggota yang telah kehabisan cuti rehat tahun 2010 akan ditolak secara automatik cuti rehat tahun 2011.
Mereka yang akan meninggalkan kami pada tahun 2011 adalah :-
- Suhainih Engson yang akan bersara pada 01.01.2011. Suhainih merupakan Penolong Pengurus Besar dan ditugaskan di Yayasan TM.
- Abdul Jalil Sheikh Mohamed akan meninggalkan TM kerana tempoh kontraknya telah tamat dengan TM. Jalil bertugas sebagai Assistant General Manager dan ditempatkan di Yayasan TM.
- Syuhada Mohamed, Executive Secretary kepada Dr. Zainal Abu Zarim, VP HC Planning & Leadership Development. Syuhada akan bertukar ke TM Global dengan jawatan barunya sebagai Manager.
- Puteri Nur Ashila Dalilah Shaiful Anuar. Anggota leasing di Yayasan TM dan berhenti kerana ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam bidang Event Management mulai 03.01.2010.
Kepada anda semua, Syah ucapkan semuga anda berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Kenangan manis bersama kalian tetap akan kekal dalam ingatan kami semua di Aras 14 Selatan Menara TM. Insyallah.............
1 comment:
Tak tau pulak ada gambar teman dalam ni, not before Tg. Jasmi bagitau. Ropanye Syah sorang penulis blog yg aktif. Bagus lah.
Post a Comment