Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima cenderahati selepas merasmikan Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala.
Masjid ini mempunyai dua tingkat dewan solat utama yang boleh memuatkan 1500 jemaah dalam satu masa, sebuah pejabat pentadbiran, dua buah bilik untuk aktiviti kuliah, dua unit kuarters, kafeteria yang kondusif dan tempat letak kereta yang mesra pengguna. Nama Masjid ini yang membawa maksud "PETUNJUK" dipilih berdasarkan persetujuan bersama diantara anak-anak kariah masjid dan JAWI.
Masjid ini didirikan untuk memenuhi keperluan umat islam terutamanya sekitar Taman Villa Istimewa, Taman Villa Maarof, Kampung Palembayan Indah, Taman Sri Penchala, Taman Penchala Indah, Taman Bukit Rahmat dan Kampung Boyan. Sebelum ini mereka menggunakan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz yang hanya boleh memuatkan antara 500 dan 600 jemaah pada satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment